FATASYA terjaga dari lenanya. Lampu bilik masih menyala. Dia terlelap! Fatasya mencari jam untuk mengetahui waktu sekarang. Jam 4.30 pagi! Fatasya mula tidak tentu hala. Ujian bulanan akan bermula hari ini, tetapi Fatasya masih belum mengulangkaji pelajaran.
Fatasya menangis sendiri. Dia bangun menuju ke arah meja belajar. Buku-bukunya berselerak. Hasil amukannya tadi. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia tiba-tiba marah. Marah pada dirinya kerana gagal memahami apa yang tercatat pada buku.
Hampir sepuluh minit merenung buku yang bagaikan kosong pada penglihatan Fatasya, akhirnya dia bangkit menuju ke bilik air. Berwudhu’ dan menuju ke bilik solat. Usai solat, Fatasya mencapai naskhah Al-Quran yang terletak elok di atas almari di sisinya. Perlahan naskhah itu diselak dan dibaca antara didengari atau tidak.
Share this novel