“FATASYA.. Fatasya..” tangan dilambai-lambai di hadapan muka Fatasya. Fatasya tersedar dari lamunannya. Muhaini dan Nadhirah, dua teman baik Fatasya di sekolah.
“Awak tak makan ke?” hanya soalan itu yang keluar daripada mulut Muhaini.
“Dari tadi saya perhatikan, awak asyik termenung sahaja. Kenapa Tasya?”
Nadhirah pula menyoal. Fatasya mengalihkan pandangannya ke arah makanan yang sedikit pun tidak tercuit. Tangannya mencapai garfu yang diletakkan ke dalam bekas makanan itu tadi.
“Mana ada. Saya okey je.”
Fatasya berdalih.
“Tasya, orang lain awak boleh tipu. Tapi tidak pada kami. Kami kenal awak sejak kecil lagi. Awak ada masalah ke?”
Tangan Muhaini mencecah ke bahu Fatasya yang duduk di sebelahnya. Fatasya menoleh ke arah Muhaini, sekejap. Dituruti dengan wajah Nadhirah. Tangannya ligat bermain dengan tutp bekas makanannya.
Seketika kemudian, deringan loceng menunjukkan masa rehat telah tamat kedengaran. Fatasya lega. Pantas dia mengenakan penutup bekas makan dan memberi isyarat untuk bangun kepada dua teman baiknya itu. Muhaini dan Nadhirah menurut. Mereka bangkit menuju ke kelas.
Share this novel