BAB 3

Drama Completed 3519

19 May 2005

Hari jadiku yang ke dua belas tahun.

Sepatutnya aku rasa gembira dengan kehadiran hari in tetapi malangnya, aku di landa dengan perkara yang tidak pernah aku sangka akan berlaku pada diriku.

Aku dijual. Ya ? Amat pelik bukan?

Aku terima dengan kenyataan yang aku tidak di beri kasih sayang yang cukup dari ibuku sendiri. Aku terima kenyataan yang aku membesar tanpa bapa yang boleh melindungi diri aku. Tetapi kenapa aku perlu di jual dan di beri kepada pasangan yang aku tidak pernah kenal. Lebih lebih lagi, di panggil ayah dan ibu. Apa yang sedang terjadi ? Adakah ini hadiah hari jadi yang aku sepatutnya terima? Begitu tamakkah ibu aku yang sanggup menjual anak sendiri kepada orang yang tidak dikenali? Berapakah harga aku dan begitu murahkah aku sampai boleh dijual beli ?

Rakan - rakan sebaya aku pada waktu ini hanya stres memikirkan apakah kerja rumah matematik mereka, dan stres tentang upsr. Namun aku ? Aku sudah mula hidup dengan 1001 tanda tanya yang aku selalu harap dapat dijawab. Pada hari jadi ini, aku hanya nangis, nangis dan nangis. Aku mengeluarkan kata yang kesat, aku marah dan aku menghamburkan setiap barang yang aku nampak di mataku. Aku benci ibu aku. Aku benci wanita yang bernama Indah.

“Lara, minta maaf ya nak, ibu harap suatu hari nanti kamu faham. Ibu tahu kamu akan membesar menjadi anak yang baik” kata - kata terakhir ibu sebelum aku meninggalkan rumahku. Pada waktu itu, aku tidak tahu sama ada aku ingin peluk ibuku atau ingin pergi secepatnya dari pandangan ibuku. Sepanjang perjalanan aku ke destinasi yang ingin dibawa oleh orangtua ku yang baru ini, aku hanya menangis dan tidak mahu bercakap.

Namun, aku diberkati dengan ibu bapa yang lebih baik dari Indah. Nama mereka ialah Hazmi dan Maria. Mereka berasal dari Kuala Lumpur dan sudah tidak ada anak sejak anak tunggal mereka meninggal beberapa tahun yang lepas akibat kemalangan yang tragis. Setibanya aku di kediaman mereka di Kota Damansara, mereka membawa aku ke bilik aku. Bilik aku di rumah ini lebih besar daripada bilik aku yang dulu. Aku di jaga dengan penuh kasih sayang dan dijaga seperti anak kandung mereka. Pada mulanya, aku berniat untuk berkelakuan negatif supaya mereka akan menghantar aku kembali kepada ibu sebenar aku, namun aku berubah hati dan mula sayang dengan kedua dua insan yang aku panggil mama dan papa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience