BAB 8

Drama Completed 3519

Kini aku berada di rumah aku membesar. Sudah 15 tahun sejak aku kembali ke rumah ini tetapi masih tiada yang berubah. Setelah berbual dengan Dira, aku pergi ke taman yang ada di tepi rumah. Pagar bercat putih dan dipenuhi dengan bunga hydrangea. Ditangan aku ada secawan teh bunga krisantemum kegemaran aku dan ibu. Pada masa ini, hati aku dipenuhi dengan pelbagai perasaan. Ada perasaan marah, takut, sedih dan gembira. Ada juga teruja dan simpati.

Di sudut taman, ada sebuah kerusi dan meja. Di situ, aku nampak seseorang yang aku tahu sudah lama merindui aku si Lara. Dia sedang memakai kaca mata hitam dan ada tongkat di sebelahnya. Dia sedang mendengar lagu - lagu yang berkumandang di radio dan raut wajahnya tersenyum apabila mendengar lagu. Pada masa ini, dia masih tidak tahu aku berada di sini. Anak kandungnya yang sudah lama dia tunggu. Air mata aku jatuh satu demi satu kerana berasa kesal dengan diri yang hanya beranggapan negatif terhadap wanita yang kasihan ini. Tidak sekali pernah aku terfikir hidupnya akan menjadi sebegini.

“Ibu... ibu ?”

Aku cuba memanggilnya

“Lara ? Kamu kah tu anakku ?”

Lantas, air mata aku jatuh tidak putus dan aku segera memeluk ibu aku. Ibu memeluk aku dengan erat dan mengucapkan syukur kepada yang maha esa dengan kedatangan aku. Selepas kami meluangkan masa di taman itu, ibu membawa aku masuk ke rumah kami. Dia membawa aku ke bilik dan memasang cd yang ada banyak di mejanya. Setelah beberapa minit, pemain cd itu mula bermain dan pada masa itu aku melihat video aku bersama ibu ku pada lebih 15 tahun yang lepas. Ibu memberitahu aku bahawa apabila dia merindui aku, ini lah yang akan dia dengar untuk mengubati rindunya. Dan dengan itu, dia menjelaskan mengapa dia membuat keputusan sedemikian.

Ketika ibu disahkan dengan penyakit itu,ibu sangat takut dan berusaha sedaya upaya untuk sembuh namun setiap rawatan itu sangat mahal dan sebab itulah dia terpaksa bekerja tidak henti untuk membayar rawatan dan menanggung aku. Dan tentang aku, dia menjelaskan bahawa itulah keputusan yang paling susah bagi dirinya sebab pada masa itu, ibu sudah berhutang dengan banyak pihak tertentu dan ibu sudah tidak ada lagi sumber pendapatan. Dengan itu, apabila dia bertemu dengan mama, dia merayu agar mama boleh menjaga aku dan memberikan dia duit untuk membayar segala hutangnya serta mendapatkan rawatan. Dia juga tidak mahu untuk aku melihat dia yang menjadi buta dan tidak mampu untuk membesarkan aku dengan baik.

Pada ketika ibu memberitahu aku semua ini, aku dipenuhi rasa bersalah dan malu dengan diri aku. Betapa aku pentingkan diri sendiri dan tidak mengingati ibu aku yang sedang bergelut dengan dirinya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience