Chapter 11

Fanfiction Completed 2149

Disebabkan peperiksaan akan tiba tak lama lagi jadi Yumi bercadang untuk mengulangkaji seperti selalu di library .Yumi mengemas buku di atas mejanya .

"Yumi , jom gi minum coffee dulu dekat depan sana tu ". Ajak Namjoo .

"Erm ..kau ajak orang lain boleh tak . Aku nak pergi library study ni ". Yumi memandang wajah Namjoo dengan rasa bersalah .

"Oh yeke .Haa takpe lah kalau camtu ". Namjoo sekadar mengangguk memandang Yumi .

Dengar saja Yumi nak ke library Ken awal lagi kemas barangnya dan berlari menuju ke library .Baik dia sampai dulu sebelum Yumi , kang tak pasal Yumi syak Ken mengikutinya pula .

"Apahal dengan si Ken tu ". Ravi mengangkat kening .

"Entah ! macam urgent je ". Hongbin juga mengerut kening .

"Biar la dia .Pandai la dia minta tolong kita kalau benda tu penting". Kata Leo dengan slamber sambil mengemas barangnya juga .

"Yumi, saya nak ikut awak boleh tak ?". Tanya Daewon.Hari ini seharian Yumi tidak menegur sapa dengan Daewon .Disebabkan Yumi masih teringat akan hal kemarin sejak melihat tulisan Daewon sama dengan tulisan yang dihantar padanya pada kejadian di makmal itu .

"Eo ? aa ..arraso ". Yumi mengangguk perlahan .Dia tidak mahu bersangka buruk tanpa bukti .Dalam satu masa dia berharap sangat supaya ada orang lain di library .
. .
.

Tiba saja Yumi di library , orang pertama yang dia nampak adalah Ken ! tiba-tiba dia menguntum senyuman memandang Ken .Lega rasanya .

"Oit .Awalnye kau datang". Kata Yumi lalu meletakkn beg galasnya di atas meja .

"Aduhh laki ni ada pulakk ". Daewon menjeling memandang Ken .

"Aku agak dah laki ni mesti kut Yumi punya .Penyibuk antarabangsa! ". Jerit Ken dalam hati .matanya tak lekang memandang buku sejarah di hadapannya .Bukan baca apa pun ,sekadar tengok gambar jadi la .

Yumi bangun menuju ke rak buku untuk melihat buku apa yang perlu dibacanya dulu .Nampak saja Yumi bangun ,Daewon juga mengikuti Yumi . Ken yang tengah selak buku ni pun bangun dan mengikuti mereka sambil matanya pura-pura melihat buku .

"Yah ! kot ye nak baca pun takyah la sampai berdiri ". Yumi mengerut kening memandang Ken .

"Ehh suka hati aku la nak diri ke nak duduk ke .Kau sibuk asal". Bidas Ken .

"Yumi cakap baik-baik kan tu ". Daewon sengaja menunjuk baik .

"Ah kesah apa aku .Kau pun sama ". kata Ken lagi .Daewon mengepal penumbuk memandang Ken . Ken yang sedar akan Daewon sedang bersabar dengannya tersenyum senget saja .

"Aku yakin kau punca semua ni ". Bisik Ken dalam hati .

Tadi pagi Hyuk datang lalu duduk sebelah Ken . Dia menceritakan sesuatu pada Ken .Katanya kemarin dia ternampak kejadian di mana Daehwi juga ada di tempat kejadian semasa Ken bantu Yumi untuk mengelak dari pasu bunga yang dicampak dari atas .Hyuk pada ketika itu baru saja mengambil sesuatu di pondok guard yang tidak jauh dari tempat kejadian itu .Hyuk melihat segalanya . Walaupun Hyuk tidak nampak wajah Daehwi dengan jelas ,namun hanya Daehwi saja memakai jam di sebelah tangan kanan .Mungkin juga dia kidal ,atau kebolehannya menulis di kedua belah tangan. Jarang sekali Hyuk nampak mana-mana pelajar lelaki sekolah itu memakai jam di sebelah tangan kanan .

"Tahu aku nak uji dia macam mana ". Ken sudah mengatur rancangan .

Ketika Yumi dan Daewon sibuk mengelas untuk mencari buku tiba-tiba Ken memanggil nama Daehwi .

"Wehh Daehwi ! ". Ken terus mencampakkan sebuah buku setebal 1 inci ke arah Daewon .Terkial-kial Daewon menyambut buku itu . Dia menangkap dengan kedua belah tangan ,tetapi tangan pertama yang mendahului untuk memegang buku itu adalah tangan kiri .

"Kau asal ?". Dawon memandang Ken dengan pelik .

"Kau kidal ea ?". Tanya Ken langsung .Tba-tiba Daewon tersentak seketika .Wajahnya berubah menjadi cuak .Yumi yang sibuk mencari buku itu juga tertarik dengan pertanyaan Ken .

"Apa kau mengarut ni ? sejak bila pula aku kidal ?aku tulis tangan kanan la ". Daewon sengaja mengawal ekpresi wajahnya .

"Kenapa kau pakai jam di tangan kanan ? bukan ke tak selesa kalau nak tulis tu ?". Ken menyilang tangan sambil tersenyum .Sinis saja kedengaran !

"Mana ada ! selesa je ". Tipu Daewon .Sebenarnya dia juga tidak selesa menggunakan tangan tangan .Dia mengambil masa berbulan untuk membiasakan diri menulis menggunakan tangan kanan kerana Daehwi juga menulis menggunakan tangan kanan .

"Ohh ye eaa . Esok kita ada perlawanan bola keranjang dekat dewan .Aku dah masukkan nama kau dalam list .Aku nak tengok gak kau shoot bola guna tangan kanan ". Sekali lagi Ken smirk .

"Kenapa kau suruh Daehwi buat macam tu ?". Yumi memandang Ken dengan pelik .Apa sebenarnya yang Ken rancangkan ini .

"Saja .Tak boleh ke aku ajak dia main bola keranjang ?". Ken mengjungkit kening .

"Tak cakap pun tak boleh ". Yumi mencebik .

"Aku on je ". Daewon smirk! Dia langsung tidak tahu bagaimana bermain bola keranjang tapi mengapa dia langsung tidak takut dengan ajakan itu ? apa guna Daehwan di rumah yang terer bermain bola keranjang itu ? mesti dia dia akan menyuruh Daehwan menggantikan tempatnya pada esok hari !

"Ok ". Ken berbalik di meja semula .

"Apa semua ni ...". Bisik Yumi dalam hati .
. .
.

Ken duduk di katilnya sambil mengetik tetikus untuk mencari satu maklumat dalam laptop nya. Oleh kerana dia sangat rapat dengan guru kelasnya iaitu Dongwook seonsaengnim ,jadi Ken meminta izin pada Dongwook seonsaengnim untuk membuka maklumat pelajar yang dikemaskini dalam pendrive milik guru itu . Tiba-tiba mata Ken tertangkap pada satu maklumat pelajar .

"Lee Daehwi ..". Tanpa membuang masa ,Ken terus mengetik maklumat pelaja itu .

"Oit Ken !aunty ajak makan ". Yumi menjengul kepala di pintu bilik Ken .Kelihatan wajah Ken serius sekali memandang screen laptop nya .

"Weh Sumi .Sini jap ". Ken menepuk tilam di sebelahnya .

"Kenapa ?". Yumi jalan perlahan dan duduk di sebelah Ken .

"Ni .. cuba tengok ni ". Ken menunjuk ke arah screen laptop.

Disebabkan Yumi mengalami rabun malam yang kuat ,jadi Yumi merapatkan tubuhnya dengan Ken dan melihat dekat dalam screen laptop itu .

"Yah !!! aku tak tertarik pun la dengan kau punya!! ". Marah Ken .Mukanya tiba-tiba merah .

"Kau kenapa tiba-tiba marah aku !! terkejut tau tak ! ". Marah yumi kembali .

"Ni !! dada kau terkena paha aku la!! kau tak rasa ke !! ". Ken mengalih pandangan .

"Omo !!! arghhh malunya !!!! ". Yumi menekup wajahnya dengan tangannya .

"Haishh dah la ! aku bole je zoom data ni ! tengok dari situ ea .Datang dekat siap kau ". Ken memberi amaran .

"Eo ? ni bukan ke maklumat tentang Daehwi ?". Yumi mengangkat kening .

"Ye la . Cuba kau ingat baik-baik muka dia .Ni data kita semua waktu sem 1 ". Kata Ken lagi .

"Ehh ni bukan ke ....". Yumi memandang Ken dengan terkejut .

"Ya ,budak nerd yang selalu kita buli ,terutama sekali kau ". Ken smirk .

"Takkan la .....". Yumi menekup mulutnya .

"Ye , dia la . Kalau nak diikutkan dia dah keluar sekolah lama dah dari bulan 6 semester 1 lagi kes tak tahan dengan kita ".

"Habis macam mana dia boleh masuk semula ? bukan ke dia kena jalani exam yang lepas-lepas dulu ke untuk masuk semula ke sekolah tu ? "

"Kau ni amnesia ke pura-pura lupa ! .Kan dia pelajar dari sekolah lain . Pindah ke sekolah kita ". Ken menolak kepala Yumi .

"Haah la !! kenapa baru perasan ea ". Yumi mengerut kening lagi .

"Sebab pandai-pandai kita pun kita boleh dibodohi dengan kebaikan orang . Aku tak tahu atas sebab apa kau rapat sangat dengan budak baru tu .Yang aku tahu ,aku anti dia gila-gila dari awal dia masuk lagi ". Jujur Ken .

"Aku rapat dengan dia pun sebab terhutang budi la ! dia yang tolong aku masa aku kena denda dengan seonsaengnim lari padang tengah panas sampai pengsan tu ! ". Yumi menjeling Ken .

"Bwo ? ". Ken memandang Yumi dengan terkejut .

"Asal kau pandang aku macam tu ...". Yumi mengalih pandangannya .Takut melihat mata Ken yang seram tu .

"Takda apa la ". Ken tidak mengendahkan Yumi .

"Apa kena mamat ni ! sentap tak habis2 ". Bisik Yumi dalam hati .

"Kenapa kau tiba-tiba check data Daehwi ni ?".

"Ada benda aku curious sangat2 .Aku tak bengap macam kau ,buat macam takda apa-apa berlaku ". Ken mengerling Yumi .

"Maksud kau ?".

"Haih Yumi .Kau tu budak pandai . Top 2 antara pelajar sekolah ! guna akal kau untuk berfikir dengan logik apa yang kau alami kebelakangan ni.Mesti la ada kaitan dengan someone! Dah la aku nak turun .Omma tunggu tu ". Ken menutup laptop nya dan turun anak tangga menuju ke meja makan .

"Kenapa dia suka marah aku ni !!! ". Jerit Yumi .
. .
.

Tiba la perlawanan bola keranjang antara kelas 2-3 dan 2-1.

Team Ken mempunya 7 orang pemain begitu juga team kelas 2-2 seramai 7 orang .

"Aku nak kau jadi captain ". Ken memberi bola pada Daehwan.Daehwan awal lagi sudah dimaklumkan oleh Daewon untuk mengganti tempatnya di sekolah pada hari ini saja .

"Ok ". Daehwan mengambil bola itu sambil tersenyum .

"Dia sambut dengan tangan kanan ". Bisik hati Ken .

Permainan itu berlangsung selama 1 jam .Team Ken telah menjaringkan 10 gol manakala team dari kelas 2-2 hanya dapat menjaringkan bola sebanyak 3 gol sahaja . Yumi selaku pasukan bersorak terus menjerit memberi semangat pada pasukan Ken . Dari jauh Ken memandang Yumi sambil tersneyum .

"Comel je dia ". Ken mengebam bola di tangannya . TIba-tiba perkara tadi berlegar semula di otak Ken . "Daehwi jaringkan sebanyak 5 gol dengan tangan kanan . Tak mungkin la ..kemarin dia menyambut buku dengan tangan kiri ". Bisik hati Ken . Ken melihat ke arah gelang tangan yang dipakai Daehwi. "Eo? sejak bila dia pakai gelang .Jam rosak ke ? tapi kenapa dia pakai gelang tangan kiri pula ". Ken menggaru kepalanya dengan heran .

"Oii kau fikir apa tu ". Leo menolak bahu Ken .

"Takda apa la ". Ken melambung-lambung bola di tangannya .

"Daehwi yaa . Jangan lupa tau buku kemarin .Awak cakap nak bagi dekat saya harini ". Yumi tersenyum memandang Daehwi .Sebenarnya Yumi juga ingin mencaritahu lebih dekat tentang Daehwi .

"Buku ?". Daehwan memandang wajah Yumi sambil mengangkat kening . "Alamak hyung! kau tak cakap dekat aku pun pasal apa-apa buku ". Bisik Daehwan dalam hati .

"Ye la .Buku sains tu ". Yumi memandang Daehwan .

"Aa saya tertinggal dekat rumah la . Maaf ". Daehwan sengaja mencari alasan .

"ohh..ermm takpa2 ". Yumi sekadar mengangguk .

"Saya pergi salin baju dulu ye ". Daehwan mengelap peluh di dahinya .Ketika Daehwan memusingkan badannya ,Yumi sempat melihat tanda lahir di belakang leher Daehwan yang seperti berbentuk bulan sabit . Fikir Yumi dia tersalah nampak ,lalu jika dikecilkan mata pun Yumi masih nampak bentuk yang sama .

"Daehwi ada tanda lahir ?". Yumi mengangkat kening .
. .
.

Di rumah Daewon sudah mengaturkan pelbagai rancangan untuk membuat Yumi dan Ken sakit .

"Nampaknya kau dah syak aku siapa Ken . Aku nak tamatkan game secepatnya ". Daewon tersenyum sambil tangannya sibuk memegang playar .Apa yang dia nak buat dengan pelayar itu !

-BERSAMBUNG-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience