Chapter 31

Fantasy Completed 7847

Jian dan Ariana muncul di depan pintu istana. Mereka memasuki istana itu dengan langkah laju. Lily dan yang lain terpana melihat Jian pulang dengan menarik lengan seorang perempuan berjubah itu.

"Jian.. who is she?" tanya Lily pada Jian yang meluru ke arahnya itu. Jian menghentikan langkahnya begitu juga dengan Ariana. Lily terpana melihat Ariana berada di hadapannya.

"Ri..rianaa..?" kata Lily tergagap. Ariana hanya tersenyum sedikit. Charlie,Ben,Dani, dan Aryan terkejut apabila mendengar nama Ariana disebut. Mereka terus meluru ke arah Jian. Mereka kaku melihat Ariana di depan mata selepas menghilangkan diri selama 3 tahun itu.

Lily mengalirkan air mata dan memeluk Ariana erat. Ariana juga menitiskan airmata dan membalas pelukan Lily yg teresak menangis di bahunya itu. "Hey.. don't cry dear. Nanti anak kau cengeng mcm kau." bisik Ariana perlahan. Lily melepaskan pelukannya itu dan mengelap air matanya.

"Aku tahu korang semua dalam emosi tapi bagi aku rawat dia dulu. Lily, ikut aku." kata Jian dan menghilang dari pandangan mereka. Lily dan Ben juga menghilang.

Mereka muncul di bilik rawatan di tingkat bawah istana. Jian menarik jubah yang menutup seluruh badan termasuk kepala dan muka Ariana. Ariana terkaku dengan tindakan Jian itu. Lily, Ben dan Jian terpaku melihat Ariana. Lily memejamkan matanya menahan tangis. Ben dan Jian mengelengkan kepalanya kesal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience