BAB 1

Other Completed 1356

Sha leka menghadap design-design yang dihantar pereka untuk projek terbaru mereka. Sesekali, matanya melihat ke arah jam di tangannya. Masih awal! Hatinya berdebar-debar. Terasa kerinduan, sayu dan bahagia menyelubungi jauh sudut hatinya. Dia tersenyum.

Sha kembali tekun menghadap kerja-kerjanya. Selaku ketua projek

“War Stimulator System” untuk Kementerian Pertahanan, dia harus teliti dalam menentukan design seperti yang telah dipersetujui bersama ketika mesyuarat perbentangan kertas kerja yang lalu. Sedang beliau kusyuk menghadap lukisan-lukisan perincian itu, interkom diatas mejanya berbunyi.

“Cik Shahira, Encik Azrin outside,” maklum setiausahanya.

“Okeh,suruh dia masuk,” balas Sha sambil tersengih.

Tanpa diketuk,pintu biliknya dibuka. Terpancul sahabat baiknya itu.

“uit…awak kerja ke rini? Ingatkan off,” Azrin tersengih mengusik Sha sambil mengambil tempat dihadapan Sha.

“kerja ar…Kalau tak sapa nak bagi aku makan,” Shasha ketawa biarpun mukanya mula merona kemerahan memahami usikkan Azrin.

“Manalah nak tahu..buah hati pengarang jantung nak balik hari ni,” Azrin masih lagi mahu mengusik gadis dihadapannya itu.

“aku nak settlekan sikit je design ni, pastu aku baliklah. Aku dah bgtau Luke, rini aku half day je,

“terang Sha.

“Eh, malam ni jangan pulak kau tak datang. Aku masak special tau rini!”tambahnya lagi.

“Pergh! Iya ke? Ni yang aku tak sabar ni. Awak kalau masak..memang best! Calon mak mentua lalu pun tak perasan! Untung Shafiq dapat kau”

“Dah…dah..tak payah engkau nak bodek aku! Takde maknanya! Tu la…dulu aku nak tackle kau, jual mahal,” Sha pula membalas usikan Azrin. Terburai ketawa mereka.

“Kau ni datang cari aku kenapa, Rin?” tanya Sha kembali sesudah tawa mereka reda.

“Saja je! Terkejut dengar awak masuk office hari ini,” balas Azrin bersahaja.

“Oh saja la ni?!?!!! Dah tu….tak reti-reti lagi?!!!! Balik la bilik kau. Aku nak settlekan kerja aku cepat-cepat!” tingkah Sha separuh mengusik.

“Baik,mem!” jawab Azrin sambil tabik sepeti askar pencen dengan hasat mahu mengusik. Sha tertawa. Kemudian dia pun berlalu meninggalkan Sha kembali berseorangan menyambung kerjanya.

Sha hanya melihat rakannya itu berlalu sambil tersenyum. Terlalu pantas masa berlalu. Rasanya bagai baru semalam mereka berkenalan.

“Awak ni budak baru dalam kelas kitaorang kan?”

Pertanyaan itu membuatkan Sha mendongak ke arah dua budak lelaki tu. Seawal begini dia sudah disapa. Dia mengganguk kemudian terus melangkah menuju ke kelas 3 cempaka. Hari ini,hari kedua Sha menjadi warga di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa.

Ayahnya baru dinaikkan pangkat dan ditukarkan mengajar ke sekolah ini dari Kuala Terengganu. Walaupun Sha tidak suka dengan suasana di sekolah baru itu, dia terpaksa juga mematuhi kata-kata ayahnya.

Dia rindukan kawan-kawannya di sekolah lamanya. Di sekolah baru itu, tiada siapa yang mahu menegurnya, biarpun dia cuba mendekati sekumpulan budak-budak perempuan di dalam kelasnya itu.

“sombong! Takyah layan la Rin!” kawan kepada budak lelaki yang menegurnya tadi pula bersuara.

Sha pekakan saja telinga. Rasa ingin menangis pun ada.Tapi dia harus kuat. Dahulu, dia bersekolah di Sekolah Menengah Perempuan Tuanku Zahirah. Dia tidak biasa berkawan dengan lelaki. Dia jadi kekok. Di rumahnya juga, ayah ngan along sahaja lelaki. Jadi, bagaimana dia mampu berkawan dengan lelaki kalau dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk memulakannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience