BAB 3

Other Completed 1356

Di Philadephia, Sha sangat rapat dengan Azrin memandangkan Shafiq jauh dari mereka. Shafiq pula walaupun berjauhan, bila Shafiq mempunyai masa terluang, dia pasti akan datang ke Philadephia untuk melawat Azrin dan Sha.

Bahkan, sikap dan layanan Shafiq terhadap Sha juga sedikit berbeza berbanding ketika waktu sekolah dahulu. Hinggalah suatu hari ketika Shafiq datang ke Philadephia pada semester akhir pengajian Sha, dia mengajak Sha keluar berjalan-jalan sekitar Philadephia.

Memandangkan Azrin mempunyai urusan di schoolnya, maka mereka hanya keluar berdua. Ketika itulah, Shafiq melamar Sha untuk menjadi permaisuri hatinya.

Biarpun Sha terkejut, namun Sha sangat gembira kerana sebenarnya dalam diam-diam Sha juga menyukai Shafiq. Malam itu, Sha menerima panggilan dari Malaysia memaklumkan tentang risikan dari keluarga Shafiq.

Sha sangat gembira mengingatkan saat itu.

Setelah Sha selesai pengajian dan pulang ke Malaysia, mereka ditunangkan dan diraikan dalam satu majlis serba sederhana.

Tapi, Shafiq pula perlu pulang semula ke Ukraine semula untuk menyambung pengajiannya. Sha berjanji pada Shafiq untuk menunggu tunangnya,Shafiq pulang.

Lamunan Sya lenyap bila jam di dinding berdeting menunjukkan pukul 12 tengahari. Terlalu pantas masa itu berlalu, dan hatinya semakin berdebar-debar. Lalu dikemas segala fail-fail dan kertas di atas mejanya untuk segera pulang.

Dia perlu masak hidangan kesukaan Shafiq. Menurut kata Shafiq semalam, dia akan terus ke rumah Sha dahulu untuk bertemu dan makan malam dengan Sha dan Azrin sebelum pulang ke Bukit Sentosa. Shafiq juga pesan yang Sha mahupun Azrin tidak perlu menjemputnya di lapangan terbang.

Sha capai kunci kereta dan sebelum pulang ke rumah, Sha singgah di bilik Azrin yang kini telah menjadi rakan sekerjanya.

“Rin, aku nak balik dah ni. Kau jangan lupa datang rumah aku malam ni tau! Pukul 8.00 malam, insyaallah Shafiq kata dia sampai,” Sha memperingatkan Azrin.

“Okeh! Betul ke Shafiq cakap tak perlu jemput?” Azrin sedikit kerisauan.

“Betullah tu. Ala..dia dah besar. Pandailah dia. Bukan dia tak pernah datang rumah sewa aku. Jangan lupa tau!!” sekali lagi Sha mengingatkan Azrin, kemudian terus berlalu pergi.

Sha tidak terus pulang ke rumah, dia singgah di pasar raya berdekatan untuk membeli barang-barangan keperluan untuk dia memasak. Malam itu, akan disajikan makanan kegemaran Shafiq.

Dah lama dia belajar dengan bakal mak mentuanya untuk meyediakan makanan kegemaran tunangnya itu, malam ini dia ingin Shafiq rasa.

Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam, namun kelibat Shafiq masih juga tidak kelihatan. Sha semakin risau. Mujur kehadiran Azrin sedikit melegakan hati Sha yang gusar. Barangkali susah dapat cab! Bisik hati Sha. Beberapa kali juga dia cuba menghubungi Shafiq namun masih gagal.

Lauk pauk telah lama terhidang dan hampir kesejukan. Shafiq masih belum tiba. Jarum jam semakin berganjak detik demi detik. Hinggalah jam hampir mencecah pukul 9.25 malam, pintu rumah Sha diketuk perlahan.

Sha segera membuka pintu, dan kelihatan Shafiq yang sedikit pucat.

“Fiq…” Sha terus memeluk Shafiq yang kelihatan pucat dan tidak sihat itu. Muka dan badan Shafiq sejuk sekali.

“sayang..maaf buat sayang lama menanti Fiq!” katanya sedikit lemah. Sha merangkul tunangnya sambil membantu Shafiq yang pucat itu ke ruang tamu.

“Rin…” jerit Sha.

Azrin segera mendapatkan Sha dan membantu Sha memapah Shafiq ke dalam. Shafiq tersenyum sambil memegang bahu Azrin.

“Kau ok tak ni Fiq?” tanya azrin juga risaukan Shafiq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience