BAB 9

Other Completed 1356

“Tapi kau tak menjual pun lampu tu. Kau yakin ke lampu tu jadi kegilaan ramai kat France? Can you really sell that thing? Boleh ke kau jual kat sini? Mana target market kau?”

Kamil terdiam, kaget dengan jawapan Leman. Pantas fikirannya berputar mencari idea dan jawapan untuk memangkah Leman kembali. Hatinya mula panas. Mentang mentang kau belajar sampai universiti, pandai pandai kau keluarkan perkataan orang putih ya?

“Leman! Kalau kau tak suka dengan business ni, kau boleh berambus! Jangan pulak pandai – pandai hendak melingkupkan aku. Macam ni ke Melayu, orang nak membangun kau cantas?

Macam ni ke sedara, sama – sama sedara nak bagi untung pun kau tak mahu? Aku taulah kau belajar sampai universiti, kerja elok kat bandar Kuantan tu, tapi janganlah nak berlagak sangat!”

Nyata Leman terkejut dengan jerkahan Kamil itu. Leman langsung tak sangka bahawa Kamil sanggup menaikkan isu

“Melayu” dan

“Saudara” dalam hal ini. Leman hanya berniat untuk menegur, namun jelas kelihatan bahawa tegurannya disalah tafsir.

“Ah sudah, aku dah tercucuk naga tidur..” hati kecil Leman berkata.

Sepupunya yang lain pun hanya memberikan pandangan tajam kepada Leman seolah – olah Leman telah membawa penerangan tareqat sesat untuk memurtadkan mereka. Nyata, mereka telah terpengaruh dengan

“sales-pitch” Kamil. Nyata, janji manis Kamil yang kononnya bakal memewahkan hidup mereka sekelip mata sudah membutakan logik akal.

Lima lawan satu bukanlah satu pertandingan yang adil. Leman tidak larat untuk mendengar Kamil cuba menegakkan benang yang basah. Lantas, Leman berpaling untuk beredar dari situ, menuruni anak tangga kayu rumah makcik saudaranya itu.

“Tak apalah Kamil, aku tak berminat. Balik dulu!” jerit Leman dari bawah tangga.

“Pergilah! Kau tu memang tak kenang dek untung! Pergilah kau makan gaji buta sampai mati! Kalau aku kaya, jangan kau panggil aku sedara!” jerit Kamil membalas. Sombong.

Minggu ketiga bulan Februari. Hari Sabtu.

Kamil baru sahaja bersiap-siap untuk pergi ke pejabat

“Matriks Laju Menguntungkan”, niatnya pagi itu hendak mengutip cek ketiga hasil keuntungan untuk minggu ini.

Segak sekali gayanya, siap dengan kot yang masih berhutang dengan Apek penjahit baju dan tali leher berwarna biru. Lagaknya tak ubah seperti seorang CEO syarikat global yang amat berjaya. Bau badannya harum sekali disembur dengan wangian berjenama Hugo.

Selesai bersarapan, Kamil terus menaiki motosikal cabuknya ke tempat destinasi. Kamil hanya tersenyum apabila mengenangkan motosikal yang hampir tanggal itu masih lagi dia gunakan sehingga hari ini. Pakai segak tetapi naik motosikal cabuk?

“Tak apalah, lepas ni untung – untung aku dapat Mercedes pula..” fikir Kamil.

Sesampainya Kamil di simpang yang membelok ke pejabat

“Matriks Laju Menguntungkan”, dia terperanjat bila melihat terlalu ramai orang yang berkumpul di luar pejabat tersebut sambil menjerit-jerit. Ada yang membawa sepanduk, ada yang membawa kain rentang. Kamil berasa aneh melihat keadaan tersebut.

“Ada rusuhan apa pulak kat sini? Ini bukan pejabat UMNO atau PAS!”getus hati Kamil.

Tertulis perkataan

“Penipu! Pulangkan Duit Kami!” di sepanduk dan kain rentang. Kamil mula rasa gelisah dan gundah melihatkan kumpulan orang itu yang semakin kuat melaung dan menjerit tanda protes. Diberhentikan motor cabuknya di tepi simpang itu dan dia berjalan kaki masuk ke laman pejabat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience