BAB 10

Drama Completed 3519

Akhirnya, hari yang dinantikan tiba. Hari pernikahan aku dan Nabil yang akan berlangsung sebentar lagi. Pada pagi ini, aku berada di bilik bersama ibu dan mama. Mereka berdua tidak putus untuk memberi aku segala nasihat dan kata kata untuk aku yang bakal menjadi isteri orang. Namun, tidak lama kemudian, mama meninggalkan aku dan ibu di bilik aku bersendirian. Ibu pada waktu itu tidak berhenti menangis.

Ibu memberitahu aku betapa dia sedih kerana tidak dapat melihat anaknya yang akan berkahwin dengan matanya sendiri. Betapa dia tidak dapat melihat aku berdandan dan menjadi wanita yang tercantik pada hari ini. Aku mengesat air matanya dan memberitahu dia yang dengan kehadiran dia, sudah membuatkan hari yang indah ini lebih sempurna. Pada ketika ini, ekspresi muka ibu menjadi sangat gembira. Sama juga seperti mama yang sangat gembira melayan tetamu yang datang ke rumah kami.

Tepat pada pukul 3 petang, Nabil dan rombongan keluarganya tiba di kediaman kami. Aku ditemani ibu dan mama keluar dari bilik aku untuk bersedia ke bawah. Kemudian, aku lihat pelamin aku yang dihiasi bunga hydrangea dan kain berwarna pastel. Seluruh rumah aku di penuhi dengan rasa gembira dan senyuman. Upacara penikahan kami bermula sebaik sahaja Nabil dan yang lain sedia untuk memulakan majlis. Dengan sekali lafaz, aku sah sebagai isteri Nabil dan air mata kegembiraan mengalir dari mataku. Tidak pernah aku duga yang hari seperti ini akan datang. 25 tahun aku hidup dengan penuh tanda tanya. Kini, semuanya telah terjawab dan aku bertuah kerana pada hari ini, semua orang yang aku sayangi berada di ruang yang sama dan meraikan cinta aku dan Nabil bersama tanpa ada kekurangan.

Kini, aku faham yang hidup kita akan seperti bulan yang tidak sentiasa dapat menyinari malam kita. Kadang, akan ada hujan ataupun kilat yang akan menyukarkan malam kita menjadi tenang, namun sudah pasti, akan ada masanya bila langit malam akan menjadi indah dan di taburi dengan bintang bintang yang melengkapkan langit malam. Walaupun hidup aku dipenuhi tanda tanya seperti hujan yang mengaburi bulan, namun semuanya akan terjawab bila hujan itu sudah berhenti dan apabila bintang yang menggantikannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience