Chapter 6

Fantasy Completed 7847

Ariana bangun awal tapi masih duduk di katil sambil termenung. Dia melihat lengan kiri nya yang berbalut.

Dia membuka balutan itu dan memandang simbol rose yang disoroknya selama ni. Simbol yang membahayakan nyawa dia dan keluarganya. Malah kawannya juga.

Dia bangun lalu menuju ke bilik air untuk bersiap ke sekolah. Selepas bersiap, Ariana membalut lengannya kembali dan memakai hoodienya. Ariana mencapai begnya dan mengunci rumah.

Di dalam bus, Ariana termenung memandang pemandangan di tingkap. Phone ariana berbunyi, dan nama Miya muncul di skrin nya. Ariana mula tersenyum lalu menjawap panggilan itu.

"Hello Miya, asal call aku ni?" kata Ariana. "Haa hello sister, kau dah sampai mana? Aku tunggu dekat luar sekolah. Jangan lambat!" tegas kata kata Miya. Ariana gelak kerana terasa lucu apabila mendengar suara Miya yg tegas itu.

"Aku dah nak turun bus dah ni. Jumpa sana. Bye" lalu menutup panggilan. Selepas turun dari bus, Ariana membetulkan hoodie nya dan menuju ke sekolah.

Loceng berbunyi, Ariana dan Miya mula memasuki kelas mereka. Miya dan Ariana berbual sambil tergelak. Aryan memasuki kelas dan menuju ke meja mereka. "Hai girls" kata Aryan lalu menarik kerusi dan duduk di hadapan mereka.

"Eh Aryan, lama tak nampak kau. 2,3 hari ni kau pergi mana huh? langsung x tunjuk muka" kata Miya. "Aku busy sikit la, ada mesyuarat antara pengawas dengan pengetua. Aku kan president sekolah. So aku kena turun serta sekali dalam perbincangan tu" kata Aryan.

"Patut la. Aku lupa la kau president sekolah. Yela dengan perangai bengong kau yg x serupa dengan muka kau buat aku lupa kau Ketua pelajar." kata Miya sambil tergelak.

Ariana hanya diam memerhati mereka. "Oh lupa nk ckp, Ariana, ni kawan rapat aku, Aryan. And Aryan, ni kawan baru aku, yes! miss perempuan hati beku, Ariana." kata Miya kepada mereka berdua.

"Hai, aku Aryan" kata Aryan sambil menghulurkan tangannya. "Er hai, Ariana." kata Ariana sambil menyambut huluran tangan Aryan. Aryan tersenyum apabila Ariana menyambut hulurannya.

"Okey now kita dah jadi kawan. No malu malu antara kita okey? kita borak mcm biasa sudah" kata Aryan sambil gelak. Miya ikut gelak manakala Ariana tersenyum gembira.

Aryan dan Ariana mula berkawan. Dan apakah maksud simbol rose di lengan kiri Ariana? Kenapa ia merbahaya? Kenapa Ariana menyembunyikan simbol itu? nantikan chapter seterusnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience