Chapter 1

Fanfiction Completed 2149

Yumi duduk sambil menyilang kaki memandang Miss Vincy mengajar di hadapan.Tanpa disedarinya fikirannya sudah melayang entah kemana.

"Omma...appa...bila omma appa nak balik..." Bisik Yumi sambil termenung.

//Ppakk// "Aduh!!?" Yumi memegang kepalanya.

"Yahh!! siapa kurang ajar sangat tu!" Marah Yumi sambil berdiri dari kerusinya .

"Cikgu mengajar dekat depan , kau meralit apa? kang tak masuk ilmu tu bising ar cakap tak faham ar ape ar" Kata seorang lelaki yang duduk selang satu meja dari Yumi.

"Eh lantak aku la nak ralit ke nak apa! aku ganggu kau belajar ke!" Yumi sudah menyilangkan tangannya.

"Yumi! Ken! sudah! kamu tak nampak ke saya di hadapan ni? time ni juga la nak gaduh!" Miss Vincy mencekak pinggangnya.

"Tu, teacher tanya la mangkuk hayun dekat sebelah sana tu!" Yumi melirik mata ke arah Ken.

"Eh teacher patut berterima kasih dekat saya tau sebab lempar pemadam besar penyepak tu dekat kepala perempuan tu sebelum teacher campak pemadam whiteboard tu dekat muka dia sebab dia mengelamun je tadi" Ken membela dirinya yang tak salah.

"Woi Tin! aku lagi rela kena baling dengan pemadam whiteboard dari kena baling pemadam kau besar tapak tangan dekat kepala aku tu! sakit tau tak !! " Yumi menggenggam tangannya .

"Tin kau panggil aku ? !! "

"Kamu berdua, sudahlah! kes kecil jangan dibesarkan ! sudah, tolong duduk dan tumpukan perhatian semula.Tak lama lagi kamu nak exam penggal pertama nanti" Miss Vincy sudah mengeluh.

"Arraso" Yumi duduk di tempatnya semula .
. .
. Di rumah keluarga Lee..

Yumi baring di katil sambil memandang siling.Masuk ni sudah 10 kali dia menelefon kedua orang tuanya yang berada di Dubai tetapi masih lagi tidak dijawab .

"Omma...busy sangat ke sampai tak angkat call Yumi ni.." Yumi mengeluh seketika .

"Ken, pergi la naik atas panggil Yumi makan sekali " Kata Puan Lee sambil menghidang makan malam di atas meja.

"Ei taknak ah Ken.Ken tak suka hadap muka Sumi tu!" Bentak Ken sambil jarinya sibuk menekan butang remote untuk mencari channel yang best di tv.

"Jangan la macam tu , kenapa Ken benci sangat dengan Yumi tu.Cuba la berlembut sikit dengan dia" Puan Lee jalan perlahan mendekati Ken.

"Erghh asal dia yang kena tinggal dengan kita? berapa lama lagi dia kena tinggal dengan kita ha? dah sebulan tau!" Ken mencebik.

Air muka Yumi terus berubah apabila terdengar Ken berkata seperti itu.

"Aku tak minta pun la nak duduk sini!" Marah Yumi dalam hati.

"Haa Yumi, sini la .Kita makan sekali" Panggil Puan Lee apabila ternampak Yumi di tangga.Ken hanya buat tak peduli.

"Aa nae.." Walaupun Yumi kasar ,tetapi Yumi juga seorang yang menghormati orang tua tambahan pula orang yang dia kenal.

"Ken tak nak makan!" Ken terus berdiri dari sofa dan menaiki anak tangga menuju ke biliknya di sebelah bilik Yumi. Semasa di tangga Ken melaga kuat bahu Yumi.

"Okey! kau salah orang kalau nak bentak dengan aku" Yumi smirk .
. .
. Yumi bangun awal untuk ke sekolah .

"Eh Yumi? awalnya kamu siap" Encik Lee memandang Yumi yang sedang memakai kasut.

"Oh Uncle! hehe Yumi bertugas harini , kena datang awal ke sekolah " Kata Yumi sambil menyarungkan kasutnya pula.

"Kamu taknak sarapan dulu? " Tanya Puan Lee pula.

"Takpa Aunty, Yumi tak lapar pun" Sedang asyik Encik dan Puan Lee bersembang, Yumi cepat-cepat menyembunyikan kasut Ken .
. .
Ken turun tangga sambil memakai tali leher .Dipandangnya sekeliling untuk mencari kelibat Yumi.Biasanya time macam ni Yumi sedang menjamah sarapan buatan Puan Lee .

"Omma..si Sumi tu pergi dah ke?" Tanya Ken sambil menarik kerusi lalu duduk.

"Haah ,dia pergi awal harini.Katanya dia bertugas " Kata Puan Lee sambil meletakkan pinggan berisi nasi goreng di hadapan Ken.

"Bertugas??" Ken berfikir seketika ....

"Nah , ni bekalan sarapan untuk Yumi.Kamu tolong kasi dekat dia ya nanti" Puan Lee meletakkan bekas kecil bewarna pink di hadapan Ken.

"Eh asal lak Ken kena kasi makanan dekat Sumi tu! taknak la" Ken menolak jauh bekas itu.

"Ken! " Encik Lee memandang Ken seperti nak telan saja .

"Arraso , Ken nak kasi la nanti" Ken menarik semula bekas itu. Walaupun Encik Lee pendiam orangnya , namun jangan disangka air yang tenang tiada buaya! sekali dia bertegas mau tercirit kau dibuatnya .

"Omma, appa , Ken pergi dulu ye" Ken mencapai beg galasnya di kerusi sebelahnya .

Ken menuju ke rak kasut untuk memakai kasut sekolah nya .Sudah 10 minit dicari kasut itu , masih lagi tidak dijumpai.

"Cari apa tu nak?" tanya Puan Lee apabila ternampak Ken yang seperti tercari sesuatu .

"Mana kasut sekolah Ken ?! "

"Lah ..kemarin kan kamu ltak atas tu je .." Kata Puan Lee sambil menunjuk di atas rak kasut.

"Takda pun!" Ken masih lagi mencari kasut itu .

"Pakai la kasut lain dulu kalau tak jumpa kasut tu " Kata Encik Lee pula yang ingin menyarung kasutnya.

"Mana boleh appa! setiap hari isnin biasanya pengawas atau cikgu disiplin akan tunggu di hadapan pintu pagar sekolah .Mesti la diorang sportcheck nanti! " Walaupun Ken boleh dicop sebagai budak jahat , begitu juga dengan Yumi, namun mereka sangat menjaga kelakuan mereka di hadapan guru supaya mereka tidak dapat mata demerit.Mereka merupakan pelajar cemerlang di Hanrim High School! tak mungkin mereka akan melakukan kesalahan walaupun sedikit di hadapan guru mereka , kalau tak , habis la mata demerit akan direkodkan di dalam sistem mereka .

"Pakai je la kasut kulit tu untuk harini je.Kejap lagi beli yang baru" Kata Puan Lee yang berdiri di sebelah Ken.

"Aigoo..." Ken mengeluh.Nak tak nak dia perlu juga memakai kasut lain dari yang lain untuk harini.
. .
.
"Weh Yumi. Kasut siapa tu kau gantung dekat atas pintu kelas tu?" Tanya Namjoo ,kawan baik pada Yumi yang ternampak Yumi siap memanjat kerusi semata nak gantung kasut sekolah itu.

"Hahaha nanti kau tau la kasut sape" Yumi tersengih.

"Haih ada je keje jahat nak buat " Namjoo menggeleng kepalanyanya

"Ni untuk balas dendam! " Yumi memandang kasut sekolah itu dengan puas hati.

"Ken lagi la tu" Namjoo menepuk dahi lalu berjalan duduk di tempatnya di sebelah Yumi.Walaupun Namjoo kadang sekepala dengan Yumi,namun bab bergaduh antara Yumi dengan Ken ,Namjoo tidak pernah masuk campur .Biasanya Nara dan Geumy yang selalu backup Yumi.
. .
. Ken ditahan di pintu pagar sekolah dan tidak dibenarkan masuk kecuali menulis nama di buku rekod kesalahan sekolah.

"Kau kasi aku masuk sekarang sebelum aku tumbuk muka kau" Ken sudah mengepal penumbuknya apabila pengawas bertugas menahannya di pintu masuk .

"T-tak boleh Ken , a-awak ..d-dah buat kesalahan ni.Saya tak boleh lepas awak macam tu je , tak adil bagi yang dah kena ni" Kata Erin dengan tergagap. Takut betul dia dengan kingka sekolah itu.

"Ni first time tau aku buat salah! kau ingat kau pengawas tu aku takut sangat la!" Ken menyilang tangannya.

"Kau nak kami pukul kau ke nak lepas kami jalan?" Tanya Hyuk , selaku member kepada Ken .

"A-arraso...jangan la guna kekerasan" Erin membuka pintu pagar untuk Ken dan member nya yang dikenali sebagai Vixx , lalu melepasi pintu pagar sekolah .
. .
. Baru saja Ken ingin melangkah masuk ke dalam kelas,kepalanya terasa seperti melaga sesatu.Ken memandang di atas kepalanya .

"Ahahahaha " Yumi tergelak besar melihat Ken yang pakai seragam sekolah dengan kasut kulit bewarna hijau gelap yang diperbuat daripada kulit buaya .Tak match langsung!

"Aku agak dah perempuan ni punya kerja.Kau tunggu kejap Sumi" Ken merentap kuat kasutnya dan berjalan ke arah Yumi.

"He is coming~" Nara , Geumy dan Namjoo berdiri di sebelah Yumi melihat Ken and the geng datang ke arah mereka .

"Tahniah Kim Yumi , kau dah berjaya buat kesabaran aku meletop .Kau nak cari pasal sangat dengan aku kan .Kau tunggu kejap " Ken menunggu seseorang datang ke kelas.

"Kejap lagi si Taeyong masuk gitau aku " Bisik Ken pada Hongbin . Taeyoung merupakan teman lelaki kepada Yumi .

"Haa ok " Hongbin mengangguk .

"Ooo baru meletop ke ?aku ingat kau ni penyabar sangat orangnya " Yumi menyilang tangannya . //bzzzz// Bagaikan ada kilat saja di antara pandangan mata Yumi dan Ken .

"Dia datang ! " Bisik Hongbin di telinga Ken .

"Yumi .." Panggil Ken .

"Menda ka- " .Tanpa sempat Yumi menghabiskan katanya bibirnya dikucup oleh Ken .

"Woooooo" Satu kelas sudah kekecohan .Kingka dan Queenka sekolah bercium?!!!!! what is that!!! . Taeyong terus terkaku di hadapan pintu kelas apabila ternampak Ken mencium bibir teman wanitanya .

"Apa...semua ni .." Taeyong terlepas buku di tangannya.

"Yah!!! kau gila ke !!! "// ppang// Satu tamparan lekap di pipi Ken .Ken hanya tersenyum kepuasan walaupun pipi nya ditampar kuat oleh Yumi .

"Tae-Taeyong...." Yumi memandang Taeyong dengan terkejut.

-BERSAMBUNG-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience