BAB 1

Romance Completed 380

Tepat pukul 7.20 pagi,semua murid tingkatan 1 Efektif telah pun berada
di dalam kelas. Pada hari ini mata pelajaran yang pertama ialah mata
pelajaran Sains yang diajar oleh Cikgu Khamsiah . Cikgu Khamsiah juga
merupakan guru tingkatan bagi kelas 1 Efektif manakala penolong guru
tingkatan ialah Cikgu David. Mereka berdua merupakan guru yang
berdedikasi dan sangat menitik beratkan kekemasan. Ketua tingkatan bagi
kelas 1 Efektif pula ialah Mohd Fuad bin Mustapha atau lebih dikenali
dengan nama Fuad manakala penolong ketua tingkatan ialah Ameyrah
binti Adam lebih dikenali dengan panggilan Amy di kalangan rakan - rakannya.

Bangun.. Assalamualaikum cikgu! Kata ketua tingkatan, lalu diikuti oleh
semua murid. “Waalaikummussalam murid-murid sila duduk”,kata Cikgu
Khamsiah dengan ceria. Hari ini kamu semua akan mendapat seorang rakan
baru.Terus Cikgu Khamsiah menjemput murid baru itu.

“Sila perkenalkan diri anda,”kata Cikgu Khamsiah kepada murid baru yang
berdiri di sebelahnya.

“ Assalamualaikum kawan-kawan nama saya Sherif Amin, kawan-kawan boleh
memanggil saya Amin. Saya berharap kita dapat menjadi rakan yang
baik.”kata murid baru itu.

“Saya juga berharap kamu semua dapat memberi kerjasama dengan Sherif
Amin,dia salah seorang di dalam golongan orang kurang upaya (OKU),”kata
cikgu.

“Baiklah Amin awak boleh duduk disebelah Fuad ,”kata cikgu lagi.

“Baiklah cikgu”,ujar Amin dengan nada yang rendah.

Setibanya di tempat duduk,Fuad menyambut dia dengan penuh senyuman.
Sebenarnya, Fuad merupakan antara pelajar yang peramah di 1 Efektif.
Dia juga mempunyai ramai kawan disebabkan sikap peramah dan sikap suka
membantu.

“Hai nama saya Fuad ! Kita boleh menjadi kawan baik”, kata Fuad .

“Oh, hai! Sudah tentu boleh”,balas Amin.

Namun disebalik suara - suara yang tenang tersembunyi dua hati yang
berdendam. Jelas kelihatan Safuan dan Zakuan yang tidak berpuas hati
terhadap Sherif Amin, yang dilihat seperti mahukan lebih perhatian.

“Aku rasa macam dia ni budak poyo lah!”,bisik Zakuan .

“Aku pun sama”,balas Safuan .

“Kalau aku, aku tak main lah dengan publisiti murahan macam ini
semua,”kata Zakuan lagi.

“Sudah lah tempang,”tambah Safuan pula.

Setelah genap seminggu Sherif Amin di SMK Bandar Kelisa, dia adalah
antara murid yang paling menonjol di dalam kelas Matematik. Dia
disayangi Cikgu David yang merupakan guru Matematik 1 Efektif. Bukan
sahaja Cikgu David malah dia disayangi semua guru kerana perlakuannya
yang menghormati guru dan baik hati. Perkara ini menyemarakkan lagi
kemarahan dan kebencian Safuan dan Zakuan .

Sekarang jam menunjukkan pukul 9.56 pagi, waktu Matematik akan berakhir
beberapa minit sahaja lagi. Semua murid bersedia untuk keluar rehat.
“Kringg...” (loceng berbunyi) ini menandakan bermulanya waktu rehat.
“Terima kasih cikgu!”,satu kelas bersuara. Fuad dan Amin segera beredar
dari kelas dan terus menuju ke kantin sekolah. Semenjak Amin bersekolah
di sini Fuad sering menemaninya kemana saja. Mereka kelihatan seperti
adik dan abang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience