Safuan dan Zakuan duduk sambil menjamu nasi lemak yang dibeli dari kantin.
Mereka masih lagi bercerita mengenai murid baru itu iaitu Sherif Amin.
Mereka seolah - olah kurang senang dengan murid baru itu.
“Dah la berlagak cerdik”,kata Zakuan .
“Ada hati pula nak tambat hati semua guru!”,tambah Safuan .
Setelah tamatnya waktu rehat, Safuan dan Zakuan terserempak dengan Amin.
Mereka mengambil kesempatan membuang sedikit perasaan benci mereka
dengan menolak Amin ke bahu tangga. Fuad secara tidak sengaja turut
menyaksikan kejadian itu, lalu dia pergi ke arah Amin dan membantu Amin.
“Amin kamu tidak apa-apa?”,tanya Fuad kepada Amin.
“Ya, saya tidak apa - apa,”jawab Amin sambil mencapai dinding berdekatan
untuk bangkit.
“Marilah Amin kita laporkan kepada guru disiplin!”,kata Fuad dengan
suara yang marah.
“Usahlah kamu laporkan,perkara kecil sahaja”,balas Amin.
“Perkara yang kecil kalau dibiarkan lama-lama akan menjadi perkara yang
besar”,kata Fuad .
Amin hanya berdiam diri dan beredar dari situ. Ini bukan kali pertama
Safuan dan Zakuan melakukan sebegini ,sudah banyak kali mereka melakukan
begini malah ada yang lebih teruk dari ini.
Semasa didalam kelas Bahasa Melayu, Safuan dan Zakuan sedang asyik
bersembang. Ini menyebabkan Cikgu Zul marah dan menyuruh mereka berdiri
di luar kelas sebagai denda. Wajah Safuan dan Zakuan ternyata kelihatan
seperti merah padam. Siapa yang tidak malu apabila diketawakan oleh
rakan sekelas sendiri.Setelah beberapa jam berlalu, waktu persekolahan
hampir ke penghujungnya buat hari ini. Namun,ada murid 1 Efektif yang
sedang beratur untuk menglangsaikan wang ‘PIBG’.Pada ketika itu,Zakuan
menunjukkan dompet baru yang dihadiahkan oleh bapanya kepada Safuan .
“Ni Safuan , bapa aku baru beli dompet ni,cantik tak?”,kata Zakuan .
“Wah, cantiknya. Mesti mahal harganya?”,balas Safuan .
“Eh mestilah mahal 300...”,Zakuan berkata.
Belum sempat Zakuan berkata mata wang tersebut, Safuan sudah menyampuk!
“Wah, 300 Ringgit Malaysia.. Mahalnya!”,sampuk Safuan .
“Eh,bukan 300 Ringgit Malaysia!”,kata Zakuan .
“Habis? ,”soal Safuan .
“300 Rupiah lah.. Apalah awak ini Safuan . Suka sangat menyampuk”,kata
Zakuan sambil tersenyum.
“Lah 300 Rupiah ke? Ingatkan 300 Ringgit Malaysia”,jawab Safuan .
“Dah agak dah”,tambah Safuan .
Di dalam hati Safuan dia berniat untuk mempunyai dompet seperti Zakuan ,
kerana dompet Zakuan kelihatan sungguh bergaya dan mempunyai rekaan yang
menarik.
“Eh,Zakuan boleh tak aku nak tengok dompet kau?”kata Safuan .
Nah! (Zakuan memberikan dompetnya kepada Safuan ).
Loceng pun berbunyi. Safuan pun pulang dengan membawa dompet Zakuan .
“Eh Zakuan kenapa kamu terlihat seperti kegusaran?”,soal Amin.
“Engkau tidakpayahsibuklah tentang aku”,jawab Zakuan .
“Beritahu sahajalah manalah tahu mungkin saya boleh tolong”,balas Amin.
“Baiklah kalau kau nak tahu,sebenarnya dompet aku dah hilang,”kata Zakuan
kegusaran.
“Dompet yang mana satu?”,soal Amin.
“Yang bapa aku hadiahkan itulah..”,jawab Zakuan .
Lalu Amin pun mula beredar dari kelas dan menuju ke stesen bas. Fuad
sedang menunggunya di situ,mereka ingin berbincang mengenai projek
Matematik. Mereka perlu lakukannya untuk memperoleh band 6 bagi mata
pelajaran Matematik.
“Fuad , awak tahu tidak dompet Zakuan telah hilang!”,tanya Amin.
“Tak pun, bila yang hilang?”,soal Fuad pula.
“Baru sebentar tadi”,jawab Amin.
Share this novel