BAB 7

Drama Completed 3519

Sejak kami bertunang, kami mula bersedia untuk majlis perkahwinan aku dan Nabil yang akan berlangsung tidak lama lagi. Walaupun kami penat, kami tetap teruja untuk membuat segala persediaan apa lagi bila melihat mama yang tidak sabar aku untuk menjadi isteri orang. Mama selalu tersenyum dan membawa aku berjumpa dengan sanak saudaranya untuk mengundang mereka ke majlis perkahwinan aku.

Sejujurnya, aku tidak pernah sangka yang mama akan menjadi orang yang paling gembira tentang aku kerana aku hanyalah anak angkatnya yang dibeli oleh ibu kandung aku. Aku selalu terfikir macam manalah riak wajah ibuku kalau dia yang berada bersama aku.

Sebulan sebelum aku bernikah, mama datang kepada aku dan mahu bercakap sesuatu dengan aku. Aku duduk erat di sebelahnya dan mendengar kata katanya yang membuatkan aku kembali ke rumah aku membesar.

“Lara, tidakkah kamu rindu dengan ibu kandungmu ? Mahukah kamu menjemputnya ke majlis perkahwinan kamu nanti ?”

Mukaku menjadi masam apabila mama berkata sedemikian.

“Lara, janganlah kamu membenci ibumu itu. Sesungguhnya, pengorbanannya sangat besar Lara.. Mama minta maaf sebab baru memberi tahu kamu semua ini sekarang tetapi ya betul kami membeli kamu, tetapi semua ini kerana ibu kamu memerlukan duit lebih untuk pembedahan matanya. Masa kamu berumur 10 tahun, ibu kamu di sahkan menghidapi kanser di matanya dan keadaannya amat teruk.”

Aku terkejut. Kanser ? Kenapa aku tidak pernah tahu tentang semua ini ?

Mama memberitahu aku bahawa ibu mahu aku pergi supaya aku tidak akan menderita jaga ibu yang buta. Supaya aku boleh hidup senang tanpa memikirkan nasib ibu aku yang malang. Kini, aku sudah tahu jawapan kepada setiap soalan yang selalu bermain di minda aku. Malam itu, aku minta mama untuk memberi aku masa untuk memahami perkara yang berlaku.

Syukur, mama faham akan situasi aku dan memberi aku masa untuk menerima semua ini. Mama juga turut memberi aku cadangan untuk balik ke tempat aku membesar untuk berjumpa dengan ibu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience