BAB 2

Drama Completed 3519

Aku teringat 15 tahun yang lalu. Aku si Lara Irdina, berumur 10 tahun...

Tahun 2003.

Aku merupakan antara pelajar yang terkenal di sekolahku sebab mempunyai prestasi pelajaran yang baik dan juga seorang atlet. Setiap pagi, aku akan bergegas untuk sekolah kerana bagiku, sekolah lebih seronok dari rumah ini.

Sudah 7 tahun aku hidup bersama wanita yang bernama Indah. Dia mempunyai kerjaya yang hebat dan selalu di puji oleh rakan-rakannya. Dia sangat bergaya dan menjadi perhatian setiap lelaki yang ada di tempat ini. Tetapi, walaupun selalu ramai jejaka yang cuba mengurat dia, Indah tetap menolak undangan atau apa sahaja jenis cara para jejaka untuk menjadikan dia sebagai wanita mereka. Kenapa ? Sebabnya aku. Indah ada aku. Indah ada seorang anak perempuan yang bernama Lara Irdina dan sudah tentu Indah ialah ibuku.

Setiap orang yang ada di tempat ini tahu tentang kami dan kamilah anak beranak yang menjadi buah mulut sejak kami berada di sini. Ibuku sangat dikenali sebagai wanita yang lemah lembut dan baik hati. Tetapi, hmm, tiada siapa yang tahu bagaimana “malaikat” ini berubah jadi sebaliknya ketika bersama aku.

Setiap pagi, aku terpaksa menyediakan sarapanku, membersihkan rumah sebelum ke sekolah dan dia ? Dia masih berada di katil, tidur mati dan hanya akan bangun apabila jam locengnya berbunyi. Setiap kali dia berbuat begitu, aku akan sengaja buat hal supaya dia akan bangun dan melayan kerenahku. Tetapi selepas beberapa lama, dia sudah faham gayaku dan hanya membiarkan aku berdikari sendiri.

Aku hairan, ibuku berkelakuan sebegini sejak aku berumur 8 tahun. Sebelum ini, dia berkelakuan persis seperti apa yang orang lain katakan. Setiap pagi, akan dia sediakan sarapan dan akan menunggu aku balik dari sekolah. Dia akan membacakan aku cerita sebelum tidur dan membantu aku menyiapkan kerja rumah.

Tetapi, sejak 2 tahun lepas, dia selalu lambat balik , lambat bangun pagi , dan tidak menjaga makan minum ku. Dia hanya akan layan kerenahku bila aku cuba membuat sesuatu yang di luar jangkaannya.

Kenapa ibu? Kenapa ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience