Chapter 3

Fanfiction Completed 2149

Usai menolong Puan Lee, Ken terus menaiki anak tangga menuju ke biliknya .

"Kau buat apa tercegat dekat tengah tangga ni ? " Marah Ken.

"Eh lantak aku la .Tak ganggu laluan kau pun ! " Balas Yumi .

"Ganggu la laluan aku ! " Suka betul gaduh si Ken ni.

"Eh kau tu badan macam papan je ,selit dekat bawah pintu pun boleh masuk la ! " Yumi terus lari selepas kata itu .Kang tak pasal lekat lima jari di mukanya .

"Eii yeoja ni .Sepak gak kang " Ken menjeling Yumi yang berlari anak menuju ke dapur .

Tiba saja di bilik ,Ken menyeka peluh di dahinya ."Aigoo terbantut aku nak mandi tadi .Mana tuala aku " Ken terus membuka almari dan mencapai tualanya .
. .
"Aunty ,siap dah ke kek nya ? " Tanya Yumi yang berdiri di sebelah Ken .

"Eo Yumi ! ni haa ..baru tengah adun " Kata Puan Lee sambil tersenyum .

"Nak Yumi tolong?"

"Gwenchana ,kek ni aunty buat sendiri .Yumi buat benda lain nanti " Puan Lee mengangkat kening.

"De? buat apa aunty .." Yumi menarik kerusi lalu duduk di hadapan Puan Lee.

"Lepas buat kek ni kejap lagi aunty nak buat puding pula .10 puding .Malam ni kita akan ke majlis tunang anak kawan aunty "

"De? majlis tunang ?wahh .. " Yumi hanya tersenyum ."Nak buat sekarang la puding tu " Walaupun Yumi pandai memasak ,tetapi Yumi tak sehandal Ken dalam bab masak .Yumi hanya tau membuat pencuci mulut sahaja.

"Haa tu ,bahan di sana .Aunty dah sedia kan " Puan Lee menunjuk ke arah bahan masakan puding.

"Oritee aunty " Yumi menyinting lengan bajunya hingga ke paras siku .
. .
Usai mandi Ken keluar dari bilik air dengan tuala separuh lekap di badannya .

"Fuh segar giler!! " Ken terus melentangkan badannya di atas tilam dan ... "Arrrghhhhhhhh!!!! " Satu rumah bergema suaranya saja .

"Ehhh Ken ! kenapa pula tu !! " Puan Lee segera menaiki anak tangga menuju ke bilik Ken .

"Kena dah la tu " Yumi hanya tersengih .Tangannya sibuk mengacau masakan puding di dalam periuk besar .
. .
"Omo!! kenapa ni Ken !! " Puan Lee segera duduk di sebelah Ken .

"Belakang Ken omma ! " Ken memegang belakangnya .

"Omo !! darah !!! " Puan Lee terus pengsan .

"Alamak aku lupa pula omma tak boleh tengok darah " Ken menepuk dahinya .

"Yahh Kim Yumi!!!! " Jerit Ken kuat dari biliknya .

"Opocot mak kau !! " Latah Yumi sambil terlepas senduk di tangannya . "Eii mamat ni dah kenapa !! " Yumi terus menutup api masakan sebelum menuju ke tingkat atas .
. .
"Kau nak ap- Aunty!!! " Yumi segera duduk di atas katil Ken sambil memegang tangan Puan Lee.

"Aunty kenapa ni !! " Yumi menepuk perlahan pipi Puan Lee.

"Omma pengsan .Omma tak boleh tengok darah.Kau ni kalau nak sakitkan aku pun takyah la sampai guna objek tajam! melampau tol ! " Ken meluku kuat kepala Yumi .

"Ark ..sakit la!! " Yumi memegang kepalanya.

"Satu lagi ,kau tarik paku dekat belakang aku ni sebelum aku cucuk mata kau dengan paku ni balik ! " Ken sudah memusingkan belakangnya .

"Paku plastik je pun ! mana tau paku ni boleh calarkan habis belakang kau ! " Yumi menarik paku yang melekat di belakang Ken .Satu paku lagi tercucuk sedikit di belakang Ken ,mungkin paku plastik itu betul-betul berada dalam keadaan tegak ,tak seperti paku lain.

"Kau cuci darah dekat belakang aku sampai bersih kalau taknak kena mengamuk dengan omma, silap hari bulan kang bukan aku yang halau kau dari rumah ni ,tapi omma yang halau kau " Ugut Ken .

"Arraso! aku tau la!! " Yumi segera membuka laci di tepi katil Ken dan mencapai peti kecemasan .

"Aku taknak setitik darah pun ada dekat belakang aku " Arah Ken .

"Ei aku tau la !! duduk diam-diam ! " Yumi menampar belakang Ken .

"Sakit la ngok ! " Marah Ken .

Yumi menuangkan iodin di atas kapas dan melekapkan perlahan di belakang Ken .

"Aduhh!!! " Ken sengaja mengaduh sakit untuk takutkan Yumi.

"Eii kau ni! terkejut aku !! " Tersentak Yumi apabila Ken tiba-tiba saja mengaduh sakit .Padahal Yumi menyapu ubat di bahagian calar je ,bukan di tempat kesan paku dicucuk itu .

Ken hanya tersenyum .Tiba-tiba pula rasa selesa apabila Yumi berperilaku baik padanya ."Kau ni memang suka cari pasal dengan aku ea ?" Tanya Ken .

"Hey! kau tu yang suka cari pasal dengan aku ! " Yumi menekan kuat di bahagian luka .

"Weh weh weh ! sakit la !! " Kali ni Ken betul-betul sakit .

"Haa tau pun " Yumi smirk . Yumi melekatkan plaster bercorak hati di belakang Ken dengan berhati-hati .

"Ni masanya aku nak sakat dia " Tiba-tiba datang idea jahat Ken .

"Yumi .." Ken terus menolak Yumi hingga terbaring .Lengan Yumi dikunci oleh kedua tangannya .

"Y-yah !! K-ken ! kau lepas aku sebelum aku menjerit " Yumi cuba mengangkat tangannya ,namun pegangan itu terlalu kuat .

"Kau buat macam tu sebab nak perhatian aku kan ? ni aku nak kasi perhatian dekat kau " Ken mendekatkan wajahnya di wajah Yumi .

"Yah Lee Jaehwan ! kalau aku jerit ni aunty yang pengsan tu pun boleh bangun tau !! " Jelas Yumi sudah ketakutan apabila Ken dekat betul dengan dia sebegitu sekali . Dah la tak pakai baju ! boleh di cop byuntae ni !!!

"Jerit la .Omma kalau pengsan memang susah nak bangun" Tipu Ken .

"Eii kau ni !!! " Yumi terus menendang perut Ken .

"Aduhh ! " Ken memegang perutnya .

"Haa amek kau ! byuntae sangat ! " Yumi segera keluar dari bilik Ken . Ken hanya tersenyum memandang Yumi . "Kalau la kau ingat 'si hodoh' yang kau katakan dulu mesti kau tau siapa aku " Bisik Ken perlahan .
. .
. .
"Yumi! dah siap ke ?" Tanya Puan Lee yang sudah berdiri di luar rumah dengan berpakaian dress labuh bewarna purple.

"Haih omma ni .Ingat pengsan petang tadi tak jadi pergi majlis tu , nak juga pergi " Ken yang berdiri di sebelah Puan Lee sudah melepaskan keluhan berat .Bagi Ken ,majlis atau apa-apa yang melibatkan orang ramai sangat merimaskan kecuali di sekolah .

"Tak boleh la macam tu ,appa kamu dah tiba di sana terlebih dahulu ,kita kena la pergi juga " Puan Lee menepuk perlahan bahu Ken .

"Yah perempuan !! kau ingat kau pengant- " Kata-kata Ken terhenti apabila Yumi muncul di pintu utama .

"Wahh lawanya kamu Yumi!! macam pengantin!! " Puan Lee menepuk tangannya .

"Ye...dia sangat cantik ..." Bisik Ken dalam hati dengan matanya tidak berkedip .

"Mianhae Yumi lambat ,Yumi tak jumpa baju sesuai tadi untuk ke majlis ,baju Yumi semua t-shit tangan panjang dengan jeans je "

"Aunty yang letak dress tu dalam almari kamu masa kamu sibuk siapkan puding-puding tu petang tadi .Baju kamu pakai tu baju pengantin aunty masa muda-muda dulu tau " Puan Lee menyiku lengan Yumi sambil tersenyum.

"Aaa yeke .Yumi pinjam kejap tau Aunty"

"Ishh ada pula pinjam .Aunty memang kasi dekat kamu la "

"Oo..gomawo ..." Yumi menunduk hormat pada Puan Lee.

"Ken ! mengelamun apa kamu ! jom ! " Puan Lee menyiku perut Ken .

"Aaa ,nae omma " Ken segera masuk ke dalam perut kereta .Yumi pula duduk di sebelah Ken dalam kereta ,manakala Puan Lee duduk di belakang .

Ken kejap kejap pandang Yumi ,kejap kejap pandang Yumi .

"Yah ! kau nak kasi kita accident dekat sini ke ? asyik pandang aku je apahal ! pandang la depan tu ! " Marah Yumi .

"Eh minah ! sejak bila pula aku pandang kau ! kalau tak perasan tak sah ! " Bidas Ken pula .

"Habis asyik tengok sini asal! "

"Aku tengok side mirror la bongok ! " Tipu Ken .

"Buat apa kau tengok side mirror tu ! kita memang di tepi sekali pun ! "

"Lantak aku la kereta aku ! kau taknak naik ,gi ar turun ! "

"Haishh!!! "

"Sudah la kamu berdua .Pening omma tengok kamu ni " Puan Lee di belakang sudah lepaskan keluhan berat .

"Kau ar ni ! " Marah Ken .

"Eh aku pula ! kau la !! " Balas Yumi .
. .
. Beberapa puluh minit kemudian ,mereka pun tiba di majlis tersebut .

"Mana appa ?" Tanya Ken pada Puan Lee sambil matanya juga mencari-cari kelibat encik Lee .

"Tu! " Yumi yang ternampak Encik Lee segera menarik tangan Puan Lee.

"Haa datang dah awak semua " Encik Lee hanya tersenyum melihat Yumi ,isterinya dan anak lelakinya .

"Maaf terlewat ,Yumi yang melambatkan masa tadi "Yumi menunduk memohon maaf .

"Aniyo ,gwenchana .Majlis baru saja nak mula " Kata Encik Lee.

Dari jauh seorang lelaki memandang Yumi dengan perasaan benci .

"Hergh! kau cakap kau tak ada apa-apa hubungan dengan lelaki tu ,tapi kau rapat juga dengan laki tu " Taeyong mengepal menumbuknya .

"Pergi la makan " Kata Puan Lee pada Yumi yang tidak makan dari petang tadi kerana sibuk menolongnya membuat puding .

"Aaa Yumi segan la aunty " Yumi menggaru kepalanya yang tak gatal .

"Ken ,pergi la teman Yu- Aikk mana Ken ?" Terkejut Puan Lee apbila kelibat anak lelakinya hilang begitu saja .

"Dia pergi tandas kut aunty .Takpe la ,Yumi boleh pergi sendiri .Mustahil dia nak teman Yumi makan kan " Yumi hanya tersengih .

"Kejap lagi pergi dekat aunty ye lepas kamu ambil makan "

"Nae aunty " Yumi hanya mengangguk .
. .
. Sedang asyik Yumi memilih cup cake coklat di tempat hidangan makanan tiba-tiba dia ternampak seorang yang sangat dikenalinya berada di sudut hujung dewan di mana orang tidak nampak kerana terlindung dengan jambangan bunga besar .Lelaki itu sedang bercium dengan seorang perempuan yang tidak dikenali .

"Taeyong...." Mata Yumi sudah berkaca .Tiba-tiba saja badan Yumi ditarik ,lalu dipeluk oleh Ken . "Jangan tengok " Bisik Ken di telinga Yumi . Hanya Ken saja faham apa yang dirasakan Yumi ketika ini kerana mereka berdua saja nampak apa yang dilakukan oleh Taeyong .Yumi hanya membiarkan saja Ken memeluknya .Air mata Yumi tidak henti keluar .

"Gwenchana ..aku ada " Ken menepuk perlahan belakang yumi .Walaupun dia sangat membenci wanita itu ,tetapi jauh di sudut hatinya dia juga sangat menyayangi wanita yang pernah menolongnya suatu ketika dahulu .

-BERSAMBUNG -

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience