BAB 10

Other Completed 1356

Semakin dekat dia dengan luar pejabat mewah itu, semakin ramai kelompok manusia yang didapatinya berkumpul dan menjerit – jerit di situ.

Ada yang mengamuk, menendang-nendang segala pasu, tong sampah, dan bekas-bekas hiasan yang sebelumnya elok menghiasi luar pejabat itu. Tidak kurang juga ada yang menangis, terduduk, terjelepuk di hadapan kaca yang memisahkan ruang luar dan dalam pejabat itu.

Mata Kamil tertancap pada tubuh seorang perempuan yang sedang terduduk menangis teresak-esak di tepi tiang yang menompang bangunan pejabat itu. Eh? Bukankah itu Kak Nor?

Kamil berlari-lari anak mendekati Kak Nor. Pantas sahaja dia mengajukan soalan kepada Kak Nor..

“Kak, kak, kenapa ni kak? Kenapa ramai orang macam rusuhan ni? Kenapa akak duduk menangis kat sini kak? Kenapa ni kak? Apa yang dah terjadi?”

Hanya esakan Kak Nor yang makin jelas kedengaran. Dalam sedu-sedan Kak Nor menjawab..

“Kita dah kena tipu Kamil! Kompeni ni tak wujud lagi! Duit kita dah hilang! Kita dah kena tipu!” Kak Nor menjawab, dan kemudian tangisnya semakin kuat.

Kamil terasa dunianya berpinar. Kamil amat tak percaya berita yang baru didengarinya. Kamil tak percaya hal ini boleh terjadi. Sedang Kamil cuba menelan berita pahit itu, tiba-tiba..

Satu botol plastik bergolek di hadapan Kamil..

Botol hijau itu mempunyai sekeping kain di mulutnya..

Dan kain itu sedang terbakar marak..

Bulat mata Kamil memandang botol itu, cuba meneka apakah botol itu sebenarnya..

Keesokan harinya adalah hari Ahad yang tenang. Leman baru sahaja balik dari pasar Kuantan, membelikan barang rumah dan sayur-sayuran untuk isterinya masak makanan tengahari.

Surat khabar yang terselit di bawah ketiak dibaling ke atas sofa di ruang tamu. Bungkusan barang-barang yang penuh ditangan diberikan kepada isterinya yang setia menunggu di pintu dapur.

“Abang pergilah minum kat ruang tamu tu, nanti sayang bawakkan makan pagi ye” ujar isterinya, Yunalis.

“Iyelah. Terima kasih sayang” jawab Leman. Leman hanya mengangguk sambil tersenyum. Penat pergi membeli-belah masih tidak hilang, maka dia duduk di atas sofa di ruang tamu.

Surat khabar yang dibaling tadi dikutip kembali. Tangannya menyelak mukasurat pertama apabila matanya tertancap pada tajuk berita yang terpampang di depan matanya..

*“Rusuhan Akibat Ditipu MLM – Seorang Cedera Parah”*

Kuala Lumpur – Akibat tertipu dengan syarikat jualan langsung bersistem matriks, seorang pemuda berusia awal 30-an cedera parah di bahagian kaki dan muka akibat letupan

“Molotov Koktel” yang dibaling oleh perusuh-perusuh yang berkumpul di hadapan pejabat syarikat itu. Pejabat itu yang telah ditutup sehari sebelumnya, telah menjadi tempat rusuhan berlaku yang mana akhirnya keadaan bertukar ganas dan tidak terkawal.

Pemuda itu bernama Raja Kamil Mat Yusuf telah didapati tidak sedarkan diri akibat letupan

“Molotov Koktel” yang dipercayai telah dibuat sendiri di rumah oleh perusuh-perusuh, dan secara tidak sengaja meletup di hadapannya...

“Ya Allah, Kamil!”

Dalam keadaan masih tergumam, Leman pantas mencapai telefon bimbit untuk menelefon keluarga Kamil untuk bertanyakan keadaan sebenar.

"Tutt tutt.. tutt tutt.. tutt tutt.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience