Untuk membeli cenderamata ini, Amin dan Zakuan telah ditugaskan untuk
membelinya dari kedai kraftangan. Ini berikutan kerana kedai kraftangan
tidak terletak jauh dari rumah mereka berdua. Mereka juga mengumpulkan
sedikit wang bagi menampung perbelanjaan tambang bas yang akan digunakan
nanti.
Mereka telah membuat keputusan untuk membeli sebuah pasu yang berwarna
kuning keemasan. Ternyata pasu itu kelihatan sungguh cantik.
Tibalah hari dimana jamuan akhir tahun bagi kelas 1Efektif akan
diadakan. Ternyata semua murid 1Efektif bertungkus-lumus menyediakan
tempat makan,makanan dan minuman. Zakuan ,Ameyra dan Amin juga tidak
kurang sibuknya. Selain itu, Cikgu Khamsiah turut mengingatkan mereka
agar membersihkan tempat ini setelah majlis selesai kerana ia adalah
satu arahan dari pengetua.
Cikgu Khamsiah terpaksa beredar kerana beliau mempunyai sedikit kerja di
pejabat sekolah. Namun, beliau berjanji akan menghadiri majlis ini
sejurus kerja di pejabat selesai. Sekarang ini jam menunjukkan 1.00 petang.
Jamuan itu akan bermula tepat pada jam 2.00 petang. Ini bermakna mereka
mempunyai lebih kurang satu jam untuk meyiapkan segalanya. Memandangkan
jadual Cikgu David lapang. Jadi beliau juga turut membantu Zakuan , Amin dan Ameyra .
Setelah berlalunya satu jam. Kini, tibalah masa yang ditunggu - tunggu.
Semua murid 1Efektif sedang bersedia untuk menyambut kedatangan Cikgu
Khamsiah . Hadiah buat Cikgu Khamsiah juga telah dibeli manakala balutan
kertas hadiah yang cantik itu dibalut oleh Fatihah.
Setibanya Cikgu Khamsiah menjejakkan kakinya ke dalam kelas. Murid
1Efektif menyambut cikgu kesayangan mereka itu dengan penuh keceriaan.
Kemudiannya, hadiah itu disampaikan kepada Cikgu Khamsiah oleh Zakuan .
Dimana dia merupakan ketua tingkatan yang baru bagi menggantikan Fuad
selepas Fuad berpindah ke sekolah lain.
Setelah segalanya selesai. Mereka mula mengemas dan menyimpan peralatan
dan sebagainya.
Semestinya hari itu juga tidak dapat dilupakan oleh Cikgu Khamsiah .
Tambahan pula, Cikgu Khamsiah akan berpindah ke Sekolah Menengah
Kebangsaan Pasir Puteh yang terletak di Kelantan disebabkan beliau
terpaksa mengikut suaminya yang berpindah tempat kerja di bandar negeri
Kelantan itu. Semasa majlis itu,Cikgu Khamsiah kelihatan seperti
menitiskan air mata kepiluan. Pastinya ini disebabkan perpindahan beliau
ke sekolah baru pada sesi tahun hadapan ke Kelantan itu.
Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan bagi sesi tahun ini. 1 jam
sebelum waktu persekolahan tamat. Satu perhimpunan rasmi telah diadakan.
Dimana menyaksikan barisan guru yang akan berpindah ke sekolah baru
seperti Cikgu Khamsiah , ada juga yang akan bersara dari bidang ini akan
membuat ucapan penghormatan buat kali terakhir di SMK Bandar Kelisa ini.
Setelah tamatnya waktu persekolahan. Zakuan menemani Amin berjalan kaki
untuk pulang ke rumah. Ini disebabkan bapa Zakuan tidak dapat
menjemputnya untuk pulang ke rumah kerana sibuk dengan mesyuarat di
tempat kerja. Ini merupakan kali pertama Zakuan berjalan kaki untuk
pulang ke rumah.
Waktu kian menghampiri senja. Amin ,Fuad dan Zakuan akan berjumpa dan
bersembang di sebuah pondok dihadapan rumah Sherif Amin. Pondok ini
telah dibina oleh bapa Sherif Amin itu sendiri.
Share this novel