bab 2

Romance Completed 5932

" Aku terima nikahnya, Nur Dhia Afiqah Binti Harun Lee dengan Mas khawin yang tersebut, tunai " dengan sekali lafaz aku sah menjadi suami kepada Dhia. Sebaik sahaja majlis terus Pakcik Harun pergi meninggalkan kami tanpa sempat aku dan Dhia ingin bersalaman dengannya.

Aku hanya termenung melihat permandangan ibu kota dari tingkat 8 hotel. Selepas menghantar Dhia ke rumah aku terus mengambil beberapa helai pakaian dan memasukkannya ke dalam beg.

" Am nak pergi mana ni ?" Soal Dhia sebaik sahaja melihat aku mengemas pakaian.

" Am akan tidur di hotel beberapa hari ni, Am nak tenangkan fikiran. Am harap Dhia faham." Kata aku sambil melihat ke wajah Dhia. Aku bergerak mendekati dia dan memegang tangan tetapi ditepis oleh Dhia.

" Maaf Am, Dhia tak biasa." Kata Dhia sambil menundukkan wajahnya.

" Am mintak maaf. Dhia pun rehat la dulu. Nnti bila Am dah ready Am balik sini. Kita berdua perlukan masa." Kata aku lalu mengambil beg dan meninggalkan rumah.

Aku tersedar dari lamunan apabila tersedar pintu hotel diketuk beberapa kali. Aku bergerak menuju ke pintu nak membuka pintu.

" Kau rupanya Zam. Aku ingatkan sape la tadi." Kata Aku kepada Azzam sebaik sahaja melihat wajahnya tersenyum nakal apabila melihat wajah aku.

" Kau jugak yang mintak aku datang sini kan." Balas Azzam

" Teman aku Zam dekt sini. Bosan gila dudk sorang sini." Kata aku sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

" tu la kau, dah ada bini dkt rumah nak jugak dudk sini. Gi la balik rumah, nnti bini temankan. Apa pulak nak aku temankan." Balas Azzam sambil menggelengkan kepala

" aku tak boleh temankan kau Am, petang ni aku nak kena gerak ke Ipoh nak balik rumah kakak aku. Ade buat kenduri sikit. Aku boleh teman kau sampai pukul 3 je ni." Sambungnya lagi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience