Chapter 16

Fantasy Completed 7847

Ariana mengetuk pintu bilik Miya sebelum memasukinya. Terlihat Miya masih tidur di atas katilnya. "Miya.. kau tak pergi sekolah ke harini?" tanya Ariana perlahan.

Miya membuka matanya. "Aku sakit kepala la Riana. Aku rasa aku rest je kot kt rumah." kata Miya perlahan. "Kau nak aku teman ke?" tanya Riana risau.

"Eh aku okey je sorang. Kau pergi jela sekolah" jawap Miya yakin. "Kau sure?" tanya Ariana. "Betul, kau jangan risau la. Nanti apa apa aku call je kau" kata Miya.

Selepas mendengar kata² Miya, Ariana mula bersiap dan menuju ke sekolah. Aryan yang menanti mereka hairan melihat Ariana keseorangan.

"Mana Miya?" tanya Aryan. "Ada kat rumah. Dia x sihat harini" kata Ariana. Aryan menganggukkan kepalanya. Mereka mula memasuki kelas..

Loceng rehat berbunyi..
Ariana hanya diam sejak keluar dari kelas tadi. Aryan yg kusyuk memakan makanan nya hairan melihat Ariana yang diam tidak bersuara. "Kau asal? Dari tadi diam je." tanya Aryan.

"Aku tak sedap hati la Ary. Aku nak balik.." kata Ariana dan mula beredar dari kantin. Aryan mengikuti nya dari belakang.

"Biar aku hantar kau" kata Aryan. "Sokey. aku pergi sendiri" kata Ariana dan hilang dari pandangan Aryan. "What the.. dia guna kuasa dia kt sekolah?" kata Aryan di dlm hati.

Ariana pelik melihat pintu rumahnya terbuka. Terdengar jerita Miya di dalam rumah. Ariana bergegas masuk ke rumahnya. Terdapat seorang lelaki sedang menarik Miya ke dalam satu bayangan.

Ariana berlari ke arah lelaki itu dan tangannnya mula mengeluarkan lightning. "Let her go you bastard!" jerit Ariana dan menghayunkan tangannya ke arah lelaki itu..

Lelaki itu sempat mengelak serangan Ariana dan melompat jauh dari Ariana. Lelaki itu tersenyum sinis. Dia berlari ke arah Ariana dan mula menyerang nya.

Berlaku pergaduhan antara mereka. Ariana menyepak muka lelaki itu dan lelaki itu mula terpelanting jauh darinya. Ariana mendekati Miya. "Kau okey?" tanya Ariana risau. Miya hanya menganggukkan kepalanya.

"Riana, behide you!" jerit Miya. Ariana berpaling ke belakang dan dia terpelanting dan terhentak di tingkap. Matanya berpinar pinar dan darah muka mengalir di dahinya.

"If you want your friend save, come meet Zeos. He waiting for you.." kata lelaki itu dan mula menghilang bersama Miya. Mata Arian mula kabur sebelum tidak sedarkan diri..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience