Chapter 9

Fanfiction Completed 2153

Sudah genap 2 hari Yumi tidak sedarkan diri .Doktor kata gas yang dihidu oleh Yumi merupakan karbon yang paling terkuat ,mungkin memerlukan masa untuk keluarkan gas itu dari badan Yumi .

"Huarghhh Yumi !! bangun laaa " Namjoo memegang Yumi yang tidak sedarkan diri sambil meraung menangis .

"Dia bukan mati pun ,yang kau nak over sangat ni kenapa ?" Kata Ken yang sedang bersandar di pintu masuk .

"Kau ni memang takda perasaan kesian ke sedih ke tengok Yumi macam ni ea? tau la tak suka Yumi pun tapi jangan la tunjuk sangat! " Marah Namjoo sambil menjeling Ken .

"Dahtu kau nak suruh aku buat apa ? peluk dia pastu meraung nangis cam kau juga? ergh bukan aku tu " Ken menggeleng kepalanya .

"Jap ,aku nak tanya ni dari tadi tapi aku terlupa . Kau buat apa ha dekat sini ? dari tadi kau berdiri sandar di pintu tu .Nak jadi bodyguard Yumi ke apa ? dan satu lagi ! mana kau tahu Yumi masuk hospital ? aku yang kawan baik dia ni pun tak tahu apa " Namjoo mencebik .

"Aku tau Yumi dah bocorkan rahsia yang dia duduk serumah dengan aku .Kau tak perlu pura-pura macam blur sangat ah ! .Hey kau ingat aku nak sangat ke duduk sini lama-lama ? mesti la omma aku suruh tunggu di sini ! dia on the way datang tu " Ken menyilangkan tangannya .

"Aaa ..oo ..kau tau ea ..." Namjoo tergamam seketika .

"Pasal Yumi ni kau tak perlu gitau sesape dia masuk wad .Aku dah cakap dekat cikgu yang Yumi tak berapa sihat je " Kata Ken sambil mengeluarkan telefon dari poket seluarnya .

"Arraso .Tau la aku nak cover macam mana " Namjoo kembali melihat Yumi . Wajah yang mugil itu kelihatan pucat lesi seperti mayat ! matanya juga kelihatan sembab . "Kesiannya kau Yumi ..macam mana boleh jadi macam ni " Namjoo sambung menangis semula .

"Minah ni aku campak dari tingkat 18 best juga ni .Dari tadi tak habis-habis nangis " Bisik Ken dalam hati sambil mengeluh .

"Ken ! " Panggil Puan Lee yang berlari anak dari jauh . Encik Lee juga ada sekali .

"Eo omma .. " Ken melirik ke arah Puan Lee .

"Mianhae omma lambat , jalan sesak tadi .Mana Yumi omma " Puan Lee terus masuk ke dalam bilik pesakit .

Dipegang wajah Yumi dengan penuh rasa simpati . Namjoo hanya memberi ruang pada Puan Lee .

"Wehh Nam ! jom keluar " Panggil Ken dengan nada sedikit berbisik untuk memberi ruang pada Puan Lee dan Encik Lee menatap wajah Yumi .

"Arraso " Namjoo terkekeh berjalan sambil menunduk sedikit di hadapan kedua orang tua Ken .
. .
. Skip>>

"Hyung...hyung rasa Yumi selamat ? saya taknak bunuh sesiapa walaupun sebanyak mana saya membenci dia " . Daehwan menggeleng laju kepalanya .Daehwan merupakan abang kembar kepada Daehwi ,dan adik kepada Daewon .Walaupun Daewon tua setahun dari Daehwi dan Daehwan , tetapi wajah mereka bertiga sangat seiras sehinggakan tiada siapa yang dapat mengecam wajah mereka . Hanya tanda lahir mereka sahaja dapat membezakan diri mereka .Daehwan dan Daewon ingin membalas dendam terhadap Yumi dan Ken yang kuat membuli adik mereka iaitu Daehwi sehinggakan Daehwi mengalami kemurungan yang teruk dan tidak lagi bercakap dengan sesiapa hingga kini .

"Jangan risau ...aku tahu mesti ada orang akan selamatkan dia masa tu .Hanya masa saja menentukan sama ada lewat atau cepat . Game baru bermula . Mangsa seterusnya pula ...tahu la apa aku akan lakukan " Daewon pergi meninggalkan Daehwan yang tercengang di ruang tamu .

.
. .

"Kau tak jawab lagi pertanyaan aku .Siapa yang bawa Yumi ke hospital ? dan yumi kena apa sampai jadi macam tu sekali ?" Namjoo memandang Ken di sebelahnya .

"Entah . Perlu ke aku ambil tahu " Ken terus pergi tanpa menjawab pertanyaan Namjoo .

"Yahh kau nak pergi mana tu !! " Jerit Namjoo di belakang .Ken tidak mempedulikan Namjoo .

"Aku akan cari ...siapa orang yang buat Yumi macam tu .Aku akan buat orang tu melutut minta maaf pada Yumi" Bisik Ken dalam hati sambil mengepal penumbuknya .
. .
. Tiba di sekolah Ken melangkah masuk ke dalam makmal sains 3 . Dipandang sekeliling kelas itu . Tiada apa yang berubah ! orang hanya fikir bau kuat yang mencucuk hidung datang dari makmal itu ialah hasil dari gas pemadam api yang bocor . Disebabkan Ken mengetuk dengan kuat tombol pintu menggunakan pemadam api itu , pemadam api itu telah bocor dan mengeluarkan kepulan gas yang banyak seginggakan tumpah memenuhi di lantai .

"Bodoh ! takkan bau gas pemadam api dengan gas toksik pun tak boleh beza ! " omel Ken sendirian sambil menutup hidungnya dengan sehelai kain .Ken memandang sekeliling kelas dengan teliti jika dia dapat mencari apa-apa bukti untuk menyelesaikan misteri yang berlaku di makmal sains yang menyebabkan Yumi terlibat sekali dalam kejadian ini .

Tiba-tiba Ken ternampak satu tin kecil yang sedikit tersorok di bawah meja guru . Ken perlahan mendekati meja guru . Jika dipandang dengan teliti lagi , hasil golekan tin itu datang dari arah pintu dan bergolek ke bawah meja guru . Disebabkan lantai makmal sedikit brhabuk , jadi memudahkan Ken melihat kesan itu . Ken mencapai tin gas itu dengan sapu tangan yang digunakan untuk menutup hidungnya .

"Ni ..bukan ke gas toksik paling terkuat ? sape yang hidu ni hanya dapat bertahan selama 3 jam .. jika tidak ..orang tu akan mati.Berapa lama kau dapat bertahan haritu Yumi.." Ken mengerut kening memikirkan Yumi .

Apabila Ken mengalihkan pandangan saja dia ternampak sekeping kertas yang jatuh atas lantai di bawah kerusi . Disebabkan tulisan di atas kertas itu ditulis dengan marker pen bewarna merah ,jadi menarik perhatian Ken juga untuk melihatnya .

[ Lama tak nampak kau .Harap kau ok je sebab game baru saja nak mula ]

"Siapa yang ...tulis benda ni ..." Ken tergamam seketika . Setelah dilihat lama kertas itu ,Ken yakin orang yang menghantar kertas itu berada dekat saja dengan mereka semua .Tetapi siapa ?

"Aku kena jaga Yumi dengan lebih berhati-hati lepas ni " Ken menggenggam kuat kertas itu .

.
. .
Waktu sudah melarut malam . Ken manaiki kereta menuju ke hospital untuk melihat keadaan Yumi . Puan Lee dan Encik Lee sudah pulang ke rumah .Kata mereka Namjoo akan menjaga Yumi.

Disebabkan waktu sudah menunjukkan pukul 10 malam , Namjoo sudah ketiduran di tepi Yumi . Matanya tidak lagi dapat bertahan ! mana taknya ,dari pagi hingga malam bersengkang mata menjaga Yumi ,dengan matanya bengkak akibat menangis lagi .Sangat meletihkan !

//Krakk // Pintu bilik Yumi ditolak perlahan . Daewon melangkah masuk perlahan-lahan sambil memakai topi di kepalanya dan topeng menutupi separuh wajahnya .

"Aku bukan nak bunuh kau ...tapi perasaan benci aku lagi membuak setiap kali aku pandang wajah kau ! gamak kau buat adik aku sampai macam tu sekali Kim Yumi ! " Bisik Daewon dalam hati yang berdiri di sebelah katil Yumi . Nak dibandingkan Ken dengan Yumi ,Yumi lagi banyak berlaku kejam pada Daehwi .Benda pertama ialah Yumi menolak perasaan Daehwi dan kemudiannya Yumi melayan Daehwi seperti hamba nya saja .Tetapi itu dulu ! Yumi sekarangnya sudah banyak berubah dan tidak membuli lagi .Tetapi disebabkan sikapnya terdahulu , orang masih ingat dia seorang yang jahat . Daewon memegang kuat tiub air yang dimasukkan ke dalam badan Yumi sehinggakan air nya tersekat .

Tanpa mengetuk dahulu Ken terus menerjah masuk ke dalam bilik Yumi .

"Woii sape kau !! " Ken terus menjerit apabila ternampak seorang lelaki sedang menggenggam tiub air itu .

Daewon yang terkejut terus lari dan menolak kuat Ken hingga terdorong.

"Tak guna!! tunjuk diri kau !! " Ken mengejar Daewon yang berlari dengan pantas . Sekejap sahaja Daewon sudah hilang dari pandangan Ken . Ken berdiri di hadapan pintu masuk wad dengan nafas naik turun . "Argh! tak guna ! " Ken menumbuk kuat pintu di sebelahnya .

"Apa yang jadi " Namjoo gelabah melihat keadaan Yumi . Nasib la Yumi tidak apa-apa . "Apa yang bising-bising tadi" Namjoo memandang ke arah pintu .

/Krak// pintu diterjah oleh Ken .

"Omo ! " Namjoo mengusap dadanya yang terkejut dengan kehadiran Ken tiba-tiba .

"Kau pergi balik " Wajah Ken jelas sekali nampak marah .

"Waeyo ? kau kenapa tercungap-cungap ni " Namjoo memandang Ken dengan terkejut .

"Kalau letih sangat call la aku ! aku boleh jagakan Yumi ! kau tau tak Yumi sekarang teramcam ! " Ken tidak dapat mengawal emosi nya .

"Yahh kau asal marah-marah ni " Namjoo mengerut keningnya .Mana taknya! baru bangun tidur ,dimarahi pula !

"Pergi balik tidur dekat rumah kau .Biar aku jaga Yumi " Ken menolak Namjoo keluar dari pintu bilik .

"Yah yah ! Lee Jaehwan !! kau kenapa !! " Namjoo mengetuk kuat pintu bilik .

Tanpa mengendahkan Namjoo ,Ken segera melabuh punggung duduk di sebelah Yumi .

"Kim Yumi ...cepat la sedar " Ken menolak rambut yang menutupi sedikit mata Yumi . Jelas terpancar kerisauannya .Pada ketika ini dia mungkin sudah jatuh hati pada Yumi buat kali kedua .Risaunya pada Yumi tiada siapa yang tahu .

Tiba-tiba Yumi sedikit menggerakkan tangannya . Perlahan-lahan Yumi mengangkat tangannya lalu memegang tangan Ken yang masih menolak rambut Yumi . Yumi masih lagi dalam keadaan memejamkan mata .

"Yu..Yumi .." Ken tergamam seketika .

"Jangan tinggal saya ..." Dalam pejaman itu juga air mata Yumi menitis .Dia masih trauma dengan apa yang berlaku .Kejadian tempoh hari membuatkan Yumi sukar untuk bergerak kerana badannya sangat lemah sekali .

"Ye ..aku tak tinggalkan kau pun " Ken menggenggam tangan Yumi dan sebelah tangannya lagi menyeka air mata Yumi .Jika dilihat Yumi mungkin sudah tersedar ketika kekecohan berlaku tadi . Disebabkan keadaannya yang masih lemah Yumi hanya mendiamkan diri dan menutup matanya saja .

"Gomawo ..." Walaupun Yumi tidak tahu tangan siapa yang memegangnya sekarang tetapi Yumi dapat rasa dirinya selamat bersama orang itu .

-BERSAMBUNG-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience