Chapter 7

Fanfiction Completed 2153

Yumi perlahan-lahan duduk mengikat tali kasutnya .Buku lalinya masih sakit .

"Dah tau sakit tu pakai la kasut biasa je .Gagah juga nak pakai kasut sekolah tu asal ?" Kata Ken yang berdiri di belakang Yumi.

"Eh suka hati aku la nak pakai kasut apa pun! kau sibuk asal!" balas Yumi .

"Oo pastu gaduh la merengek cakap kaki sakit la itu la ini la .Orang cakap taknak dengar .Dah, tepi la kau ! ganggu laluan aku nak keluar je ! " Ken menolak perlahan tubuh Yumi .

"Eii pagi-pagi dah cari pasal dengan aku mamat ni .Jap ...bau minyak wangi tu ...." Yumi memandang Ken dari belakang .
. .
.

Yumi jalan perlahan-lahan dengan sebelah kakinya sedikit terhincut .Tiba-tiba sebuah kereta berhenti di tepi jalan .

"Awak nak tumpang tak ?" Tanya seorang lelaki yang menjegul sedikit kepalanya di cermin kereta .Dia juga memakai seragam sekolah sama dengan Yumi .(sy kering idea senanya nk letak nma sekolah ap ..klau ad idea korg komen la ..hahaha )

"SIapa dia ni .Tak pernah nampak pun ..." Biik Yumi dalam hati sambil memandang lelaki itu .

"Gwenchana .Bas nak sampai dah " Yumi menolak .

"Ala naik je ,kita nak ke sekolah yang sama juga " Lelaki itu tersenyum .

"Takpe ,dia naik dengan aku je " Ken yang entah dari mana datangnya terus menarik tangan Yumi .

"Y-yahh " Yumi terdorong lalu mengikuti Ken .

"Tsk " Lelaki itu smirk .
. .
"Yahh ..kau tak nampak ke kaki aku tengah sakit ni .Boleh tarik aku asal " Yumi mengerling Ken .

"Bahaya la! jangan ikut suka hati je laki kau tak kenal " Marah Ken tiba-tiba .Yumi tergamam seketika apabila dimarahi .

"Asal kau marah aku pulak ni .Kau ada nampak aku ikut dia ke tadi ?tak kan ? aku geleng la time dia ajak naik sekali tu " Yumi mencebik .

"Nan-nanti ..omma marah aku la sebab biarkan kau ikut lelaki lain yang tak kenal ! kau suka la tengok aku kena marah dengan omma ? " Ken cuba mencari alasan untuk melindungi rasa risaunya pada Yumi .

"Haah aku memang suka tengok kau kena marah pun " Kata Yumi dengan slamber .

"Pabo ! " Ken terus fokus membawa kereta .

"Weh ..kau bukan jauh dah ke tadi ?takkan kau patah balik semata nak ambil aku ?" Yumi memandang Ken .

"Hahaha kau buat lawak ke ? aku patah balik semata nak ambil kau ? tolong sikit .Aku tertinggal barang dekat rumah tadi ,so aku balik ambil la .Alang-alang ternampak kau ,aku pergi la kat kau ". Sebenarnya dari awal lagi Ken mengikuti Yumi dalam diam .Risau juga Yumi pergi seorang diri ke sekolah dengan keadaan macam tu .Kalau diajak tumpang belum tentu Yumi nak .
"Kalau ye pun takyah tunjuk sangat gelak tak ikhlas kau tu " Yumi menjeling Ken .

"Diam kau " Ken sudah tidak melayan lagi .

Tiba-tiba Yumi mendekati Ken .Yumi menghidu bau minyak wangi yang dipakai oleh Ken .

"Yah kau gila ke !!! sana la " Ken menolak kepala yumi .

"Betul la!! minyak wangi ni aku bau kemarin ! selain kau siapa je lagi pakai minyak wangi ni ?" Yumi memandang Ken dengan dekat .

"Y-yah ...kau ...tepi la ! aku rimas la! kau nak suruh kita accident tengah jalan ni ke!! " Ken menyiku Yumi .

"Sakit la ! pabo! " Yumi mengetap gigi .
. .
. Tiba di sekolah Yumi dan Ken melangkah masuk ke kelas sama-sama .

"Yah korang dua datang sama-sama ke ?" Tanya Hyuk dengan terkejut .

"Lawak ke aku datang sekolah dengan minah ni ?" Ken menjeling Yumi .

"Haah kitorang datang sekali .Asal?tak boleh ke?" Yumi memandang Hyuk .

"Woooooooo" Semua member Vixx menyakat .

"Apa kena yeoja ni .Pelik-pelik je la harini " Bisik Ken dalam hati lalu pergi ke tempatnya .

"Omo ! asal dengan aku ni " Bisik Yumi dalam hati lalu menampar mulutnya yang tiba-tiba mngeluarkan kata yang tak dijangka .

"Ok semua ,sila duduk di tempat masing-masing" Arah Inha seonsaengnim .

Semua orang berjalan menuju ke tempat masing-masing .

"Harini kita ada pelajar baru yang membuat pertukaran sekolah dari Kirin High School" Kata Inha seonsaengnim sambil tersenyum .

" Wooo Kirin High School " Semua pelajar kelihatan teruja untuk melihat siapakah orang itu .Kirin High School merupakan sekolah ketiga paling terkenal di Korea .

"Masuk " arah Inha seonsaengnim pada pelajar itu .

"Eo ...bukan ke dia ...." Yumi memandang lelaki itu .

"Lol mamat ni lagi " Ken menjeling lelaki itu .

"Kenalkan diri kamu" Kata Inha seonsaengim sambil memandang pelajar baru itu .

"Annyeonghaseyo .Lee Dae Hwi imnida .Senang berjumpa dengan korang semua " Daehwi membongkokkan sedikit badannya.

"Kacaknya ......" Kata girls dalam kelas 2-1 itu .

"Mangsa buli kah ini ?" Member vixx memandang Daehwi penuh makna .

"Baiklah ,sila ambil tempat kamu di hadapan Namjoo yang duduk di belakang tu " Inha menunjuk ke arah Namjoo .

"Nae seonsaengnim " Daehwi menunduk hormat sebelum ke tempatnya .

Memandangkan Nmjoo hanya duduk di sebelah Yumi dan Daehwi di hadapan Namjoo ,jadi sangat dekat kedudukan antara Daehwi dan Yumi . Ketika Daehwi berjalan menghampiri mejanya , Yumi terbau sesuatu .

"Minyak wangi ni ....kenapa bau macam minyak wangi Ken ?" Yumi tertanya .

"Oi .Kau asal ?" Namjoo menyiku Yumi yang memandang Daehwi dengan 100 pertnyaan .

"Takde pape " Yumi menggeleng kepala .
. .
. //Kringgg// loceng berbunyi menandakan waktu rehat . Yumi segera menuju ke library kerana ada beberapa dia perlu pinjam untuk membuat rujukan assignment nya .

"Aaa bwoya ..asal tinggi sangat letak buku dekat rak ni !!" Yumi menginjat sedikit kakinya .

Tiba-tiba seseorang datang berdiri di belakang Yumi dan mencapai buku yang Yumi ingin mengambilnya .

"Yahhh Ke- " Yumi terkaku seketika memandang orang itu .Fikirnya Ken malah orang lain pula .Biasanya Ken yang selalu membuat begitu padanya .

"Awak nak buku ni ke ?" Tanya Daehwi lalu memberi buku itu pada Yumi .

"Aa nae...gomawo .. " Yumi mengambil buku itu dari tangan Daehwi .

"Cheonma. Erm ..saya nak berkawan dengan awak boleh ?"Daehwi menyua tagannya untuk berjabat tangan dengan Yumi .

"Aa..ye ..boleh je " Yumi menyambut salaman itu walaupun dia merasakan sesuatu tidak kena .

"Luka awak dah pulih ke ?" Tanya Daehwi sambil memandang kaki Yumi .

"Eo ?mana awak tahu ?" Yumi mengangkat kening,tertanya .

"Saya yang tolong awak kemarin .Maaf la ,saya hanya terkejut nampak awak terbaring di padang itu dengan panas terik lagi.Ada sorang kawan awak ada dekat situ juga ,saya ingat dia kena denda juga .Rupanya dia hanya tengok awak " Tipu Daehwi .Sebenarnya Daehwi ke sekolah itu kemarin untuk mengambil surat pertukaran sekolah saja .Dia hanya terserempak Yumi dan Ken di padang . Dari jauh dia sudah tersenyum memandang Yumi didenda sebegitu sekali .

"Kawan ?siapa?" Tanya Yumi .

"Erm lelaki yang duduk baris awak ,selang satu meja dengan meja sebelah awak " Terang Daehwi .

"Oh Ken ke ?" Yumi meneka .

"Ye kut .Dia la " Daehwi membuat muka tak pasti .

"Jap .. bukan awak baru datang harini ke ?" Yumi hairan .

"Ye memang la .Kemarin saya ambil surat kemasukan sekolah ni ,harini saya boleh masuk dah " terang Daehwi lagi.

"Patut la saya kenal bau minyak wangi awak .Saya memang cam bau tu .Orang yang angkat saya masa tu bawa ke bilik rehat .Cuma tak jelas wajah dia sebab saya separuh sedar je .Saya memang tak boleh kena panas lama-lama atau cahaya lampu yang terang ,saya cepat silau then mata saya jadi kelam " Kata Yumi bersungguh.

"Minyak wangi ?" Tanya Daehwi. Sebenarnya dia tidak tahu pun tentang minyak wangi yang dipakainya adalah sama bau dengan yang dipakai oleh Ken . Daehwi hanya menggunakan kesempatan itu kerana dia tahu Yumi dan Ken adalah musuh ,mustahil Yumi mempercayai Ken yang menolongnya kemarin.

"Haah .Awak pakai minyak wangi perisa apa ea ?" Yumi mendekatkan dirinya sedikit dengan Daehwi untuk memastikan bau itu .

"Oh ..minyak wangi ni perisa dunhil , saya memang selalu pakai minyak wangi ni pun " Kata Daehwi .

"Oh patut la . Terima kasih tolong saya kemarin " Yumi tersenyum memandang Daehwi .

"Takde lah .Perkara kecil je " Daehwi tersengih.

.
. .
"Weh ..kau perasan tak Yumi rapat giler dengan budak baru tu ?macam mana kita nak buli budak baru tu nanti ?geng Yumi nanti comferm protect habis-habisan " Bisik Hongbin di telinga Ken . Ken hanya memerhati Yumi dan Daehwi yang kusyuk bersembang .

"Sembang konon taknak bercakap dengan budak tak kenal .Gi blah dengan kata-kata kau ! " Marah Ken dalam hati sambil memandang Yumi .

"Takpe .Kau buli je kalau kau nak . Aku tak suka budak baru tu.Lagipun muka dia nampak seiras dengan budak nerd yang kita selalu buli dulu masa awal masuk sekolah .Dah keluar sekolah pun budak tu kes tak tahan dengan kita .Apa kata laki tu pula next ?" Ken smirk .

"Ok ,aku on je " Sampuk N yang terdengar perbualan Hongbin dan Ken di belakang .
. .
. .
"Terima kasih tolong hantarkan saya .Saya asyik susahkan awak je kan " Yumi tersenyum memandang Daehwi .

"Ehh tklah .Saya yang nak hantar awak tadi .Risau la kalau buku lali awak makin membengkak macam mana "Daehwi memandang Yumi dengan risau .

"Aniyo ,sikit je ni.Nanti lega la .Saya pergi dulu ye " Yumi meminta diri .

"Okey ,apa-apa hal awak contact je saya dekat no fon saya kasi awak tadi "

"Naee" Yumi menuntup perlahan pintu kereta Daehwi .

"Game baru nak mula .Tunggu kau Yumi ,Ken ..aku takkan lepaskan kau berdua " Daehwi tersenyum jahat .
. .
. Yumi tunduk untuk membuka tali kasutnya .Dia perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam rumah .

"Puas dah keluar dengan laki tu ?" Sindir Ken yang berdiri di sebelah dinding berdekatan dengan pintu masuk .

"Ehh salah ke aku nak keluar dengan penyelamat aku ? aku lagi selesa dengan dia la dari orang tak ada hati nak tolong orang macam kau ni " Yumi pergi meninggalkan Ken .

"Penyelamat ?Tak ada hati??pe menda minah ni !" Ken mengerut kening .

-BERSAMBUNG-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience