BAB 2

Other Completed 1356

Sesi pembelajaran dan pengajaran berjalan seperti biasa. Mujur Kirana, budak perempuan yang duduk di sebelahnya sudi berkongsi buku dengannya memandangkan dia masih belum mempunyai buku teks lagi.

Tengahari itu, Sha pulang ke rumah menaiki basikal. Walaupun satu sekolah dengan bapanya, tapi bapanya pulang agak lewat ke rumah memandangkan banyak urusan sekolah yang perlu diselesaikan sebelum pulang. Pelajar berpusu-pusu pulang.

Ada yang menaiki basikal, ada yang menaiki motorsikal dan ada juga yang dijemput oleh ibubapa atau pemandu mereka. Ketika melewati kawasan garaj basikal, Sha perasaan rantai basikalnya terkeluar.

Dia menarik keluar basikalnya dan cuba untuk membetulkan tali rantai itu tapi masih gagal. Jarinya sudah berkehitaman kerana minyak rantai itu. Dia mengeluh keseorangan.

“Boleh saya tolong awak?” satu suara menyapa dari sisi kanannya. Sha mendongak untuk melihat. Budak lelaki yang mengatakan dia sombong berdiri di sisinya. Seperti biasa, budak lelaki yang bernama Azrin itu tersengih disebelah lelaki itu.

Sha tiada pilihan lain, lalu dianggukkan kepalanya. Budak lelaki itu mengambil tempat di tepi Sha, lalu Sha bangun untuk membuka ruang kepada lelaki itu membetulkan basikalnya. Sekejap sahaja, rantai basikalnya sudah seperti sediakala. Sha tersenyum.

“Terima Kasih” kata Sha sambil menghulurkan sekeping tisu untuk budak lelaki itu mengesat kotoran di jarinya kerana minyak rantai basikal Sha.

“Sama-sama. Jom Azrin,” budak lelaki itu menyahut ucapan terima kasih Sha dan ingin terus berlalu.

“Nanti!” Sha hampir menjerit bila lelaki itu bagaikan tidak memperdulikannya.

“Saya minta maaf pasal pagi tadi. Nama saya Shahira, panggil Sha je,” muka Sha merona merah.

“oh..tak mengapa. Nama saya Azrin Hadi. Panggil Azrin pun boleh..Rin pun boleh. Mana-mana cik Sha sukalah,” jawab lelaki sambil tersengih. Kemudian dia menyiku lelaki kawan baiknya itu.

Dengan muka tanpa segaris senyuman,dia memperkenalkan dirinya,” Saya Shafiq”

Bermula saat itu, mereka menjadi kawan baik. Menjadi teman mengulangkaji pelajaran. Antara mereka, Shafiq yan paling pintar dan aktif dalam sukan. Shafiq juga merupakan ketua pengawas sekolah.

Mengikut kata Azrin,biarpun dia sibuk dengan urusan sekolah dan kegiatan sukan, namun Shafiq masih mampu menjadi pelajar terbaik setiap tahun.

Shafiq dan Azrin pada pandangan mata Sha, dua-dua mempunyai tarikan tersendiri. Jadi tidak hairanlah jika mereka berdua mempunyai ramai peminat di sekolah.

Ibubapa Sha juga sangat menyenangi Azrin dan Shafiq. Justeru itu, hubungan persahatan itu semakin utuh terbina.

Setiap hari mereka ke sekolah bersama-sama,mengulangkaji pelajaran bersama di kala petang dan ujung minggu pula mereka bertiga akan bersama-sama berbasikal atau bermain badminton di taman permainan berdekatan rumah.

Sehinggalah keputusan SPM diumumkan, mereka bertiga diumumkan menjadi pelajar terbaik sekolah dan ketiga-tiga mereka ditawarkan melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Sha dan Azrin ditawarkan melanjutkan pelajaran di universiti di Philadelphia di US, manakala Shafiq pula terpisah agak jauh dari mereka iatu di Ukraine.

Sha ditawarkan melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan sistem, Azrin dalam bidang pengurusan perniagaan dan Shafiq dalam bidang perubatan.

Antara Sha, Azrin dan Shafiq, tempoh pengajian Shafiq agak lama iaitu 6 tahun manakala Sha dan Azrin masing-masing hanya 4 tahun sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience