bab 5

Romance Completed 5932

Kini sudah 7 bulan usia perkhawinan aku dan Dhia. Hati aku sudah sepenuhnya menjadi milik Dhia tetapi sebaliknya yang terjadi kepada aku. Dhia masih tidak mampu menerima aku sepenuhnya. Hatinya masih ragu ragu dengan apa yang telah terjadi.

" Dhia, Am nak tanya sikit boleh tak?" Kata aku kepadanya pada malam kami berdua sedang duduk di balkoni bilik.

" apa dia ?" Tanyanya kembali

" kenapa susah sangat Dhia nak terima Am ? Am ada buat apa apa ke sampai Dhia tak boleh nak terima Am. Dah 7 bulan Dhia usia perkhawinan kita. Takkan sekali pun Dhia tak pernah ada rasa sayang dekat Am? I wanna you to be honest with me. Apa yang menyekat Dhia ? Just please be honesr with me " kata aku kepadanya kerana inginkan kepastian.

" Dhia masuk tidur dulu ye " kata Dhia ingin berdalih. Aku segera mencapai tangannya dan menarik Dhia untuk duduk semula.

" Am please, don't push me. Not now." Rayu Dhia.

" kenapa ehh Dhia selalu mengelak bila Am tanya pasal ni ? Ke Dhia ada someone else dalam hati Dhia ? Yang Am tak tau ?" Soal aku lagi ingin menduga. Laju sahaja Dhia memandanga wajah aku apabila mendengar soalan yang baru aku lontar. Dia melepaskan genggaman  tangan aku dan berlalu masuk ke bilik untuk tidur.

Aku tahu Dhia sengaja ingin mengelak dari persoalan aku. Aku mengambil telefon diatas meja dan membuka pesanan Ws yang aku terima dari orang yang tidak dikenali dan kandungan dari isi Ws itu menunjukkan Dhia keluar berjumpa dengan lelaki yang tidak aku kenali. Mereka kelihatan sungguh mesra, tetapi kenapa sebaliknya bila dengan aku ?.

Aku hanya mampu menghela nafas panjang. Ya Allah moga kau cekalkan hati aku dan lindungi hati aku dari segala syak wasangka yang buruk. Peliharalah kesabaran aku Ya Allah. Kata aku di dalam hati.

Aku bangun dan masuk ke dalam. Aku melihat Dhia yang sedang baring di atas katil sambil memalingkan posisi tidurnya membelakangi aku. Aku hanya menarik nafas panjang dan mengambil bantal serta selimutku dan tidur di atas sofa yang terdapat di dalam bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience