BAB 4

Other Completed 1356

“Aku ok. Jangan risau lah. Aku penat sikit ni” Shafiq tersenyum melihat Azrin.

“Fiq, tangan Fiq ni sejuk. Fiq tak sihat ke?” tanya Sha yang duduk di sebelah Shafiq. Jari-jemarinya membelai perlahan jari Shafiq.

“Fiq sihatlah sayang. Sayang ni risau sangat. Mungkin sejuk sangat cab tadi kot,” Shafiq tenang menjawab.

“Fiq duduk.. jap borak ngan Rin. Sha nak panaskan makanan k?

“Sha meninggalkan Shafiq dengan Azrin.

Azrin dan Shafiq berborak perlahan sepeninggalan Sha. Macam-macam yang dibualkan. Kenangan mereka di sekolah,saat mereka melanjutkan pelajaran dan juga saat Shafiq ditunangkan. Sekali-sekala, Shafiq mengurut-urut dadanya yang seolah-olah terlalu sakit dan ditahannya.

Azrin sedikit curiga melihat kawannya, namun dipendamkan rasa itu.

Selesai memanaskan lauk dan menghidang makanan, Sha menjemput Shafiq dan Azrin untuk makan. Walaupun makanan kegemaran Shafiq terhidang, namun dia tidak menjamah sedikit pun.

Hanya bermain-main dengan nasi. Azrin makan dengan berselera namun Sha hanya memandang Shafiq sambil menyuap perlahan nasi ke mulutnya. Seleranya sedikit terganggu bila melihat wajah Shafiq semakin pucat-lesi.

Selesai makan, Azrin menawarkan diri untuk berkemas manakala Sha disuruh Azrin menemani Shafiq yang semakin pucat itu.

Sha duduk disebelah Shafiq. Entah kenapa, hatinya bagaikan ingin memeluk tunangnya itu, Perlahan, diletakkan kepalanya di dada Shafiq. Shafiq hanya tersenyum sambil membelai lembut rambut panjangnya.

Tubuh Shafiq semakin dingin membeku menyentuh kulit Sha. Sha mendongak melihat Shafiq. Seperti biasa, Shafiq hanya tersenyum.

Sha terbuai dalam pelukan Shafiq.

“Sha sayang.., walau apa pun terjadi, Fiq nak sayang tahu, Fiq cintakan sayang hingga ke akhir hayat Fiq. Maafkan Fiq,sayang!”

Sha terkejut mendengar kata-kata tunangnya lalu diuraikan pelukan Shafiq. Dia lihat mata Fiq kemerah-merahan, dadanya berombak bagaikan sukar bernafas dan kelihatan darah menitis dari hidung tunangnya. Sha benar-benar terkejut.

“Fiq, napa hidung Fiq berdarah ni? Apa jadi ni?” tanya Sha kelam-kabut.

“Azrin!!!!!!!!!!!!!!!!!!” jerit Sha sekuat hati tanpa menunggu jawapan Shafiq. Azrin datang kelam-kabut mendengar jeritan Sha.

“Fiq, napa hidung kau berdarah ni? Jom aku bawa ke hospital,” Azrin mencapai tangan Shafiq untuk membantu Shafiq.

Shafiq hanya tersenyum .

“Azrin, aku ok. Tak perlu pergi hospital. Rin, duduk sebelah aku Rin,”pinta Shafiq pada Azrin. Azrin duduk disebelah kiri Shafiq manakala Sha masih di sisi kanan tunangnya. Tangan Sha digenggam erat Shafiq.

“Rin, aku nak kau janji ngan aku Rin. Apa pun terjadi pada aku, aku nak kau jaga Sha untuk aku. Hanya kau sahaja yang aku percaya untuk jaga Sha. Janjilah Rin, kau akan jaga amanah aku?” Perlahan Shafiq tuturkan sambil sebelah tanganya memegang tangan Azrin.

“Fiq?”Sha hampir menjerit.

“sayang..kalau apa terjadi kat Fiq, Fiq harap sayang terima dengan redha. Fiq cintakan sayang, tapi kalau apa terjadi pada Fiq, Fiq yakin Rin saja yang boleh jaga sayang,” Shafiq cuba menenangkan Sha.

Sha mula menangis. Tangisan Sha mula kuat bila melihat darah semakin banyak mengalir dari hidung tunangnya. Tangan Shafiq juga semakin kuat.

“Fiq, tolong jangan cakap bukan-bukan. Aku janji aku akan jaga Sha. Kau jangan fikir banyak-banyak sangat,”Azrin panik tapi cuba menenangkan Shafiq dan Sha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience