bab 7

Romance Completed 5932

" tapi hakikatnya kau dah sah jadi isteri kepada Am, kau kena ingat tu Dhia. Kau juga kena ingat pengorbanan Am dekat kau. Macam mana dia berusaha untuk satukan balik kau dengan ayah kau. Mcm mana susahnya dia masa nak berdepan dengan ayah kau. Kalau kau sayangkan perkhawinan kau, kau kena pertahankan tapi kalau kau rasa kau akan lebih bahagia bila dengan Nazran. Kau mintak Am lepaskan kau. Jangan buat Am mcm tunggul. Dia tunggu kau Dhia sebab kau mintak masa dekat dia tapi hakikatnya kau sendiri sedar yang masa tu cuma sia sia." Tambah Jannah lagi apabila mereka berdiam lebih setengah jam.

" aku keliru Jannah, aku keliru. Aku keliru dengan perasaan aku sendiri. Aku sayang dekat Nazran Jannah, sayang sangat dari dulu sampai sekrang tapi dalam masa yang sama bila Am keluar bekerja berhari hari aku rasa kosong Jannah. Hari aku suram bila dia takde dekat dengan aku. Aku perlukan dia dalam hidup aku." Keluh Dhia. Jannah benar benar kesian melihat shabatnya berada di dalam keadaan begini. Dia sendiri sedar bertapa tertekannya Dhia tetapi walau bagaimana pun dia kena sedarkan Dhia bahawa apa yang dilakukan pada saat ini adalah salah.

" so maknanya, lepasni makin suram la hari hari kau kan ?" Soal Jannah pula

" apa maksud kau Jannah ?" Soal Dhia tertnya tanya.

" bukan harini Am akan flight ke Qatar ke ? Dia jadi peramugara yang terpilih sebagai peramugara pertukaran dan akan berkhidmat disana selama setahun lapan bulan. And kalau tak silap flight dia pukul 10.30 pagi tadi." Kata Jannah pula. Dhia segera melihat jam di tangannya dan waktu menunjukkan pukul 12 tengah hari.

" Jannahh, dia langsung tak bagi tau aku apa apa Jannah. Ya Allah Jannah apa yang aku kena buat. Jannah dia dah pergi tinggalkan aku." Kata Dhia sambil menangis.

" Ya Allah Dhia, kau memang langsung tak tau ke ?" Soal Jannah inginkan kepastian dan Dhia hanya mampu menggelengkan kepalanya. Dhia tertunduk sambil menangis. Sememang setahun lapan bulan adalah jangka masa yang agak lama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience