Chapter 4

Fantasy Completed 7847

Miya berdiri di depan pagar sekolah menunggu kawannya. Mata Miya mencari cari kelibat kawannya itu sambil melihat jam di tangannya. Apabila melihat kelibat Ariana, senyuman Miya lebar dan terus menuju ke arah Ariana.

"Ariana! asal kau lambat? lama tau aku tunggu kau.." kata Miya sambil membuat muka merajuknya itu. "Ala sorry la, tadi jalan sesak sebab tu aku lambat. Jangan la merajuk, nanti rehat aku belanja hot chocolate okey?" pujuk Ariana.

Mendengar air kegemaranya disebut, senyuman nya makin melebar dan terus memeluk Ariana dengan erat. Pelajar yang lalu lalang di kawasan itu memandang mereka hairan.

Di dalam kelas, Miya menukar tempatnya di sebelah Ariana. Pelajar lain terkejut melihat Miya rapat dengan Ariana yang dikenali sebagai perempuan hati beku.

Beberapa pelajar perempuan tidak berpuas hati apabila Miya tidak lagi lepak dengan mereka lalu mereka menuju ke meja Ariana.

"Wei Miya, kau asal lepak dengan perempuan tak ada perasaan ni? x boring ke? yela takut nnti kau ckp dengan org bisu pula. Dia kan takde perasaan." kata salah satu pelajar perempuan itu dan diikuti dengan gelak tawa kawan² nya.

"Kau ni apasal eh? suka hati aku la nak berkawan dengan siapa² pun. Ada kacau life kau ke? kau sebenarnya dengki kan Ariana lawa daripada kau?"

Ariana walaupun dikenali sebagai perempuan hati beku, ramai yg meminati nya kerana kecantikan nya walaupun Ariana selalu memakai hoodie melindungi mukanya dari dilihat org lain.

"Excuse me? aku rasa mcm salah dengar la. Aku nk dengki dengan minah ni? eh xde masa la. Tngk muka dia pun aku meluat tau" kata pelajar perempuan itu.

"kau dah habis cakap ke? kalau dah habis cakap, kau boleh bla tak? sbb sekarang ni kau halang pandangan aku. semak tau?" kata Ariana sambil memandang mereka dengan muka yang serius.

Pelajar perempuan tadi terkejut melihat Ariana bersuara. Kerana selama ini walaupun dikutuk dan diejek, Ariana tidak akan melawan. Dia mula rasa takut melihat pandangan mata Ariana yang tajam itu.

Pelajar perempuan itu dan kawan nya mula beredar dari situ. Miya yang melihat kejadian itu mula ketawa. "Garang juga kau ni kan. Kau cakap sikit je diaorang terus diam." Ariana hanya tersenyum dan tergelak sekali bersama Miya.

Aryan yang memandang dan mendengar dari jauh tersenyum melihat Ariana dan Miya mula berkawan. "Akhirnya kau mula tersenyum Riana. Kau mula menunjukkan diri kau yang sebenar" kata aryan dalam hati.

Ariana sudah pandai bersuara dan mempertahankan dirinya. Dan siapakah Aryan? Adakah Aryan mengetahui rahsia yg disimpan oleh Ariana? nantikan chapter seterusnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience