BAB 9

Drama Completed 3519

Makcik Dhia dan Adira melawat aku dan ibu pada pagi rabu. Aku dapat tahu yang mereka berdualah insan yang telah menjaga makan minum ibuku sepanjang ketiadaan aku. Aku bersyukur dengan adanya malaikat malaikat yang menjaga ibuku. Aku tidak putus berterima kasih dengan mereka yang sudah seperti keluarga aku sendiri.

Pada waktu ini, sudah 3 minggu lagi untuk ke majlis perkahwinan aku. Walaupun aku mahu berada di tempat ini buat masa yang lama, namun aku tetap perlu balik ke Kuala Lumpur untuk melaksanakan segala tugas yang ada. Aku membuat keputusan untuk membawa ibu, Makcik Dhia, Dira dan anaknya untuk ikut aku kembali ke Kuala Lumpur sehingga aku sah bernikah. Buat kali pertama, aku kembali ke rumah keluargaku di Kuala Lumpur dengan keluarga yang aku ada di tempat aku membesar. Aku berasa sangat gembira dan bersyukur diberi keberkatan tuhan yang maha esa untuk hidup dengan insan insan yang istimewa dalam hidup aku.

Mungkin betul hidup aku penuh dengan cabaran dan drama yang aku tidak pernah jangkakan. Tetapi, semua itu telah membuat aku lebih matang dan kuat untuk mengharungi perjalanan aku yang masih panjang. Setibanya kami di KLIA, Dira dan keluarga sangat teruja untuk pertama kali berada di KL. Apabila melihat anak Dira, aku teringat perasaan aku pertama kali berada di tempat yang asing ini kerana pada waktu itu, walaupun aku berada sedih namun aku sedikit sebanyak berasa teruja untuk berada di tempat baru ini.

Apabila aku tiba di rumah, mama dan Nabil menunggu aku dengan senyuman yang aku rindui. Mama memeluk aku dengan rasa bangga apabila dia melihat aku membawa ibuku ke rumah tanpa ada rasa kesal. Pada malam itu, semua ahli keluarga aku berada di ruang yang sama dan aku tidak pernah terfikir yang situasi ini akan berlaku. Kami semua menjamah hidangan makanan di satu meja yang sama dan gelak ketawa tidak pernah berhenti pada malam itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience