BAB 4

Drama Completed 3519

19 May 2010

Umurku kini 17 tahun dan aku akan menghadapi peperiksaan SPM pada hujung tahun ini.

Pada hari ini juga, sudah genap 5 tahun sejak aku di ambil anak angkat kepada mama dan papa. Entah bagaimana, tergerak hatiku untuk bertanya kepada mereka. Kenapa mereka mahu mengambil aku sebagai anak angkat ? Kenapa tidak ambil sahaja bayi yang ada di rumah anak-anak yatim ? Kenapa aku dan bagaimana mereka jumpa aku ?

Muka mama menjadi muram dan sedih seakan akan dia takut untuk bercakap mengenai hal ini. Sama juga dengan papa, dia hanya mengeluh dan menatap mata aku.

“Mama? Papa? Tolonglah bagitau Lara.. Kenapa ? Lara sudah penat hidup dengan tanda tanya..”

Mama memegang tangan aku dan berkata,

“Lara, kami harap dengan penjelasan ini, kamu tidak akan membenci ibu kandung kamu. Kerana dia buat semua ini untuk kamu...”

Sebelum mama sempat menghabiskan penjelasannya, aku segera berdiri dan teriak yang aku tidak mahu dengar pasal dia. Aku sudah tekad untuk melupakan si dia yang telah melupakan anak sendiri. Aku segera lari ke bilik dan berkurung di dalam bilik aku. Kemudian, mama dan papa pun segera ke bilik aku untuk memujuk diriku yang masih penuh dengan rasa benci dan marah.

“Lara, kami ambil kamu sebagai anak angkat sebab ketika pertama kali kami nampak kamu, kami berdua rasa yang kami sudah jumpa penyeri hidup kami yang akan menceriakan rumah yang penuh rasa sedih ini. Mama pada masa itu berada di tempat kamu membesar dan mama terjumpa ibu kamu, lalu dia memberikan penjelasan kepada ibu kenapa ibu patut mengambil kamu sebagai anak angkat. Oleh itu, mama setuju untuk menerima kamu walaupun sudah banyak perkara yang perlu kami pertimbangkan..”

Ahh... lagi.. aku hairan dan bingung apakah sebab sebenar aku dijual. Namun, apabila aku melihat air muka mama dan papa yang sangat menyayangi aku, aku cuba lembutkan hati dan meneruskan hidupku yang penuh tanda tanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience