Keesokan harinya….. Pada waktu Sains….
Lantas Cikgu Khamsiah tanpa membuang masa menyerahkan slip PBS kepada
murid - murid tingkatan satu itu.
Ada yang mendapat empat Band 6 , ada juga yang hanya mendapat satu Band
6. Namun itu tidak akan menghalang mereka untuk berjaya dan melakarkan
keputusan yang lebih baik bagi sesi tahun hadapan.
“Apa - apa pun keputusan kamu. Kamu telah melakukan yang terbaik,”kata
cikgu.
“Saya turut berbangga dengan kamu kerana kamu telah memenangi
pertandingan keceriaan kelas pada setiap minggu. Saya juga berbangga
dengan disiplin dan prestasi semasa yang kamu tunjukkan,”tambah cikgu lagi.
“Baiklah. Memandangkan wang kelas kamu masih ada. Beritahu cikgu apa
yang kita mahu lakukan dengan wang itu?,”tanya cikgu pula.
Lantas Ameyra berdiri dan mencadangkan agar mengadakan jamuan kelas
akhir tahun buat tahun ini dan wang itu digunakan sebagai bayaran makanan.
“Baiklah cikgu akan pertimbangkan cadangan itu. Siapa yang setuju dengan
cadangan Ameyra sila angkat tangan,”tanya cikgu lagi.
Semua murid 1 Efektif bersetuju dengan cadangan Ameyra . Cikgu Khamsiah
terus meminta cadangan dari murid untuk menu utama sajian majlis akhir
tahun itu. Sebelum Cikgu Khamsiah melangkah keluar dari kelas. Beliau
telah menetapkan tarikh jamuan iaitu dua hari sebelum tamatnya sesi
persekolahan tahun ini.
Walaupun begitu, murid 1 Efektif bercadang ingin memberikan Cikgu
Khamsiah cenderamata. Ianya sebagai tanda terima kasih kerana membimbing
mereka dan tidak pernah berputus asa mengajar mereka. Murid 1 Efektif
bercadang ingin memberikan sebuah pasu hiasan sebagai cenderamata.
Cadangan ini dilontarkan oleh Zakuan . Mereka semua menyambut baik
cadangan Zakuan itu.
Share this novel