BAB 5

Other Completed 1356

“Fiq makin sejuk ni. Sha amikan selimut,”Sha cuba berlalu ke bilik untuk mengambil selimut, tapi tangannya ditarik Shafiq . Shafiq menggelengkan kepala.

“Fiq nak habiskan waktu dengan Sha sebelum balik sekejap lagi,” kata Shafiq sambil merenung Sha.

“Takpe Sha, kau duduk dengan Shafiq. Aku ambilkan. Kat mana kau letak?” Azrin mengantikan Sha untuk mengambil selimut.

“kau ambil je dalam bilik aku. Bilik sebelah kanan tepi tangga. Carilah dalam almari kat situ,”terang Sha. Azrin berlalu mengambil selimut di dalam bilik Sha.

“Rin,kau memang sahabat yang baik!” kata Shafiq perlahan namun cukup kuat menyapa gegendang telinga Azrin.

“Apa saja untuk kau Fiq!” perlahan Azrin bersuara sambil berlalu. Shafiq hanya terdiam. Bila Azrin berlalu, Shafiq peluk Sha erat.

Seketika, hilang segala rindu dendam di hati mereka. Hampir setahun mereka berpisah selepas mereka bertunang. Walaupun Sha kerisauan, namun pelukan Shafiq itu membuatkan dia lupa seketika kegusaran hatinya. Dia tahu Shafiq cintakan dia.Dia juga cintakan Shafiq seikhlas hati.

“sayang, fiq hauslah. Boleh ambilkan segelas air suam?” kata Shafiq sambil tersenyum. Sha mengganguk lalu berlalu ke dapur.

Ketika dia ingin berlalu, jam di dinding di dinding berdenting dua belas kali menunjukkan sudah pukul 12 tengahmalam. Sha memanaskan sedikit air di dalam cerek dan berasakan sedikit suam, lalu dihidangkan ke dalam gelas sederhana tinggi. Dengan segera, dia ke ruang tamu. Tapi dia tidak melihat kelibat Shafiq.

“sha?” tegur Azrin.

“huh? Rin…mana Fiq?” tanya Sha buntu.

“ Bukan dengan Sha kat ruang tamu?” tanya Azrin kepelikan. Di tangannya tedapat selimut tebal berwarna hijau.

Mereka berdua kehairanan. Sha letakkan gelas mengandungi air suam itu diatas meja.

“Rin cuba tengok kat bilik air tingkat atas, kot-kot Fiq pergi bilik air kat atas,”pinta Sha. Azrin mengganguk.

ketika mereka ingin mencari Shafiq, telefon bimbit Sha berbunyi di atas almari berdekatan TV. Sha segera mencapai telefon lalu di jawabnya panggilan itu. Azrin hanya memandangnya,kehairanan.

“Assalamualaikum…Sha, umi ni,”

“waalaikumsalam,ye umi,” Sha menyambut salam dari bakal ibu mentuanya yang dipanggil umi.

“Sha..umi harap Sha sabar ye nak dengan apa yang umi nak beritahu ni,”

“kenapa ni umi?” Sha kepelikan apabila uminya berkata sedemikian. Serak suara umi seperti baru sudah menangis.

“Sha, Shafiq…Shafiq terlibat dalam kemalangan. Kapal terbangnya terhempas ketika hendak mendarat. Tadi polis datang ke rumah maklumkan tentang ini,” suara ibu mula esak dengan tangisan.

Sha terlopong terus terduduk.

Azrin segera mendapatkan Sha. Telefon di tangan Sha berganti tangan. Sha dalam keadan terkejut.

“umi? Ni Rin ni,” Azrin memperkenalkan diri kepada ibu Shafiq yang juga dipanggilnya umi sejak mereka bersekolah lagi.

“Innalilah..”hanya itu yang mampu dikatakan setelah mendengarkan apa yang dikatakan ibu Shafiq.

Terkejut!

Dirinya betul-betul terkejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience