BAB 6

Other Completed 1356

Kalau Shafiq meninggal dunia dalam kemalangan kapal terbang seperti yang dikatakan uminya, siapa pula yang datang sebentar tadi? Yang minta dia berjanji untuk menjaga Sha sekiranya sesuatu terjadi? Adakah itu roh Shafiq yang datang meminta dia untuk menjaga Sha?

Astafirullahalzim..

Ya Allah…Azrin buntu. Sha terjelopok diam di atas lantai tanpa sebarang suara. Sha benar-benar mengalami tamparan.

Azrin benar-benar mati akal. Hanya satu sahaja yang mampu dilakukan..

Beristighfar!

“Ini peluang business yang serius! Tak tipu!”

Kamil hanya mampu terkebil kebil mendengar penjelasan Kak Nor yang begitu bersemangat mengenalkan dia dengan program perniagaan itu. Kedai nasi lemak

“Maveles” yang masih riuh dan penuh dengan pelanggan seolah tidak melunturkan semangat Kak Nor yang separuh menjerit untuk cuba bercakap dengan Kamil. Kamil sudah tidak mampu berkata apa-apa; otaknya ligat terbayangkan duit yang bakal diterima seperti yang dicanang-canangkan oleh Kak Nor.

Kamil memetik pencucuh rokok dan menyalakan sebatang lagi rokok. Dahinya berpeluh, mungkin kerana baru sahaja habis menelan dua pinggan nasi lemak. Asap rokok dihembus laju.

“Tapi kak, bagaimana keuntungan ini boleh Kamil dapat?”

“Selalunya pembayaran dilakukan setiap minggu. Berapa pembayaran tu depends lah dengan berapa ramai yang Kamil berjaya tarik untuk menyertai program ini bawah Kamil.”

“Kamil faham kan dengan penerangan akak ni?” tanya Kak Nor, keningnya berkerut cuba menafsir apa yang bermain di dalam minda Kamil.

“Erm.. kurang fahamlah kak bab duit ni. Cuba akak terangkan balik, boleh? Maaflah, saya bab – bab sistem matriks ke apa, memang lemah sikit. Maklumlah, sekolah tak tinggi” sengih Kamil.

“Okay, macam ni..

“ Kak Nor mengambil sekeping lagi kertas kosong dari fail birunya. Dilukisnya satu bulatan di tengah kertas. Nama Kamil ditulis di dalam bulatan itu.

“Katakan ini Kamil, dan Kamil berjaya tarik tiga orang untuk join. Untuk setiap orang, Kamil akan dapat komisyen 10% bersamaan RM 300. Setiap minggu akan dapat RM300. Faham?” terang Kak Nor sambil melukis tiga bulatan lagi di bawah bulatan pertama.

Kamil cuma menganggukkan kepala.

“Tiga orang ni dipanggil downline Kamil. Kamil berjaya je cari tiga orang, Kamil dapat naik pangkat – kitorang panggil Kamil sebagai Count. Faham?”

Kamil menganggukkan kepala lagi. Tak ubah seperti ayam yang sibuk mematuk bertih jagung!

Kak Nor meneruskan lagi penerangan. Dilukis lagi sembilan bulatan kecil dibawah bulatan yang sebelumnya. Disambung – sambung bulatan itu; serupa seperti sebatang pokok tanpa daun. Dalam satu nafas Kak Nor berbicara lagi..

“Selepas Kamil menjadi Count, kalau tiga orang lagi menyertai program ini di bawah downline Kamil, Kamil dapat komisyen sebanyak 5% seorang, jumlahnya RM450. Senang kan? Boleh faham?”

“Ohhh.... macam tu....” jawab Kamil.

Kak Nor tersenyum simpul. Penerangan yang lancar dan jelas itu akhirnya berjaya juga disumbatkan di dalam otak Kamil.

“Alhamdulillah, dapat aku lagi seorang. Murah rezeki aku..” getus hati Kak Nor.

Kamil membenamkan rokok yang tinggal hujung di dalam asbak merah di hadapannya. Mukanya masih berkerut, seperti masih sesat dalam kegelapan kata-kata Kak Nor. Bibirnya seperti mahu mengungkapkan sesuatu, tapi tidak terluah. Kak Nor yang sedar akan hakikat itu terus bertanya kepada Kamil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience