Chapter 10

Fanfiction Completed 2149

Yumi sudah dapat pulang ke rumah . Disebabkan doktor mnasihatkan supaya dia tidak terlalu membuat kerja berat ,jadi Yumi banyak dibantu oleh Ken .

"Oi .Nah buku kau . Aku dah siapkan kerja sekolah 2 hari kau tak datang ke sekolah ni ". Ken mencampakkan buku Yumi di atas katil Yumi .

"Bwo ? kau siapkan kerja aku ? dah kenapa kau ". Yumi memandang Ken dengan pelik .

"Sir monster kut tu .Kau bukan tak tau dia jenis yang macam mana . Kerja dia mesti la sharp time kena hntar ". Ken Menyilang tangan dan bersandar di pintu bilik Yumi .

"Aku pun boleh siapkan secepat mungkin la ! ".

"Kau ni memang tak pandai berterima kasih ea?". Ken memandang Yumi dengan tak puas hati .

"Sebab tu aku malas minta tolong orang apa-apa benda pun.Takut orang mengungkit ! ". Yumi mencebik .

"Tak, masalah sekarang ni kau nampak aku mengungkit ke ? tak kan ..Aku suruh kau ucap terima kasih dekat aku je kan". Ken mendekati Yumi .

"Aish ..arraso ! terima kasih banyak2 ye ". Kata Yumi tanpa memandang wajah Ken .

"Tak ikhlas langsung ! dah la ". Baru saja Ken nak keluar dari bilik Yumi tiba-tiba ..

"Lee Jaehwan !! ". Jerit Yumi . Langkah Ken terhenti seketika apabila Yumi menyebut nama penuhnya . Yumi bangun dari katil dan jalan perlahan mendekati Ken .

"Gomawo ...". Yumi berdiri betul-betul berhadapan dengan Ken dan memandang wajah Ken .

Tiba-tiba wajah Ken terasa panas lagi apabila Yumi melihatnya sebegitu sekali .

"Takyah la sampai gitu sekali ! ye sama-sama ! dah tepi ". Ken menolak perlahan tubuh Yumi dan keluar dari bilik Yumi .

"Eiii tadi suruh orang ucap terima kasih bagi ikhlas ,ni dia pulak nak marah ! tak faham aku ". Bentak Yumi sendirian .

Tiba di biliknya Ken terus menutup pintu dan bersandar di sebalik pintu .Jantungnya bagai nak meletup saja apabila Yumi mendekatinya .

"Fuhh asal dengan aku nii ". Ken memegang dadanya .
. .
.

Yumi perlahan-lahan turun dari anak tangga sambil sebelah tangannya memegang beg galasnya .

"Yah ! kau ni degil la ! kan aku cakap jangan pergi sekolah lagi harini ". Ken tiba-tiba datang dan menarik beg galas dari tangan Yumi .

"Kau ni kenapa ! biar la aku nak pergi sekolah pun .Lama dah aku tak ke sekolah ,habis semua pelajaran aku tertinggal .Dah la nak exam tak lama lagi ". Yumi memandang Ken dengan panas .

"Kalau camtu ..pergi sekolah dengan aku harini ! ".

"Daehwi dah call aku awal pagi tadi dia cakap nak ambil aku .Takp- "

"Takyah pergi sekolah dengan dia ! omma suruh kau pergi sekolah dengan aku ! ". Ken menarik tangan Yumi .

Dengar sahaja perkataan omma , Puan Lee terus memandang Yumi dan Ken yang baru menuruni anak tangga .

"Aunty, aunty suruh Yumi pergi sekolah dengan Ken ke ?". Yumi memandang Puan Lee .

"Aunty suruh ?". Puan Lee memandang Yumi . Ken yang berdiri di sebelah Yumi membuat isyarat pada Puan Lee untuk mengangguk saja pertanyaan Yumi .

"Haa ye ,aunty suruh . Kamu kan baru sembuh .Elok la pergi dengan Ken je ". Kata Puan Lee yang sudah faham isyarat mata dari Ken .

"Arraso ,harini Yumi pergi sekolah dengan Ken ". Yumi mengeluh perlahan .

Ken bercakap tanpa mengeluarkan suara pula memandang omma nya dengan mengatakan 'setiap hari' .

"Aaa ..kalau boleh pergi la sekolah dengan Ken hari-hari .Sekarang ni bahaya la Yumi , aunty risau .Omma kamu kan minta aunty untuk menjaga kamu ". Puan Lee mendekati Yumi dan membelai kepala Yumi .

"Arraso aunty ....". Lemah saja suara Yumi .

"Omma ,kami pergi sekolah dulu ye ". Ken kembali menarik tangan Yumi .

"Mamat ni ingat aku budak kecik ke yang asyik tarik tangan aku ni ". Bisik Yumi dalam hati namun Yumi juga tidak menarik kembali tangannya dan hanya membiarkan saja Ken menariknya.
. .
.

Tiba di sekolah ,Yumi jalan bersama Ken masuk ke kelas mereka . Yumi memrhati sekelilingnya .Takut juga jika penjahat itu ada di sekitar situ . Ken yang berdiri di sebelah Yumi sengaja berjalan rapat dengan Yumi supaya Yumi berasa selamat bersamanya .

"Yumi !!! arghh rindunya kau !! ". Namjoo terus mendepakan tangannya apabila ternampak Yumi jalan bersama Ken di muka pintu kelas .

"Aku rasa Ken dengan Yumi ni ada apa-apa ni ". Kata Hongbin perlahan sambil memegang dagunya .Mana taknya orang sampai berfikir begitu ! dekat benar Ken dan Yumi berjalan ! kalau boleh nak saja bercantum bahu itu .

"Kau fikir gitu ea .Aku rasa Ken suka Yumi la". Bisik Hyuk pula.

"Tah tah diorang couple dalam diam ". Bisik N sambil tergelak kecil .

"Apa pandang-pandang ! ". Ken menjeling member nya .

"Ai dah ada mata, tengok je la ". Balas N .

"Pandang je takpe ,mulut tu kumat kamit ngutuk aku la tu". Ken mengeluarkan buku dari beg nya .

"Wehh kau ada apa-apa dengan yumi ea?". Tanya Ravi terus pada Ken .Member lain semua ternganga memandang Ravi .

"Kalau ada pun kenapa ? kalau takda pun kenapa?". Ken bertanya kembali .

"Jangan tanya la Ravi , jawapan dia menyakitkan hati nanti .Baik kau buat kerja kau ". Kata Leo sambil memandang Ravi .Ken smirk di tempatnya .

"Hergh! aku tunggu kau penat-penat tadi rupanya kau datang sekolah dengan ken?". Bisik Daewon dalam hati sambil memandang Yumi tidak puas hati .

"Daehwi ya . Saya minta maaf tau sebab pergi sekolah tak gitau awak dulu ". Yumi merapatkan tangannya .

"Gwenchana ,saya sampai pun omma awak cakap awak dah pergi dengan Ken ". Daehwi tersenyum memandang Yumi .

"Omma kau balik dah ke ?". Tanya Nayeon yang duduk dekat dengan Yumi juga .

"Aa ..aniyo ,jiran aku tapi aku panggil dia omma ". Yumi tersengih.

"Oo .. ". Nayeon sekadar mengangguk .

"Ok class stand up ". Miss Rin meletakkan bukunya di atas meja .

"Good morning teacher". Kata ketua kelas diikuti dengan yang lain.

"Ok sit down ". Miss Rin membuat isyarat supaya semua duduk . "Today we gonna learn about how to make a great essay . I want to choose three of you all to come and write one tittle at the whiteboard .Then we will discuss about the tittle .Ok?". Miss Rin mengeluarkan marker pen nya . Semua pelajar mengangguk .

"Yumi , Ken and Daehwi .Come here ". Panggil Miss Rin .

"Eo ? aku ke ?". Yumi meletakkan pen nya dan terus ke hadapan.Ken juga berjalan ke hadapan diikuti Daehwi .

"Tajuk menda nak kasi ni ". Ken berfikir seketika .

Yumi menulis perkataan 'Friendship' di papan putih . Ken pula menulis perkataan 'someone that you loved '. Satu kelas bersorak membaca tajuk yang ditulis oleh Ken .

"Korang fikir apa ha! someone that you love bukan someone special je , omma ,appa semua tu someone you love la ". Ken mengerut kening memandang mereka semua .Naik takut juga mereka memandang wajah Ken .

Daehwi pula menulis perkataan ' High School student bully ' . Dari awal lagi Yumi mengerut kening memandang perkataan itu . Bukan kerana tajuknya ,tetapi tulisan itu .Sepertinya Yumi mengenali tulisan itu .Tetapi di mana . Ken juga memndang tulisan itu dengan pelik .

"Alrgiht you can go sit down ". Miss Rin tersenyum memandang Yumi ,Ken dan Daehwi .

"Which tittle do you want to discuss ?". Miss Rin tunjuk di hadapan . Ada yang menyebut friendship , ada yang menyebut someone that you love .Tiada seorang pun menyebut tajuk Daehwi tuliskan .

"Alright we will discuss the second tittle .Someone that you loved".
. .
.

Tiba di waktu rehat , ketika Yumi jalan bersendirian tiba-tiba Yumi terasa seperti seseorang mengikutinya dari belakang . Yumi memandang sekeliling .Tiada orang ! baru sahaja Yumi ingin melangkah ke bawah bangunan sekolah untuk berteduh dari cahaya matahari tiba-tiba ...

"Kim Yumi !!! ". Ken menolak tubuh Yumi .

//Prangg// Pasu bunga sepertinya ditolak atau dicampak dari tingkat 4 hampir saja terkena kepala Yumi .

"Yahh gwenchana ?". Ken memandang Yumi dengan terkejut .

Dari awal semasa Yumi keluar kelas lagi tadi Ken mengikuti Yumi dalam diam .Takut juga jika hal itu berulang lagi .Kelihatan seperti Yumi sudah tahu seseorang mengikutinya .Ken cuba bersembunyi di sebalik tiang berdekatan .Apa pula difikirnya nanti kalau Ken mengikuti Yumi .

"Y-yah ..tangan kau ...". Yumi memandang tangan Ken yang berdarah .Disebabkan pasu bunga itu sudah retak , apabila terkena tangan Ken ,pasu itu terus pecah .

"Takpe sikit je ni . Kau tu tak apa-apa ke ". Yumi masih dalam pelukan Ken . Tiba-tiba Yumi terkaku sebentar .Dibiarkan saja Ken memegang kedua belah bahunya dari belakang .

"Aku ..ok je ". Yumi mengangguk perlahan .

"Aigoo jom balik kelas la .Bhaya la berkeliaran dekat sekolah ni ! ". Ken menarik tangan Yumi .Yumi hanya mengikuti Ken .Darah Ken menitik di sepanjang jalan .

Daewon berdiri betul-betul di tempat kejadian .Dia melihat darah Ken sambil tersenyum .

"Rasakan ". Bisik Daewon perlahan .
. .
.

Di rumah Ken duduk di sofa sambil meletakkan ubat pada luka di tangannya .

"Aigoo ..lega tangan kanan ,kiri pulak luka ". Ken membebel sendirian .

"Ken ...". Yumi datang sambil menyorokkan sesuatu di belakangnya .

"Nak apa kau ". Kata Ken tanpa memandang wajah Yumi .

"Tangan kau ok ?". Tanya Yumi yang terkaku berdiri di hadapan Ken .

"Ok je .Setakat calar ni takda effect apa dengan aku pun ". Ken smirk .

"Oh ..aa ..ok.Takpe la kalau kau dah ok ". Baru saja Yumi mengalihkan badannya untuk pergi tiba-tiba Ken merampas plaster yang dipegang di tangan Yumi dari belakang .

"Ya- ". Yumi tersentak apabila Ken mengambil plaster itu .

"Kalau nak bagi apa-apa dekat aku bagi je . Takyah sembunyi". Ken sambung meletakkan iodin di tangannya .

"Mana ada aku nak kasi dekat kau ! ". Yumi mengerut kening .

"Habis kau nak pelekat mana plaster ni ? dahi kau ?". Ken memandang Yumi sekilas .

"Tap- ".

"Apa kata kau tolong lekatkan plaster ni dekat tangan aku". Ken menarik tangan Yumi hingga terduduk di sebelahnya .

"Yahh kau ni ". Merah padam wajah Yumi dibuatnya dengan kelakuan Ken .

"Cepat la lekatkan ! ". Ken meletakkan plaster itu di atas riba Yumi .

"Aishh ". Yumi mengambil plaster lalu membuka perlahan plastik di belakang plaster itu . Sebelum menampal plaster di tangan Ken ,Yumi menghembus dulu kesan luka itu .Ken hanya memerhati tingkah laku Yumi sambil tersenyum di belakang.Disebabkan tubuhnya yang tinggi lampai itu Yumi sedikit pun tidak perasan yang Ken menghidu sekilas aroma vanilla di rambutnya .

"Dah ! ". Yumi menolak tangan ken . Tiba-tiba Yumi tergelak kecil memandang plaster itu .

"Asal kau gelak ?". Ken memandang Yumi dengan heran .

"Tak la .Comel je plaster tu ". Plaster itu sudah lama dibeli oleh Yumi .Sengaja Yumi menyimpannya untuk menggunakan jika berlaku kecederaan . Plaster yang bewarna putih dan bercorak hati kecil-kecil bewarna pink .

"Comel macam tuan dia la". Kata Ken dan berlalu pergi .Yumi terdiam seketika . Apa betulkah apa yang aku dengar tadi ? fikirnya sejenak . Tiba-tiba fikirannya beralih memikirkan tulisan Daehwi di dalam kelas tadi .Baru diingat oleh Yumi yang tulisan itu sama seperti tulisan di kertas yang dijumpai di makmal sains 3 tempoh hari .

"Tak mungkin laaa ..". Yumi menggeleng laju kepalanya .

-BERSAMBUNG-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience