bab 3

Romance Completed 5932

Sudah seminggu aku berada di hotel dan aku tekad untuk balik ke rumah petang ni. Sampai bila aku nak lari, lama kelamaan aku kena jugak hadap semua ni. Lagipun Dhia dah sah jadi isteri aku. Takkan aku nak gantung dia tak bertali macam ni. Aku kena selesaikan semua urusan aku dengan dia. Kalau tak, sampai bila semua ni tak settle.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku sampai di rumah pada pukul 5 ptg dan sebaik sahaja pintu bilik aku kuak aku melihat Dhia sedang kusyuk solat Asar. Aku duduk dibirai katil sambil menunggu dia selesai solat.

Sebaik sahaja selesai membaca doa dia bangun lalu melipatkan sejadah dan membuka telekung. Sebaik sahaja meletakkan peralatan solat di tempat dia memusingkan badan kebadan dan terkejut dia dengan kehadiran aku. Laju sahaja tangannya mencapai tudung yang berada disebelah aku dan menyarungkannya ke kepala.

" Bila Am sampai ? Sorry, Dhia tak perasan." Katanya sambil membetulkan tudung yang baru disarung.

" nak gi mana pakai tudung?" Soalku aku kepadanya.

" kan ada Am dalam bilik ni. Sebab tu Dhia pakai tudung. Dhia tak biasa tak pakai tudung depan lelaki " katanya sambil menundukkan wajahnya. Aku bangun lalu mendekatinya. Dia sedikit berganjak ke belakang apabila hanya sejengkal jari sahaja jari aku dengannya. Sebelum sempat dia mengalih kedudukannya aku segera merangkul pinggangnya dan mendekatkan kembali jarak kami.

" kenapa nak kena jarakkan diri ? Am ni orang asing ke pada Dhia ? Ke Am ni jijik sangat padangan mata Dhia ?" Soalku dengan nada yang lembut.

" takk ! Bukan mcm tu. Dhia takde niat pun nak buat Am rasa mcm tu. Dhia sama mcm Am, kalau sebelum ni Am mintak Dhia bagi Am masa and Dhia dah bagi Am masa. Sekarang ni Dhia pulak nak mintak dekat Am, bagi Dhia sikit masa untuk Dhia biasakan diri." Katanya kepada aku tanpa melihat wajah aku sebaliknya melihat ke arah karpet di bawah kami. Aku hanya tersenyum melihat gelagat Dhia.

" Am akan bagi Dhia masa untuk biasakan diri dengan Am and i will do the same. Kita sama sama perlukan masa tu " kata aku kepadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience