BAB 7

Drama Completed 3227

FITDRI merapatkan pintu bilik solat perlahan. Tidak mahu kehadirannya mengganggu Fatasya. Dia juga tidak mahu kehadirannya diketahui adiknya itu. Fitdri tersenyum di luar bilik solat. Dia meraup wajahnya dengan dua telapak tangan. Syukur dipanjatkan ke hadrat Tuhan. Dia melangkah semula ke bilik tidurnya.

Fatasya mengucup tanda perlahan naskhah Al-Quran yang dibacanya sebentar tadi, tanda menghormati kemuliaan naskhah itu. Perlahan air matanya yang sedari tadi bergenang memenuhi kolam matanya mengalir. Dadanya sakit menahan sebak. Dia termenung sendiri mengenangkan laluan hidupnya sepanjang beberapa tahun ini.

Fatasya menangis semahunya. Matanya kian membengkak. Esak tangisnya yang awalnya hanya selesa di pendengaran telinganya kini semakin membingit. Dia memeluk dua kakinya seerat mungkin. Sedaya upaya menahan esakannya daripada terus mengganggu keluarganya yang sedang lena dibuai mimpi.

Jam di dinding setia menunjukkan waktu sekarang. Jarum panjang hampir meninginjak ke angka enam sementara yang pendek sudah hampir mengekori si panjang. Fatasya menyeka air matanya dengan jemari halusnya. Dia bangkit dari duduk. Mengatur langkah menuju ke bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience