BAB 4

Romance Completed 380

Zakuan pun tidak kurang juga. Kini, Zakuan sering berkongsi ilmu dan
cerita bersama rakan-rakan yang lain. Jika dulu Zakuan merupakan seorang
murid yang pendiam. Namun, sikapnya berbeza sungguh dengan sekarang.
Semuanya disebabkan oleh tindakan Safuan iyang memakan dirinya sendiri.

Peperiksaan pertengahan tahun akan bermula tidak lama lagi. Amin dan
Zakuan tidak kurang juga sibuknya. Masing-masing tekun mengulang
kaji,maklumlah peperiksaan ini akan menyebabkan pertukaran kelas. Zakuan
dan Sherif sering belajar secara berkumpulan bersama Abdillah,Sarah
Nabila,Ridwana dan Ameyra . Mereka bertekad untuk bersaing berpandukan
kedudukan di dalam kelas.

Sedang sibuk mereka belajar, Safuan yang dahulunya berkawan rapat dengan
Zakuan kini masih lagi berdendam dengan Amin. Kali ini alasannya ialah
Sherif Amin merupakan perampas dan seorang yang hiprokit iaitu
berpura-pura berperangai baik.

Seminggu selepas itu.

Peperiksaan Pertengahan tahun pun berakhir. Semua murid 1 Efektif
berdebar untuk mengetahui siapa yang bakal menduduki tempat pertama,
kedua dan ketiga di dalam kelas.

Cikgu Khamsiah melangkah masuk ke dalam kelas 1 Efektif. Bangun..
Assalamualaikum cikgu! lalu diikuti oleh semua murid. “Waalaikummussalam
murid - murid sila duduk”,kata Cikgu Khamsiah . Hari ini kamu semua akan
mengetahui siapa yang bakal menduduki tempat pertama, kedua dan ketiga
di dalam kelas. Cikgu Khamsiah memnyerahkan slip peperiksaan kepada
semua murid kecuali kepada Sherif Amin, Zakuan dan Ameyra .

Sebenarnya tiga pelajar ini iaitu Amin,Ameyra dan Zakuan telah
menunjukkan prestasi yang baik dan telah mendapat tiga tempat teratas di
dalam kelas.

“Pertama sekali, tahniah buat Ameyra kerana awak telah mendapat tempat
ketiga di dalam kelas,”kata cikgu dengan bangganya.

“Juga tahniah buat Amin dan Zakuan masing - masing mendapat tempat
pertama dan kedua di dalam kelas,”kata cikgu.

“Terima kasih cikgu,”serentak mereka bersuara.

Satu kelas Efektif memberikan tepukan yang gemuruh buat ketiga-tiga
pelajar ini. Tahniah Amin saya tidak sangka kamu boleh menduduki tempat
pertama,kata Zakuan dan Hidayah terhadap Amin.

“Rezeki itu ditangan tuhan”,jawab Amin.

“Eh Safuan kamu ini tidak pergi ke kelas tuisyen ke?,”tanya Cikgu Khamsiah
kepada Safuan .

“Cikgu saya pergi lah ke kelas tuisyen, kenapa cikgu tanya?,”balas Safuan .

“Tidak lah. Saya lihat kamu terlalu lemah sangat, jika kamu mengikuti
kelas tuisyen. Mengapa kamu boleh mendapat tempat terakhir di dalam
kelas?,”tanya Cikgu Khamsiah lagi.

“Entahlah cikgu. Sejak kebelakangan ini fikiran saya sering
terganggu,”jawab Safuan .

Safuan mungkin juga akan ditukarkan kelas kerana keputusannya yang kurang
memberangsangkan. Ini juga akan memberi pengajaran buat rakan yang lain
agar melakukan persediaan yang secukupnya sebelum menghadapi sesuatu
peperiksaan.Selepas peperiksaan ini, sekolah bakal bercuti selama
seminggu. Oleh itu, semua pelajar sedang hangat memperkatakan mengenai
masa terluang pada musim cuti sekolah ini.

“Eh Amin kamu tidak akan kemana-mana ke pada cuti sekolah ini?”,tanya Zakuan .

“Nak pergi mana. Cuti pun hanya tiga hari saja bagi saya. Selebihnya
saya akan meluangkan masa di rumah datuk dan nenek saya”,jawab Amin.

“Mungkin saya akan pulang ke kampung nanti. Kenapa kamu tanya?”,tambah Amin.

“Cuti tiga hari pun. Ia tetap cuti juga”,balas Zakuan .

“Tidak ada apa-apalah saya sengaja tanya”,tambah Zakuan .

“Rugilah kita kalau tidak kemana - mana,”tiba-tiba Ameyra menyampuk.

Jauh di sudut hati remaja berumur 13 tahun ini, dia teringin untuk pergi
berkelah bersama keluarga. Namun, apa akan daya apabila bapanya tidak
dapat pulang kerana bekerja di luar negara. Maklumlah bapa Amin
merupakan seorang usahawan yang berjaya. Ibunya juga tidak kurang
sibuknya kerana ibunya kini sibuk menguruskan restoran di tengah-tengah
ibu kota, yang kini telah berkembang maju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience