Chapter 8

Fanfiction Completed 2149

Pagi ini Yumi datang sekolah bersama Daehwi . Pagi-pagi lagi Ken sudah bertekak dengan Daehwi disebabkan Daehwi sering datang ke rumahnya untuk menjemput Yumi .

"Weh ..kau asal monyok je aku tengok ni ?" Tanya Hyuk yang sedang melepak di meja Ken .

"Ntah ! nyampah aku dengan budak baru tu " Ken mengerling Daehwi sekilas .

"Lah asal pulak .Gaduh ke korang ?" Sampuk Leo yang matanya tak lekang bermain game mobile legend di telefon bimbit nya .

"Pagi-pagi dia datang rumah aku kes nak ambil Yu- " Ken terdiam seketika .Nasib tak terlepas cakap !

"Ambil siapa ?" Tanya Hongbin lalu memandang Ken sambil mengangkat kening .

"Arghh takde apa la ! yang pasti aku rimas dia lalu lalang depan rumah aku ! " Bentak Ken .

Terkezut member Vixx apabila Ken menendang mejanya . Mana tak nya Ken bengang dengan Daehwi , Ken bangun awal semata nak tunggu Yumi untuk ke sekolah dengan Yumi.Sebab apa Ken tiba-tiba je nak pergi ke sekolah dengan Yumi ?perkara itu masih dipersoalkan.

"Weh lex ar .Kitorang dah atur rancangan pun nak kenakan budak baru tu " Ravi tersenyum sinis .

"Korang buat la apa korang suka " Ken terus bangun dari tempat duduknya dan keluar dari kelas .Tiba-tiba saja rasa panas apabila dia terlihat Yumi bersama Daehwi sedang bergelak ketawa dari tadi .Entah apa yang kelakarnya !!
. .
. Ken berdiri berdekatan dengan tangga menuju ke library .Di fikirannya hanya memikirkan tentang Yumi yang tidak melayannya kebelakangan ini .Persoalannya kenapa ?! adakah disebabkan dia selesa dengan budak baru itu ?

" Argh! asal pulak aku nak kesah pasal minah tu ! " Ken meraup wajahnya .

"Awak ..awak tak apa-apa ?" Tanya Ailee yang kebetulan lalu di hadapan Ken . Ailee merupakan salah seorang pelajar terpandai selain Ken dan Yumi di sekolah itu . Ailee juga sering dapat top 3 di kalangan seluruh pelajar .

"Sibuk apa kau aku ok ke tak ?" Ken menyilang tangan memandang Ailee .

"Tak la . Tanya je . Awak nampak stress sangat .Kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu la " Baru saja Ailee melangkah beberapa tapak tiba-tiba ..

"Ailee ...." Ken memanggil namanya .

Langkah Ailee terhenti seketika . Ailee mengalih pandangan memandang Ken dengan wajah terkejut . Mana taknya ! lelaki yang selama ini difikirnya sombong , tak pernah ambil tahu hal orang lain ,pembuli dan sebagainya rupanya tahu namanya ?

"Wae ?" Tanya Ailee .

"Aku nak pergi library .Kau nak ikut tak ?" Biasanya setiap kali Ken ke library sekolah ,selain Yumi pastinya Ken selalu terserempak dengan Ailee ,namun mereka tidak pernah sesekali bertegur sapa walaupun duduk di semeja .

"Serious ke ni ?" Ailee memandang Ken dengan terkejut .

"Ye ,kejap je .Aku nak cari buku senanye " Ken sudah berdiri di hadapan Ailee .

"Saya tak kesah pun lama mana .Saya boleh je teman awak .Jom la " Ailee tersenyum memandang Ken . Ailee juga menyimpan perasaan pada Ken dalam diam , tetapi tidak diketahui sesiapa kerana Ailee selalu bersendirian .Orang fikir dia seorang yang sombong kerana kepandaiannya .

"Jom " Ken berjalan mendahului Ailee .

Dari jauh sepasang mata memandang Ken dan Ailee .

"Dia ..ajak Ailee pergi library gitu je sedangkan selama ni aku ajak dia pergi library sama-sama dia langsung taknak pergi ? " Bisik Yumi dalam hati yang memandang Ken dari belakang . "Aku pun boleh ajak Daehwi la ! " Yumi menghentak kakinya .Entah mengapa terasa sebal seketika .
. .
. Di library Ken menuju ke rak terakhir ,di mana buku seperti subjek Kimia, Bio dan Fizik terletak .Ailee pula berdiri di rak buku sebelah iaitu bahagian subjek sejarah .

"Mana buku haritu aku tengok tu .. " Ailee menggaru kepalanya sambil mencari buku sejarah yang dilihatnya tempoh hari . "Jumpa ! " Ailee cuba menggapai buku itu .Oleh kerana buku itu diubah ke bahagian atas ,jadi Ailee terpaksa menginjatkan sedikit kakinya .

"Kau buat apa tu ?" Tanya Ken yang tiba-tiba berdiri di belakang Ailee .

"Saya nak buku tu tapi ..." Ailee masih berusaha mencapai buku itu .

"Kau ni memang tak pandai nak minta tolong ke apa ? sini la aku ambilkan " Ken berdiri rapat dengan tubuh Ailee dan mengambil buku itu .

"Kenapa dengan Ken ni ... dia tak pernah melayan mana-mana perempuan selain aku sebelum ni ... " Yumi cuba mengintai Ken dan Ailee dari jauh .

"Gomawo " Ailee menunduk sedikit pada Ken apabila Ken meletakkan buku itu di tangannya .

"Ye " Ken terus berlalu pergi . Semasa dia nak ke rak seterusnya tiba-tiba dia seperti ternampak kelibat Yumi tetapi tubuh itu seperti kilat ! sekejap saja nampak tadi ,jika dipandang semula ,tubuh itu sudah lesap dari pandangannya . "Eo ? tu bukan Yumi ke ? ke bayangan aku je ?" Ken menggaru kepalanya .

"Awak tengok apa tu ?" Tanya Ailee yang berdiri di sebelah Ken.

"Takde pape pun " Ken meneruskan langkahnya .

"Fuhhh nasib baik dia tak nampak ! " Yumi mengelap peluh di dahinya . " Tapi kenapa aku perlu bersembunyi dari dia ? aku tak buat salah dengan dia pun ! " bisik Yumi sendirian .

*Ting* Tiba-tiba satu sms masuk ke dalam telefon Yumi .

'Jumpa aku di makmal sains 3 petang ni pukul 3 petang .Aku ada benda nak sampaikan ' {unknown}

"Siapa ni ?" bisik Yumi sendirian sambil mengerut keningnya .

'Kau siapa? ' {Yumi}

'Tak perlu tahu aku siapa ,kau datang nanti kau tahu la siapa aku' {unknown}

'Kalau aku taknak datang?' {Yumi}

'Kalau kau tak datang ,kau tau la apa aku akan buat pada Ken' {unknown}

'Apa maksud kau ? !!' {Yumi}
'Woi!!! blas la!!! {Yumi}

Sudah beberapa minit Yumi menunggu mesej itu tetapi masih tidak dibalas .Call pun tidak diangkat !

"Tak guna ! siapa pula cuba ugut aku ni ! " Yumi menggenggam kuat telefon nya .

'Aku nak kau datang sorang je ,kalau tak ...Ken takkan selamat ' {unknown}

Tiba-tiba mesej itu masuk di telefonnnya lagi .

"Apa orang ni nak sebenarnya ... " Tanya Yumi sendirian .

Skip>>

Jam sudah menunjukkan pukul 3 petang .Yumi mengemas barangnya .

"Yumi ,saya balik dulu ye .Omma saya call tadi ,katanya ada hal .Mianhae tak dapat hantar awak balik " Daehwi memandang Yumi dengan rasa bersalah .

"Aniyo ,gwenchana .Lagipun saya nak singgah ke satu tempat kejap " Yumi memandang Daehwi sambil tersenyum .

"Oh ..kalau macam tu saya pergi dulu ye " Daehwi terus mencapai beg galasnya dan segera keluar dari kelas .

Ken awal lagi sudah pulang ke rumah .Fikirnya Yumi akan pulang ke rumah bersama Daehwi kesayangannya .

.
. .

Yumi berjalan sendirian di bahagian makmal sains .Dia melepasi makmal 1 , makmal 2 dan langkahnya terhenti di hadapan makmal 3 .Yumi menarik dalam nafasnya . Dia tidak takut akan ugutan kerana dia sudah sering mendapat ugutan selama ini tetapi ! ugutan selama ini tidak pernah mengaitkan sahabatnya atau orang terdekat dengannya .Hanya dia sendirian saja .Tanpa membuang masa , Yumi terus memulas tombol pintu makmal sains 3 dan perlahan melangkah masuk ke dalam makmal itu . Di atas meja ,terdapat sehelai kertas .Yumi mencapai kertas itu lalu melihat satu per satu patah perkataan yang tertulis di kertas itu .

[ Lama tak nampak kau .Harap kau ok je sebab game baru saja nak mula ]

"Apa maksud dia ...game baru nak mula ?" Bisik Yumi perlahan .

//gedegang!! // Tiba-tiba pintu tertutup dengan kuat dan dikunci dari luar . Sebelum itu orang itu sudah mencampak satu tin gas tosik ke dalam makmal tanpa Yumi sedari .

"Huh ! " Yumi terkejut . Yumi segera berlari anak menuju ke arah pintu itu . Yumi cuba untuk membukanya namun pintu dikunci dari luar .

"Yah !!! tak lawak la kau buat macam ni !!! " Jerit Yumi dari dalam .Tangannya masih mengetuk kuat pintu dari dalam .

Tiba-tiba sekepul asap gas keluar dari bawah meja makmal .Yumi memandang asap gas itu dengan terkejut .

"Apa benda tu ..." Yumi cuba menutup hidung dan mulutnya .Asap gas itu makin lama makin membesar .Disebabkan Yumi sesak nafas , Yumi memcuba pelbagai cara untuk membuka pintu makmal itu namun gagal juga .

"Tolong!!!!! " Yumi sudah tidak berdaya untuk mengetuk pintu lagi . Yumi bersandar di pintu makmal dengan matanya terpejam . Yumi berada dalam keadaan separuh sedar . "Ken ..." Yumi terus pengsan kerana tidak tahan dengan gas tosik itu .

"Hergh ! biar mati kau di situ ! " Orang itu terus pergi meninggalkan makmal itu setelah selesai kerjanya .
. .
.

Ken merenung jam di dinding sudah menunjukkan pukul 5 petang . Biasanya waktu begini Yumi sudah berada di rumah walaupun dia lewat pulang ke rumah pun .

"Mana minah ni pergi tak balik-balik lagi ?" Omel Ken sendirian .

"Ha Ken , Yumi mana ?" Tanya Puan Lee sambil membawa sepiring puding caramel .

"Entah " Kata Ken sepatah tanpa menunjuk reaksi apa-apa sedangkan hatinya berasa gusar sekali .

"Lah kenapa kamu tak ajak dia balik sekali tadi ?" Puan Lee meletakkan piring berisi puding itu di atas meja berdekatan dengan Ken .

"Dia dah ada orang lain la nak balik sekali " Ken menatap fon nya .

"Memang la dah ada orang lain . Tapi kamu perlu juga ambil peduli tentang Yumi ,macam mana pun dia tetap tetamu kita" Tiba-tiba Puan Lee juga berasa tidak sedap hati .

"Omma, Ken nak keluar beli buku jap " Ken terus mencapai kunci kereta di atas meja dan berlari anak keluar dari pintu .

"Ai ..nak beli buku pun lari sampai macam tu sekali ? takut stock buku habis ke apa " Puan Lee menggeleng kepala memandang anak lelakinya sorang ni .
. .
. Ken membawa perlahan keretanya .Sambil-sambil itu matanya melilau rata memandang sekeliling kawasan mencari kelibat Yumi .

"Kau pergi mana ni Yumi .. " disebabkan Ken dan Yumi masing-masing tidak menyimpan contact fon ,jadi sukar untuknya membuat panggilan pada Yumi .

Beberapa lama kemudian Ken memberhentikan kereta di perkarangan sekolah .Selain kedai buku atau mini mart ,Yumi sering melepak di perpustakaan sekolah untuk mengulang kaji pelajarannya . Fikirnya Yumi mungkin sedang membaca buku di library sekolah .

"Tah tah dia dengan laki tu apa ?" Ken memandang di tempat garaj kereta . Tiada sebuah kereta pun ada di situ . "Ke laki tu bawa Yumi ke tempat lain ?" pelbagai perkara berlegar di otak Ken sehinggakan Ken tidak dapat berfikir mana betul mana salah . "Argh! tanya Pak guard je la ! " Ken turun dari perut kereta dan menuju ke arah pondok guard .

"Ahjussi ..nampak Yumi tak ?" Tanya Ken . Ji ahjussi semestinya sangat mengenali Yumi kerana Yumi selalu pulang lewat dari sekolah semata nak baca buku di library sekolah saja .

"Eo Ken .Ish tak perasan pula ahjussi .Rasanya Yumi tak keluar lagi ni " Ji ahjussi merenung jam tangannya .

"Tadi ada tak kereta sport warna biru keluar dari pintu pagar ni ?" Tnya Ken lagi .

"Oh ada , kereta tu keluar masa pukul 3 tadi waktu pulang ke sekolah la " Ji ahjussi mengangguk dengan pasti .

"Ahjussi perasan tak orang dalam kereta tu ?"

"Tak pula sebab cermin keretanya gelap . Ada apa ye ?" Tanya Ji ahjussi pada Ken .

"Aniyo ,saja tanya .Gomawo ahjussi " Ken terus membawa diri pergi .

.
.

"Aish !! check je la dekat library ! takda,aku balik " Ken mengorak langkah menuju ke library sekolah .

Beberapa minit kemudian Ken tiba di library sekolah . Ken membuka perlahan pintu library . Kelam ! tak mungkin ada orang !

"Yumi ! kau ada dekat dalam ke ?" Ken melangkah masuk ke dalam library . Ken berjalan perlahan dari rak ke rak lain . Suasana begitu sunyi . Mustahil Yumi akan bersendirian dalam keadaan sunyi seperti ini kerana biasanya mesti ada juga orang lain sedang mengulang kaji di library ini selain Yumi .

"Argh blah la ! peduli apa aku ! tah-tah dia tengah berseronok dengan laki tu ! " Ken terus keluar dari pintu library .

Terdapat 2 arah menuju ke garaj kereta .Tiba-tiba Ken mengikut laluan bertentangan dengan laluannya sebentar tadi .Sengaja mengikut jalan jauh untuk ke garaj kereta. Kebetulan sekali , makmal sains terletak di bahagian satu aras menuju ke pintu belakang sekolah .Tiba di hadapan makmal 3 ,Ken terhidu satu gas yang cukup kuat ! Ken terus menutup hidungnya dengan koler bajunya .

"Bau apa ni !!! " Ken cuba memulas tombol pintu makmal 3 tetapi dikunci . "Asal lak kunci ni ! tak pernah-pernah kunci pintu makmal ni selama 2 tahun aku duduk sekolah ni ! " omel Ken sendirian . Ken beralih mengendap di tingkap pula .Disebabkan gas terlalu tebal ,jadi sukar untuk Ken melihat di dalam kelas itu .Perasaan ingin tahu semakin membuak,jadi tanpa memanggil Ji ahjussi ,Ken terus mencapai pemadam api yang terdapat di luar makmal sebelah pintu masuk dan mengetuk tombol pintu menggunakan pemadam api itu sehingga tombol pintu rosak !
Ken menolak perlahan pintu makmal 3 setelah berjaya hancurkan tombol pintu .Tiba-tiba terasa seperti pintu makmal disekat sesuatu .

"Apa benda pulak tersekat ni ! " Ken menjengulkan kepalanya dan ...

"Yahh Kim Yumi !!!!! " Ken segera melangkah masuk ke dalam makmal .Disebabkan ruang terlalu sempit dan oleh kerana Ken tidak mahu menyakiti Yumi ,jadi Ken memaksa dirinya untuk masuk melalui pintu itu sehinggakan lengannya terkena tombol pintu yang dirosakkannya sebentar tadi . Tanpa mempedulikan lengannya yang berdarah , Ken terus melutut di hadapan Yumi yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri .

"Yumi !!! buka mata kau !! " Ken menepuk perlahan pipi Yumi ,namun Yumi masih tidak bergerak langsung .Wajahnya pucat lesi! "Tahan kejap Yumi !! aku bawa kau keluar dari sini !! " Jelas terpancar kerisauan di wajah Ken apabila melihat keadaan Yumi sebegitu sekali . Nadi Yumi lemah sekali .Detak jantungnya juga sangat perlahan mengepam .

Ken membawa Yumi dan segera berlari anak menuju ke garaj kereta .

Skip >>

setelah beberapa minit memecut pedal minyak kereta ,akhirnya mereka tiba di Hospital Besar Seoul . Ken segera membawa Yumi masuk ke dalam wad kecemasan .

"TOlong !! " Jerit Ken tatkala dia melangkah masuk ke pintu masuk wad . Beberapa orang nurse segera berlari ke arah Ken dan ada yang membawa katil penolak pesakit ke arah mereka . Ken membaringkan Yumi perlahan di atas katil itu ."Tolong bertahan kejap Yumi ! " Ken memegang wajah Yumi .

"Encik ,encik pun kena rawat luka di tangan encik ni jika tidak ,encik mungkin kehilangan banyak darah " Kata salah seorang nurse di situ .

"Saya tak apa-apa , tolong selamatkan kawan saya dulu " Ken memandang Yumi yang dibawa masuk ke bilik ICU .

"Pihak hospital akan uruskan hal itu .Encik ikut saya ye untuk cuci luka di tangan encik " Nurse itu menarik perlahan tangan Ken .Ken hanya menurut .

"Yumi ...cuba bertahan macam mana pun " Bisik Ken dalam hati .

-BERSAMBUNG-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience