BAB 11

Drama Completed 3227

“FATASYA, cuba awak sebut perkataan ‘Allah’,” pinta Ustazah Lina.

“Allah.”

“Alhamdulillah. Lidah awak dah tak sekeras dulu. Tapi, awak kena teruskan belajar mengaji ni. Abang awak pun boleh ajar awak di rumah, kan?” Fatasya mengangguk. Benar kata Ustazah Lina, lidah Fatasya tidak lagi keras seperti di awal Fatasya datang dan belajar mengaji dengannya dahulu. Sebutan Fatasya kian lancar. Langsung tidak nampak riak kekok dalam sebutannya.

Fatasya bersyukur kerana Allah masih menyayanginya dan masih memberi peluang untuknya kembali ke jalan Allah. Fatasya sedar dia hanya meminjam kehidupan yang sementara ini daripada Allah dan Allah berhak untuk mengambilnya kembali pada bila-bila masa sahaja, oleh sebab itu, Fatasya tahu, dia patut bersyukur dengan segala anugerah Allah kepadanya.

Wahai Tuhan semesta alam, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku yang sering khilaf dan melupakanMU.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience