Chapter 26

Fantasy Completed 7847

Ariana memandang Jian dan menghentak kepala Zeos. Zeos pengsan tidak sedarkan diri. "Jangan kacau aku" kata Ariana dengan serius. "Kau bukan mcm ni Riana. Please just stop this. Dia dah kalah." kata Jian perlahan, merayu.

"Aku takkan berhenti selagi dia x mati!! Dia bunuh Miya!! Dia bunuh Leo!!!" jerit Ariana kemarahan dengan linangan air mata. "Kau rasa Leo suka tengok kau mcm ni? Kau tengok sekeliling kau Riana. Tengok apa kau dah buat?!" Jerit Jian pula

Ariana memandang sekelilingnya. Mayat bergelimpangan, dipenuhi dengan darah. Ariana ke belakang sedikit, tangannya mengeletar. Dia melihat badan dan tangannya yg dipenuhi dengan darah.

Ariana mencampak pisau kecilnya jauh darinya. "Apa... aku dah buat.." kata Ariana perlahan. Ariana melihat simbol ditangannya. Lambang rose muncul di tapak tangannya. Tangannya mengeletar. Dia memandang Jian dengan linangan air mata.

Jian berlari mendekati Ariana. "No! Stay away from me.." kata Ariana kuat. Jian menghentikan langkahnya. "Riana.. ni bukan salah kau. Bukan kau yg kawal kuasa tu.." kata Jian perlahan. Memujuk..

"Akk.. aku bunuh orang Jian. Aku bunuh orang!!" jerit Ariana kuat dan jatuh terduduk menangis. Dia meramas rambutnya, kuat. Jian mendekati Ariana dan memeluknya erat. "Riana, ni bukan salah kau. Ni bukan salah kau." kata Jian berbisik.

"Let's get out from here." kata Jian dan memimpin Ariana perlahan. Dumpp!! Ariana dan Jian berhentikan langkahnya kerana satu kuasa menghalang mereka dari meneruskan langkah. Mereka menoleh ke belakang..

Zeos bangun dengan payah. Tangan dan kakinya cedera parah akibat perbuatan Riana. Mukanya menunjukkan riak muka kemarahan ya amat. "RIANAAAAA!!" jerit Zeos kuat. "Aku bunuh kau. Aku akan bunuh kau!!!" jeritnya dan mula meluru ke arah Ariana dan Jian dengan kuasa di tangannya.

Ariana hanya memandang kaku sebelum selangkah ke depan. Belum sempat kuasa itu terkena Ariana, Ariana dan Jian hilang. Kuasa itu mengena tanah yg kosong itu. Zeos mencari cari kelibat Ariana dengan mata yg tajam.

Di belakangnya.. Zeos merasai kehadiran seseorang di belakangnya. Dia memusingkan badannya. Matanya terbeliak. Dahinya berkerut menahan sakit. Darah mula menitik dengan banyak..

Ariana menikam perut Zeos, dalam. "I'm sorry.." bisik Ariana pada Zeos, perlahan. Tangannya menembusi perut Zeos. Zeos memandang Ariana, lama. "You.. grow.. so well.. Ria.." kata Zeos dan tersenyum sedikit. Air matanya mengalir perlahan. Zeos mula menunjukkan rupa sebenarnya. Warna rambutnya bertukar dari warna merah ke warna hitam. Simbol di seluruh badannya hilang.

Ariana menangis tanpa suara. Jian kaku ditempatnya. Terkejut melihat rupa Zeos yg sebenar. "Rachel?" kata Jian perlahan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience