Chapter 13

Fanfiction Completed 2149

Di hospital , Yumi duduk di sebelah Ken yang masih terbaring dan tidak sedarkan diri . Mujurlah Ken terselamat dari dibom. Ken mengumpul kekuatan juga lalu keluar dari permukaan air.Pada ketika itu juga bom meletup dan menyebabkan Ken mengalami kecederaan teruk di kakinya sehingga menyebabkan kakinya melecur .

"Yah Yumi ..gi ar makan sikit .Dah sehari kau tak makan ". N melihat wajah Yumi yang pusat lesi itu . Puan Lee juga buntu harus melakukan apa supaya Yumi menjamah sedikit makanannya .

"Betul tu Yumi ,makan la sikit . Bila lagi kamu nak sembuh kalau kamu tak makan ". Ujar Encik Lee yang duduk tidak jauh dari Yumi .

"Ni semua salah Yumi ..". Air mata Yumi sudah bergenang melihat keadaan Ken seperti itu .

"Ni takde salah siapa pun antara kau dengan Ken . Salah si Daewon tu ha ! entah mana nya pergi ". Hongbin mengepal penumbuk apabila terdengar ja nama Daewon .

"Dapat dekat aku laki tu memang mati aku kerjakan ". Hyuk menumbuk dinding di sebelahnya .

"Tak apa lah ,yang penting sekarang Yumi dan Ken selamat". Puan Lee mengusap kepala Ken .

"Bangun la Ken ..". Yumi melentokkan kepalanya di lengan Ken.

"Bila jadi macam ni baru jatuh eh ego korang yang tinggi langit tu". Leo menggeleng kepala sambil tersenyum.

"Bwo ? ! kau nak gaduh dengan aku ke ! ". Yumi memandang Leo dengan panas .

"Haa ni baru Yumi kitorang kenal .Bukannya keja duduk ,pastu tak makan ,pastu nangis je keja ". Sindir N .

"Kau untung tau Yumi ,walaupun Ken tak suka kau atau dia suka tapi dia ego nak gitau ,dia tetap tolong kau kalau kau dalam kesusahan ". Kata Ravi .Sepertinya dia ingin membongkar kebenaran .

"Maksud kau ?". Yumi mengangkat kening memandang Ravi.

"Dulu Ken pernah tolong kau waktu kau pengsan tengah padang tu . Dia bawa kau pergi bilik rehat .Dia tunggu kau dekat situ .Pastu dia suruh Namjoo jaga kau sebab masa tu cikgu panggil dia ". Terang Ravi .

"B-bwo ? Ken ke yang tolong aku ?bukan Daehwi ke ?". Terkejut Yumi dibuatnya .

"Kau ngarut apa Daehwi . Mana ada Daehwi dekat situ .Ken je yang teman kau dari awal kau kena denda tu sampai kau jatuh dekat tengah panas tu ". Ravi bersandar di dinding sambil menyilang tangan .

"Patut la dia marah aku malam tu masa aku cakap Daehwi tolong aku .....". Bisik Yumi dalam hati sambil memandang wajah Ken .

"Kamu nak tau sesuatu tak Yumi ?". Puan Lee membuka bicara.

"Tau apa Aunty ?" .Yumi memandang Puan Lee di hadapanya .

"Ken tu dah lama sukakan kamu .Dari kamu berdua kecil lagi masa tu . Semasa di sekolah rendah ". Kata Puan Lee sambil memegang tangan Ken .

"Eo ? sekolah rendah ?Yumi sekolah dengan Ken ke ?".

"Ya , kamu saja tidak mengenali Ken masa tu sebab Ken memang botak kecil-kecil . Ketika tu Ken dikenali sebagai Geom . Mendiang haramoni Ken memanggilnya dengan nama itu kerana Ken seorang yang lemah dulu ,Ken sering dibuli oleh kawan-kawannya hingga menangis .Jadi haramoni memberi nama untuk untuk menaikkan semangat Ken ,haramoni mengatakan Ken seorang yang kuat ".

"Geom bukan pedang ke?". Hyuk mengangkat kening .

"Majayo , itu yang dikatakan haramoni Ken ". Puan Lee tersenyum .

Yumi terdiam seketika .Tiba-tiba ingatannya berputar sewaktu dia di sekolah rendah .

//flashback ! 11 year ago //

Geom ; Yumi , awak nak jadi teman wanita saya tak ?
Yumi ; Awak mengarut apa ni .Saya tak suka budak botak macam awak . pergi sana *tolak Geom*
Geom ;Tapi saya sukakan awak .Awak cantik ,awak pandai ,awak baik .
Yumi ; Kalau awak sukakan saya pun saya takkan sukakan awak .Awak lemah ! suka menangis ! saya tak suka !
Kawan2 Geom ; Ahahahaha lembut! lembut! lembut!
Geom ; Saya akan buktikan pada awak yang saya tak lembut Yumi . Geom terus beredar dari situ sambil menangis .
kawan2 Geom ; Wuuu!!!! budak lembut!!! kuat nangis!!!!

//Endflashback //

"Kau dah buktikan pada aku yang kau tak lembut .Terima kasih Ken kerana kembali di samping aku " . Bisik Yumi dalam hati sambil tersenyum memegang tangan Ken .

"Oh satu lagi Yumi . Kau mesti tak tau kan Ken yang tolong kau keluar dari makmal sains 3 haritu masa kau kena perangkap tu ? habis bedarah tangan dia sebab tolong kau .Kalau kau tak terima gak Ken tak tahu la aku nak cakap apa ". Ravi menggeleng kepala .

"Asal kau tau banyak sangat pasal Ken dari aku ni ?". N memandang Ravi dengan tak puas hati .

"Dah kau tak tekan tanya dia .Aku kalau curious memang aku akan tanya dia terus ". Ravi tergelak kecil .

"Patut la tangan Ken luka ..aku tanya dia ,dia cakap terkena pintu je ". Yumi menggenggam tangan Ken .

"Ken tak kasi aunty gitau kamu .Ken cakap kamu tidak suka kalau dia bantu kamu ". Celah Puan Lee di hadapan .

"Aniyo .Yumi tak pernah cakap Yumi tak suka .Yumi cuma takut Yumi terhutang budi dengan dia dan takut menyusahkan dia je ". Yumi mengangguk yakin .

"Aigoo..Ken lagi suka kalau kamu minta bantuan dia tau ". Puan Lee tersenyum .

"Dua kali tangan dia luka sebab tolong kau . Satu lagi kes terkena pasu bunga yang orang campak dari atas tu . Kau ada musuh ketat ke Yumi ". Hyuk memandang Yumi dengan heran.

"Aku pun tak tau siapa orang tu .Kenapa dia terlalu benci aku sampai macam tu sekali ".

"Buat laporan polis je la .Aunty risau la ". Puan Lee memandang Yumi dengan sayu .

"Leo dah buat laporan polis kemarin aunty lepas kejadian tu .Polis sedang siasat .Katanya agak sukar sebab orang tu tak meninggalkan apa-apa jejak langsung ". Leo memeluk tubuh .

//tok tok tok //

"Weh gi bukak pintu ". Arah N pada Hyuk yang dekat dengan pintu .

//krak// Hyuk membuka pintu .

"Daehwi ! kau buat apa dekat sini ". Mereka semua memandang Daehwi dengan terkejut .Perkara ini tidak ada sesiapa yang tahu selain Vixx ,keluarga Ken dan Yumi .

"Aku datang nak cakap sesuatu dengan korang semua ". Daehwan sempat menunduk hormat pada Encik dan Puan Lee.

"Kau tau mana kami dekat hospital ni ?". Tanya Hongbin .

"Aku cari kedudukan Yumi dalam fon . Aku pasti semua orang juga di sini ".

"Oo kau ada no fon Yumi .No wonder la ". N melihat Daehwan sekilas .

"Awak nak cakap apa ?". Yumi memandang Daehwan .

"Nama aku Lee Daehwan . Aku kembar kepala Lee Daehwi .Orang yang selalu iringi kau kemana-mana tu abang aku , Lee Daewon ". Daehwan cuba mengumpul tenaga untuk berbicara .

"Bwo ?". Yumi mengerut kening memandang Daehwan.

"Apa kau maksudkan ni ?". Hyuk menepuk bahu Daehwan .

"Ya ,semua ni punca angkara Daewon .Dia ingin membalas dendam pada Yumi dengan Ken sebab korang buli adik kami ,Daehwi . Sekarang dia mengalami tekanan yang teruk sehinggakan dia tidak mahu berbicara dengan sesiapa langsung . Doktor sahkan jika dia terlalu stress sampai macam tu kemungkinan besar dia boleh gila ".

"Daewon? mana Daewon sekarang ! kau bawa dia ke sini cepat!! ". Leo terus mencengkam koler baju Daehwan .

"Wehh tenang ,dengar dulu dia nak kata apa ". Ravi menarik Leo.

"Aigoo sudah la tu ". Puan Lee sudah risau melihat mereka bergaduh .

"Daewon sekarang ada di US . Dia larikan diri lepas melakukan semua tu . Jangan risau ,aku dah maklumkan kepada pihak polis keberadaan abang aku tapi aku mohon bantuan korang supaya tolong lah , ringankan hukuman dia ". Air mata Daehwan sudah bergenang .

"Kau tak nampak ke Ken hampir mati tu ! nak ringankan hukuman apanya! dia tu memang patut terima hukuman berat pun! ". Bentak Hongbin pula .

"Aku mohon ...aku pun akan serahkan diri aku juga. Masa Yumi terperangkap dalam makmal sains 3 di sekolah tu aku ada di tempat kejadian .Aku nampak apa Daewon lakukan tpi aku tak dapat halang dia sebab aku tahu ,dia tetap berkeras juga buat semua tu ". Daehwan duduk melutut di hadapan Yumi . Air mata membasahi pipi nya .

"Kenapa kau dengan Daewon mesti lakukan semua ni .Ya ,aku tahu .Dengan kata-kata maaf takkan mengubah keadaan Daehwi sekrang ,aku tahu aku salah! tapi korang tak boleh buat sesuatu jenayah macam ni . Korang pun tau kan undang-undng polis di Korea macam mana ". Yumi memandang Daehwan dengan sayu .

"Aku minta maaf Yumi . Aku tak kesah kau nak jatuhkan hukuman tu dekat aku tapi tolong bertimbang rasa dengan Daewon , dia yang jaga kami dari kecil masa omma dengan appa kami dah meninggal ketika tu .Dia yang curah kasih sayang dia pada kami sehingga sekarang .Dia sangat menyayangi Daehwi . Nak dibandingkan aku dengan Daehwi dia lagi rapat dengan Daehwi . Dia tak boleh terima dengan keadaan Daehwi hingga buat semua ni ". Daehwn masih melutut dan memandang lantai sahaja .

"Sudah la nak .Bangun ". Encik Lee mengangkat Daehwan untuk berdiri .

"Macam mana pun dia tak buat semua ni .Abang dia saja yang buat ". Encik Lee cuba memahami keadaan Daehwan alami .Dia mungkin tersepit dengan semua ni .Daewon sibuk berfikir untuk membalas dendam , Daehwan pula tidak mahu menyakiti sesiapa tetapi masih tidak dapat terima akan kelakuan Yumi dan Ken pada adik nya .

"Baiklah kalau macam tu .Aku akan minta pada pihak polis supaya meringankan hukuman yang dijatuhkan pada Daewon dengan syarat .Daewon tidak akan munculkan diri lagi depan aku dan Ken sampai bila-bila .Cukup la dengan keadaan Ken yang sekarang .DIa tidak dapat berlari atau bersukan lagi .Dia hanya mampu berjalan saja ".Yumi memandang ken dengan rasa bersalah .

"Terima kasih Yumi . Aku hargai jasa kau ". Daehwan menunduk ke arah Yumi .
. .

Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam .Semua orang sudah pulang ke rumah .Yumi masih menunggu di sebelah Ken . Yumi mengambil tuala basah lalu mengelap tangan dan wajah Ken . Ditenung wajah Ken dengan perasaan bersalah .

"Mianhae Ken ". Yumi memejamkan matanya sambil baring di lengan Ken .

Ken menggerak-gerakkan jarinya . Matanya juga perlahan-lahan dibuka . Ken mengalih memandang Yumi yang tidur di lengannya dengan linangan air mata .Ken mengagahkan diri untuk menyentuh rambut Yumi . Yumi tersentak seketika lalu membuka matanya apabila terasa rambutnya disentuh .

"K-Ken ...". Yumi memandang Ken dengan terkejut.

Ken membukakan topeng oksigen nya sambil tersenyum memandang Yumi .

"Yahh jangan la buka ". Baru sahaja Yumi ingin menyentuh topeng oksigen itu tangannya dipegang oleh Ken .

"Kau tak apa-apa ?". Tanya Ken dengan suara serak basahnya .Dalam keadaan begini pun dia masih risaukan Yumi .

"Aku ok je la .Kau tu yang cedera teruk ". Sekali lagi Yumi mengalirkan air mata .

"Syukur la kau tak apa-apa " . Ken genggenggam lembut tangan Yumi .

"Tolong jangan sakitkan diri kau sebab aku lagi ". Yumi meletakkan tangan Ken di pipinya .

"Aku sanggup buat apa saja la untuk kau .Jangan la sedih". Kata Ken perlahan sambil sebelah tangannya lagi menyeka air mata Yumi .

"Gomawo Ken .Sebab masih bertahan sampai sekarang ". Yumi mengusap kepala Ken .

"Aku mana boleh tinggal kau .Nanti kau bertambah jadi bad girl pula ". Ken tersenyum .

"Mana ada la ! aku dah baik sekarang ! ". Yumi mencubit tangan Ken .

"Arghh sakit sakit !!! ". Ken mengaduh .

"Yah gwenchana ?". Yumi menyapu dan meniup tangan Ken . Tiba-tiba terdengar Ken tergelak kecil .

"Yah !!! takut kan aku ehh". Yumi menampar pula tangan Ken .

"Risau juga ye kau dekat aku ". Ken memandang Yumi sambil senyumannya tak lekang .

"Mesti la risau ! ". Yumi mengerut kening .

"Yumi ...". Panggil Ken .

"Bwo ?".

"Nak tak ...kau jadi .....". Ken terdiam seketika .

"Takyah minta la! aku setuju jee ". Yumi mencuit Ken .

"Ohh kau sudi jadi kuli aku ea? kaki aku kan sakit .Mesti la kau kena buat semua kerja aku ". Ken tergelak lagi .

"Yahh kau ni !!! ". Malu Yumi dibuatnya .Fikir Ken ingin meminta benda lain tadi .

"Gurau je la .Hahaha . Ok2 aku serius ". Ken memandang Yumi dengan serius .

"Dah takyah la pandang aku dengan mu-"

"Jadi teman wanita aku ". Kata Ken yang memotong percakapan Yumi . Yumi tergamam seketika .Matanya yang bulat lagi bertambah bulat apabila Ken mengatakan hal itu .

"Kau ..tak main-main kan ". Tiba-tiba pipi Yumi rsa panas .

"Nampak aku main-main ke . Kalau kau tak nak aku nak amek Ail-"

"Nak nak nak ! jangan ea cari orang lain !!! ". Yumi menekup mulut Ken dengan tangannya .

"Tunggu apa lagi . Kiss la aku sikit ". Kata Ken yang mengangkat tangan Yumi menutupi mulutnya .

"Eiii gatal la kau ni !! ". Yumi menolak pipi Ken .

"Cepat la !! ". Ken menarik narik tangan Yumi .Mengada!

"Aish kau ni !! sekali je ea!! ". Yumi berdiri lalu mengucup pipi Ken sekilas . Tiba-tiba Ken memegang belakang kepala Yumi.

"Tak kena". Ken terus menarik Yumi dan mengucup bibir Yumi. Yumi keras membatu namun membiarkan saja kelakuan Ken .

-BERSAMBUNG-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience