BAB 5

Romance Completed 380

“Huh! apa lah yang aku akan lakukan sepanjang cuti sekolah ini,”keluh Amin.

Waktu cuti sekolah pun telah bermula dapat dikatakan semua murid pergi
melancong ke sana sini. Ada yang melancong ke Sabah,Sarawak,Kuala Lumpur
dan banyak lagi, ada juga yang melancong ke luar negara seperti
Singapura,China,Amerika dan lain-lain. Namun, Sherif Amin hanya
berhadapan dengan televisyen dan buku latihan ,setiap hari pada
sepanjang cuti sekolah ini.

Pada hari malam Sabtu Zakuan menelefon Sherif Amin dan mengajak Amin
keluar berkelah bersamanya di tepi pantai. Ianya seperti yang dihajatkan
oleh Sherif Amin. Namun perkelahan ini tidak bersama ibu dan ayahnya
kerana kesibukan bekerja.

“Baiklah saya akan mengikuti kamu untuk pergi berkelah,”jawab Amin.

“Hari Ahad jam 8.00 pagi, awak tunggu di hadapan rumah saya ya!,”kata Zakuan .

“Baiklah Zakuan ,”jawab Amin.

Hari Ahad telah tiba. Amin dan Zakuan sangat teruja untuk berkelah di
tepi pantai. Perkelahan ini turut diikuti oleh ibu,bapa,nenek dan datuk
Zakuan . Sedang mereka menikmati keindahan alam di tepi pantai, tiba-tiba
ada seseorang menelefon Zakuan .

“Assalamualaikum,adakah ini Zakuan yang sedang bercakap?,”tanya suatu
suara misteri di telefon.

“Waalaikummussalam,ya ini Zakuan .Boleh saya tahu siapa yang
bercakap?,”tanya Zakuan pula.

“Ini Ameyra lah, saya nak beritahu bahawa bapa Safuan telah meninggal
dunia pada jam 10 pagi tadi.”kata Ameyra .

“Mengapa ya?,”tanya Zakuan .

“Katanya bapa Safuan terlibat dalam suatu kemalangan jalan raya,”jawab
Ameyra .

“Terima kasih kerana memaklumkan perkara ini kepada saya,”jawab Zakuan .

Zakuan dengan serta-merta memaklumkan perkara itu kepada Sherif Amin.
Keesokan harinya,Sherif Amin memberikan cadangan agar satu kelas Efektif
melawat Safuan di rumahnya. Cadangan itu disambut baik oleh semua murid 1
Efektif. Mereka juga mengadakan tabung kutipan derma buat keluarga Safuan .

Semua murid bersetuju. Akhirnya,mereka berjaya mengumpulkan wang
berjumlah RM 180.00 . Semua murid 1 Efektif bersyukur atas hasil usaha
mereka akhirnya membuahkan hasil juga. Setelah tamat waktu persekolahan
mereka berpakat untuk pergi melawat Safuan bersama-sama. Cikgu Khamsiah
dan Cikgu David juga turut serta.

Setibanya mereka di rumah Safuan . Mereka mengucapkan salam takziah dan
menyampaikan kutipan derma yang telah dikutip oleh mereka. Safuan
berterima kasih kepada semua rakan-rakannya. Dia juga sedar bahawa
sahabatlah yang akan membantu kita saat kita susah atau senang.

Mulai hari itu juga dia berikrar bahawa dia tidak akan membuli Sherif
Amin dan tidak akan menyimpan sifat dendam terhadap rakan-rakannya itu.
Dia bersyukur kerana selama ini dia sering berkasar bahasa tetapi
rakan-rakannya masih bersimpati kepada dia dan masih lagi memberikan dia
peluang kedua untuk berubah.

Cikgu Khamsiah juga sempat memberi pesan;

“Safuan ,kamu haruslah tabahkan hati dan dapat menerima segalanya,”kata cikgu.

“Baiklah cikgu,”jawab Safuan sambil air mata membasahi pipinya.

Safuan juga juga meminta maaf kepada Sherif di hadapan semua rakan -
rakannya itu. Sherif menerima maaf Safuan . Mulai hari itu juga Sherif dan
Zakuan kini bertemankan Safuan pula.

Keesokan harinya, Cikgu David mengumumkan sesuatu di hadapan kelas 1
Efektif. Rupa-rupanya Cikgu David akan mengadakan rombongan ke Gua
Tempurung. Dia menyarankan agar semua muridnya menyertai rombongan
tersebut. Beliau juga berharap agar muridnya dapat menimba ilmu disana.

Hampir satu kelas ingin menyertai rombongan itu. Ini termasuklah Sherif
Amin,Zakuan dan Safuan . Maklumlah siapa yang tidak mahu menyertai
ekspedisi meredah sungai, hutan dan mengetahui suasana gua. Antara sebab
lain rombongan ini diadakan termasuklah bagi menenangkan fikiran murid
setelah mengharungi PBS.

Rombongan ini akan diadakan pada hari Sabtu. Mereka akan bertolak dari
sekolah ke Gua Tempurung pada pukul 6.30 pagi dan dijangka pulang ke
sekolah pada pukul 6.40 petang. Sayang sekali Ameyra dan Ridwana tidak
dapat mengikuti rombongan ini disebabkan mereka mempunyai perancangan
aktiviti lain pada hari tersebut.

Hampir satu kelas tidak sabar menanti hari tersebut. Cikgu David juga
ada berpesan agar mereka membawa lampu suluh, pakaian tambahan dan wang
untuk berbelanja di sana.

Tiga hari telah berlalu....

Kini tibalah hari Sabtu, dimana semua murid bakal menaiki bas dan akan
berkunjung ke Gua Tempurung. Sebelum mereka bertolak Cikgu David, Cikgu
Khamsiah dan Cikgu Razman ada memberikan sedikit taklimat mengenai
rombongan ini. Antara pesanannya ialah agar mereka tidak membuat bising,
tidak mengusik khazanah gua, tidak berpisah antara satu sama lain dan
mendengar segala arahan yang diberikan.

Mereka tiba di sana pada jam 12.05 tengah hari. Setibanya di sana mereka
diberi taklimat pula dari fasilitator di Gua Tempurung. Mereka juga
diberikan panduan keselamatan sepanjang berada di dalam gua tersebut.

Setelah hampir 4 jam mereka meneroka gua itu disana. Tibalah masanya
untuk mereka pulang ke Pulau Pinang. Ketika dalam perjalanan pulang,
jelas kelihatan keletihan dan kepenatan yang mereka harungi.
Sekurang-kurangnya mereka mempelajari sesuatu yang baru hari ini.

Bas itu kemuadiannya berhenti di “Tempat Rehat dan Rawat (R&R)”. Ini
disebabkan ada diantara mereka mahu ke tandas dan ada pula yang mahu
membeli sedikit makanan ringan bagi meneruskan perjalanan pulang ke sekolah.

Mereka tiba di sekolah pada jam 6.30 petang. Ada sesetengah ibu bapa
pelajar yang telah menunggu untuk menjemput anak mereka pulang. Namun
ada juga yang baru hendak menelefon ibu bapa mereka. Setelah mengharungi
beberapa ujian bulanan. Kini sesi persekolahan buat tahun ini kian
hampir ke penghujungnya. Mereka masih lagi menunggu keputusan ‘PBS’
mereka. Walaupun, rombongan ke Gua Tempurung sudah dua minggu berlalu,
mereka masih lagi menceritakan pengalaman mereka di sana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience