Chapter 3

Fantasy Completed 7847

RING RING!!"" bunyi alarm phone. Ariana menggapai fon nya yang terletak di atas meja bersebelahan katilnya.

Ariana mematikan alarm yang tidak berhenti berbunyi itu. "Urgh.. dah pukul 5pagi.. cepatnya masa berlalu. Haih malasnya nak ke sekolah" kata Ariana sambil bangun dan menuju ke bilik air.

Di pagi yang sunyi, Ariana bersiap untuk ke sekolah. Sambil berjalan ke bus stop, Ariana membetulkan hoodie nya sambil mendengar lagu.

Sampai di sekolah, Ariana menuju ke kantin dan duduk disitu sambil menunggu kelas dibuka. Ariana memerhatikan sekelilingnya dan semua pelajar di kantin itu duduk dan berbual bual bersama kawan kawannya. Hanya dia, hanya dia yang bersendirian. Keseorangan..

"Auch!!" Miya classmate Ariana jatuh tersungkur di kantin. Satu kantin gelakkannya tanpa menolongnya. Muka Miya merah kerana malu.

Ariana bangun dan menuju ke Miya dan menarik tangannya "Bangun, jom kita pergi bilik kesihatan, siku kau berdarah tu" sambil menghulurkan sapu tangan kepada Miya.

Miya terkejut apabila Ariana yang selalu digelar perempuan hati beku menolongnya. Dengan rasa terharu dan bersalah, Miya pergi ke bilik kesihatan sambil dipapah oleh Ariana.

"Saya dah balut siku awak dan letak ubat. Buat masa ni, elakkan siku awak dari terkena air." kata org yg bertugas di bilik kesihatan itu. "Okey, terima kasih" kata Miya.

"Ariana, terima kasih sebab tolong aku. Aku" mintak maaf sebab selama ni aku selalu kutuk kau." Ariana hanya tersenyum sambil berkata "Takpe, aku faham. Aku sendiri yang elak berkawan dengan orang lain."

Terpaku Miya melihat senyuman Ariana kerana ini pertama kali dia nampak Ariana senyum. "Hehe lepas ni, kita berkawan? kau kawan yg baik Ariana." kata Miya dan menghulurkan tangannya sambil tersenyum.

Ariana terkejut apabila Miya sudi berkawan dengan nya. Dengan perasaan gembira dan sebak, Ariana menyambut tangan Miya.

Hehehe, nampaknya Ariana dah ada kawan. Nantikan chapter seterusnya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience