BAB 6

Drama Completed 3519

Pada 6 June 2016, aku telah menghabiskan pelajaran aku di menara gading dan telah membuat mama gembira dengan mengambil sijil ijazah sarjana muda aku di atas pentas universiti ini. Aku kembali ke kota metropolitan Kuala Lumpur dan mula bekerja beberapa bulan setelah kembali dari London.

Ketika aku sedang bekerja, kesihatan mama mula merosot dan merisaukan aku. Mama sudah terpaksa selalu ulang balik ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Ibu selalu menghidapi serangan sakit jantung dan sudah tidak mampu seperti dahulu. Mama memerlukan perhatian yang lebih daripada biasa. Tetapi, sebaliknya, mama sangat ingin aku untuk berjumpa dengan pasangan hidup yang sesuai dan berkahwin sebelum dia pergi meninggalkan dunia.

Pada mulanya, aku amat terkilan dengan keputusan mama kerana aku tahu yang aku belum bersedia untuk menjalinkan hubungan sedemikian. Tetapi setelah mama memujuk aku, aku membuat keputusan untuk berjumpa dengan seorang lelaki pilihan mama. Aku berjumpa dengan Nabil, anak kepada rakan sekerja mama dulu di syarikatnya. Setelah aku mengenali Nabil, hatiku mula jatuh cinta dengan dia yang sangat baik hati orangnya. Sebenarnya aku tidak mahu untuk berjumpa dengan seseorang yang dicadangkan oleh orang terutama sekali mama kerana aku takut aku tidak dapat untuk mengenali orang tersebut lebih dari kawan. Tapi, Nabil membuat aku menjadi sebaliknya dan hubungan kami menjadi baik dan lebih erat setiap masa berlalu. Beberapa bulan kemudian, Nabil dan keluarganya masuk meminang aku, si Lara Irdina dan mahu menetapkan tarikh pertunangan. Mama sangat gembira dari hari pertama mereka datang ke rumah untuk meminang aku sampailah hari kami berdua bertunang. Pada masa ini, aku sangat gembira dengan hidup aku yang penuh dengan onak dan duri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience