Tiba-tiba di stesen bas itu Amin dan Fuad terlihat Safuan yang tertidur
di atas sebuah bangku. Secara tidak disengajakan,Amin terpandang ke
kocek baju Safuan . Kelihatan seperti dompet Zakuan yang hilang.
“Eh Fuad , bukan kah itu dompet Zakuan yang hilang?”,tanya Amin.
“Yalah, saya pun rasa begitu”,jawab Fuad .
“Apa kata kita ambil dompet itu dan serahkan kepada Cikgu Hidayat!”,
jawab Amin.
“Jom!”,balas Fuad .
Mereka berjaya mendapatkan dompet itu, lalu mereka bergegas ke bilik
penolong kanan. Amin dan Fuad pun menceritakan perkara yang sebenarnya
kepada Cikgu Hidayat yang merupakan guru disiplin di SMK Bandar Kelisa
ini. Beliau merupakan guru yang paling tegas di sekolah.
“Kami minta diri dulu cikgu”,kata Amin dan Fuad serentak.
Dalam perjalanan pulang Amin dan Fuad menceritakan mengenai perwatakan
Safuan yang sekadar berpura-pura dihadapan Zakuan untuk mendapat benda
yang diimpikan.
“Patutlah Safuan kelihatan lain dari yang sebelumnya,”kata Fuad .
“Itu lah rupanya ada benda yang disembunyikan,”kata Amin.
“Bak kata pepatah; ada udang di sebalik batu,”kata Amin pula.
Keesokan harinya, Cikgu Hidayat pun berada di hadapan kelas 1 Efektif
dan memanggil Zakuan kehadapan kelas.
“Zakuan adakah dompet ini kepunyaan kamu?”,tanya Cikgu Hidayat.
Zakuan dengan tergagap menjawab ya.Cikgu Hidayat pun berkata. Sebenarnya
ada seseorang dari kawan karib kamu yang telah mengambil dengan sengaja
dari pangkuan kamu iaitu Safuan .
“Safuan adakah awak mengaku awak yang mengambil dompet Zakuan ini?”,soal
Cikgu Hidayat kepada Safuan .
Pada mulanya Safuan hanya sekadar mendiamkan diri dan matanya tertumpu
kearah lantai. Kelihatan seperti air matanya membasahi pipi. Namun
akhirnya dia mengaku juga.
“Erm.. Ya saya mengaku cikgu, saya yang mengambil dompet Zakuan .”,kata
Safuan dengan suara yang kesal.
Lantas dia meminta maaf kepada Zakuan , yang merupakan kawan karibnya
selama ini. Namun persahabatan mereka berakhir pada hari itu.
Baiklah saya maafkan awak tapi saya tidak menyangka bahawa awak sanggup
mencuri dompet saya. Apa-apa pun saya ingin mengucapkan terima kasih
kepada cikgu kerana cikgu menjumpai dompet saya yang hilang”,panjang
lebar jawab Zakuan .
Oh,jangan lah kamu berterima kasih kepada saya! Bukan saya yang
menjumpai dompet itu tapi Sherif Amin dan Fuad yang menjumpainya.”ulas
Cikgu Hidayat.
“Terima kasih Amin dan Fuad . Saya berjanji saya tidak akan menggangu
awak lagi, tapi kita masih kawan kan?”,tanya Zakuan kepada Amin dan Fuad .
“Sudah tentulah Zakuan ”,jawab Amin sambil tersenyum.
Mulai dari hari itu jugalah mereka bertiga bersahabat baik. Zakuan juga
turut kelihatan seperti kembar kepada Sherif Amin.
Selang beberapa bulan, Zakuan merupakan pengganti Fuad kerana Fuad
menerima tawaran untuk berhijrah ke Sekolah Sains, setelah dia
menunjukkan prestasi yang cemerlang di sekolah. Walaupun Fuad dan
Sherif Amin kini berjauhan, mereka masih lagi berhubung dengan saling
mengutuskan surat melalui emel dan laman muka buku yang lebih dikenali
sebagai ‘Fac’. Ada kalanya Fuad bertanyakan khabar kepada Amin.
Namun, adakalanya Amin bertanyakan kesihatan Fuad di sana. Setiap kali
apabila mereka bertemu di kampung halaman mereka pastinya mereka
mempunyai banyak cerita untuk dipertengahkan.
Share this novel