Chapter 29

Fantasy Completed 7847

3 tahun kemudian..

Negara Astey semakin maju. Pelbagai pelancong datang ke negara ini. Sekolah magic juga dibina untuk remaja mengawal kuasanya. Di tengah kota, pelbagai kedai dan gerai di sana membuatnya lebih meriah.

Di bahagian istana..
Jian yang kusyuk meneliti report card dari pengawal diraja terganggu apabila terdengar ketukan dari pintu pejabatnya. Lily memasuki pejabat itu dengan perlahan. Lily mengelengkan kepalanya apabila melihat meja Jian bersepah dengan pelbagai kertas dan juga report.

"Kau dah tak keluar 2hari Jian. Semua orang risaukan kau.." kata Lily perlahan. Jian hanya tersenyum memandang Lily. "Aku okey, jangan risau. Kau tu yang kena jaga kesihatan kau. Tu perut kau dah kedepan dah tu" kata Jian dan tergelak sedikit.

Lily juga tergelak. Dia mengusap perutnya yang besar itu. Ye, dia sedang mengandungkan anak sulungnya. Hanya menanti kelahirannya sahaja.Dia sudah berkahwin dengan Ben pada tahun lepas.

"Kau dah berubah Jian selepas Riana pergi." kata Lily dan duduk di sofa di depan meja Jian. Jian hanya tersenyum pilu. "Berubah.. maksud kau?" tanya Jian. "Kau dah berubah jadi pendiam. Kau asyik berkerja sehingga kau tak langsung pergi beriadah ke apa. Kau x boleh mcm ni.." kata Lily

Jian menyandarkan badannya di kerusi. Dia mengusap mukanya dan memandang Lily sayu. "Aku.. cintakan dia Lily.." kata Jian sayu dan menundukkan kepalanya. "Kita tunggu jela Jian. Aku sangat yakin dia pasti kembali. Kalau tak, takkan setiap bulan dia kirimkan surat kan?" kata Lily, memujuk.

Jian tersenyum sedikit. Walaupun mereka tidak tahu dimana Ariana berada, Ariana sentiasa menghantar surat bertanya khabar mengunakan burung helangnya.

"Come on Jian! Let's get out from here." kata salah satu suara dari arah pintu. Jian memandang ke arah pintu. Terlihat Dani,Ben,Charlie dan Aryan berada di situ. Aryan mendekati Jian dan menariknya bangun dari kerusi. "Lets go to the town. This going to be fun" kata Aryan. Jian menolak kepala Aryan perlahan

Mereka yang lain tergelak melihat gelagat Aryan dan Jian yang bergaduh kecil itu. Ben mendekati Lily dan membantunya bangun. Lily tersenyum dan berbisik mengucapkan terima kasih. Jian yang memerhati dari jauh tersenyum..

Mereka semua berjalan jalan di kota. Rakyat Astey yang melihat mereka menundukkan kepala mereka sedikit tanda hormat. Mereka makan bersama sama sambil berbual dan berlawak.

Mereka mula ingin pulang ke istana apabila hari makin lewat. Mereka berjalan pulang sambil berbual bual. Tanpa sedar, ada yang memerhatikan mereka dari jauh. "I think it's time to going back home.." kata nya perlahan sambil tersenyum.

Jian memberhentikan langkahnya. Yang lain sudah jalan mendahuluinya. Dia berasa seseorang memandang mereka dari jauh. Dia pandang ke belakang. Tiada siapa disitu memandangnya.

"Riana...?" kata Jian dalam hati, hairan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience