BAB 8

Romance Completed 380

Maklumlah bapa Amin juga turut tidak terlepas dari mengambil bidang seni
bina.

Semasa mereka berborak. Mereka ditemani dengan bulan yang menyinari
dikala kepekatan malam.

Sherif Amin mula tersedar bahawa dia sangat bertuah kerana mempunyai
rakan yang baik hati dan prihatin terhadapnya.

Lalu Sherif Amin berkata,“Aku sangat bertuah kerana sahabat ku seorang
yang baik hati dan prihatin terhadap diri ku”.

Fuad juga berkata,“Aku juga sangat bertuah. Walaupun hanya seketika
kita berkenalan tetapi sahabat ku di sekolah lama masih lagi menegur dan
tidak sombong dengan ku. Ini menunjukkan sahabat ku seorang yang peramah”.

Zakuan juga turut bersuara,“Aku sangat berbangga dengan semua sahabat ku
di sekolah. Walaupun aku seketika dulu sangat sombong dan suka menganggu
rakan yang lain. Namun akhirnya sahabat ku merupakan seorang yang pemaaf
kerana mereka mampu memaafkan aku walaupun aku telah banyak melakukan
kesalahan terhadap mereka.

Berakhirnya suatu hari yang penuh dengan kenangan itu, tidak bermakna
berakhirnya sebuah pertalian persahabatan yang cukup erat ini.
Sebaliknya, mereka terus melakukan aktiviti yang berfaedah bersama-sama
setiap hari. Adakalanya mereka ke perpustakaan. Kadang kala di waktu
petang Fuad dan Zakuan akan pergi membantu Amin di kedai ibunya. Suatu
yang pasti mereka tidak pernah dan tidak akan berpisah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience