Chapter 28

Fantasy Completed 7847

Rakyat Astey berkumpul di depan Istana. Mereka ingin melihat permaisuri Astey yang baru. Di depan istana menjadi huru hara akibat terlalu ramai orang di situ. Pegawai menghalang mereka daripada memasuki kawasan istana.

Charlie, Dani, Lily, Ben, Aryan dan Jian yang berada di dalam istana juga bingung macam mana ingin menyelesaikan masalah ini. Ariana hilang tanpa dikesan. "Kau sure kau tak tahu mana Riana, Ary?" kata Jian serius.

"Yang ni betul² aku tak tahu dia kat mana. Dia hilang gitu je" Kata Aryan dan mengeluh. "Where are you Riana.." kata Jian dalam hati. Puas mereka cari keberadaan Riana tapi tidak dapat dikesan.

"Tuan Jian! Tuan Jian!" jerit seorang perkerja istana sambil berlari ke arah mereka. "Kenapa?" tanya Jian serius. "Permaisuri Riana dah balik, tuan! Dia berada di kamarnya sekarang!" kata lelaki itu dengan mengah akibat berlari.

Mereka semua bergegas ke arah bilik Ariana. Jian menolak pintu itu. Terlihat Ariana termenung memandang pemandangan di luar tingkap. "Riana.." kata Jian, perlahan. Ariana berpaling melihat mereka. "Hey.." kata Ariana dan tersenyum.

Jian berjalan laju ke arah Ariana dan memeluknya erat. Ariana terkejut sebentar sebelum tersenyum membalas pelukan Jian. "Mana kau pergi? Seminggu kau hilangkan diri" kata Jian berbisik. "Tenangkan hati" jawap Ariana dan tergelak sedikit.

Jian leraikan pelukan dan memandang Ariana serius. "Sekarang kau kena jumpa mereka semua. Rakyat Astey semua nak jumpa kau. Diaorang dah berkumpul depan istana dari haritu." kata Jian serius.

"Let's go" kata Ariana dan berjalan keluar dari bilik itu. Lily berjalan disebelahnya. Jian dan yang lain mengikutinya dari belakang.

Ben berbisik sesuatu pada pengawal istana. Muka pengawal istana itu terkejut sedikit dan memandang pengawal yang lain. "Ketibaan permaisuri Astey.." kata pengawal istana itu lantang.

Rakyat Astey yang bising itu tadi mula senyap dan memandang atas, ke arah koridor tingkap besar di bahagian depan istana. Ariana berjalan perlahan dan memandang mereka. Dia tersenyum.

Rakyat Astey mula menundukkan kepalanya, hormat kepada Permaisuri baru mereka. "Angkat kepala kamu semua rakyat Astey. Pandang beta." kata Ariana. Mereka mula memandang Ariana. "Maafkan beta kerana membuat kamu semua menunggu ketibaan beta. Beta ada hal sedikit." kata Ariana dengan senyuman.

"Hari ini dengan rasminya beta menjadi permaisuri Astey dan juga pemerintah Astey bersama sama dengan penolong2 beta yang lain" kata Ariana dan Jian,Aryan,Ben,Lily,Charlie dan Dani muncul di sebelah Ariana. Mereka menundukkan kepala mereka.

"LONG LIFE QUEEN ARIANA!!" jerit penduduk Astey dengan kuat dan berulang ulang. Ariana tersenyum dengan air mata di kelopak matanya. Terharu.

"Jian, jumpa aku kat bilik aku jap. Aku ada hal nak cakap sikit" kata Ariana pada Jian. Jian menganggukkan kepalanya. Mereka berada di bilik Ariana yang luas itu. Masing² hanya mendiamkan diri.

"Jian, aku nak kau jaga Astey ni buat sementara." kata Ariana tiba tiba. "What do you mean?" tanya Jian, hairan. "Aku perlukan masa. Aku nak pergi merantau." kata Ariana dan memandang Jian.
"No! Jangan kau berniat nak pergi lagi Riana." kata Jian tegas.

"I have too. Aku perlukan masa. Please Jian, faham aku.." Kata Ariana merayu. "Why? semua dah kembali macam biasa. Apa lagi kau nak Riana? Apa lagi kau nak buat?" tanya Jian. "I have my own reason." kata Ariana dan cahaya mula muncul di sekelilingnya.

"No! Don't leave me again. I love you Riana! I really love you!" jerit Jian. Ariana terpaku. Dia memandang Jian lama. "Aku suka kau dah lama riana. Aku pendam perasaan aku sebab aku tahu kau akan bahagia dengan leo. Tapi sekarang aku taknak lepaskan peluang ni.." kata Jian dengan linangan air mata.

Lily dan yang lain muncul di bilik Ariana apabila mendengar jeritan Jian. Mereka terkejut melihat cahaya di sekeliling Ariana. "No.. Riana don't you dare!" kata Lily dengan suara tergetar getar. Menahan tangis. Ariana memandang mereka sayu.

"Wait for me.. i'm sorry. Goodbye.." kata Ariana dengan linangan air mata. Dia mula hilang. "Riana No!!" jerit Jian. Jian jatuh terduduk apabila orang yang dia cintai tinggalkan dirinya lagi tanpa diketahui kemana ia tuju. Ben dan Aryan menepuk bahu Jian, menenangkan nya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience