Bab 6

Romance Series 5759

" cikgu... kenapa buat saya macamni .. "

Anis menangis teresak-esak ..Dia buntu ...Tika usianya masih terlalu muda , dia telah pon hilang maruah yang dijaga rapi selama ini.

" saya sayangkan awak anis ..saya sayangkan awak sangat-sangat..Tapi,kita tak boleh berkahwin kerana awak masih muda,awak pelajar saya dan yang paling penting saya suami orang ! "
Razif mengusap kepala gadis itu..Dia sedar akan perbuatannya yang melampaui batas itu , dia sudah meragut maruah anak muridnya sendiri..dia telah membuatkan gadis itu hilang masa depan..

Tangisan anis semakin kuat..Air matanya laju mengalir .. Tangan dan kakinya dingin..Tika ini,tiada apa yang berada di fikirannya selain keluarganya..razif mengambil keputusan untuk meninggalkan gadis itu di pinggir jalan sahaja..mana mungkin dia berani menonjolkan dirinya di hadapan keluarga gadis itu , silap haribulan dia yang arwah dahulu.

" cikgu .. ! jangan tinggalkan saya ...cikgu kena bertanggungjawab dengan apa yang dah cikgu buat .. cikgu .. ! cikgu ...apa yang saya nak cakap dengan keluarga saya ! "

Kereta itu meluncur laju ..benar,razif meninggalkan anis qaisara di tepi jalan begitu sahaja..Ketika itu sifat kemanusiaannya entah di mana hilangnya..Yang ada di fikirannya hanyalah maruah dirinya.. ya maruahnya sebagai seorang guru ,juga suami . Anis menangis semahu-mahunya..

"Jangan pergi cikgu ! jangan ! jangan cikgu ..."

JANGAN !!

anis tersedar dari mimpinya..Sekali lagi, peristiwa itu menghantui dirinya..Allahuakhbar ...Dia sudah tidak kuat..

" Ha kau ! mengigau lagi la tu,tu lah tidur lagi petang-petang ni.."

"Eh ziha , aku kat mana ni ? "

" ha lupa la ni , kan tadi kita singgah rumah aku kejap,kau tiba-tina terlelap kat sofa ni,aku malas nak kejut..kesian pulak aku tengok ..macam letih sangat .."

Anis mengangguk-angguk kepalanya.Baru dia teringat kenapa dia berada di situ , mukanya ditekup rapat..Akhir-akhir ini,dia kerap bermimpi tentang kisah gelap itu, mimpi itu sentiasa menghantui dirinya..

" Anis .. ni minum dulu .. goreng pisang je aunty buat petang ni , makanlah .."

Puan Sakinah membawa sedulang air bersama sepinggan goreng pisang yang masih panas.Anis hanya tersenyum dan mengangguk perlahan..

"Assalamualaikum ..assalamualaikum ..

suara orang memberi salam mengejutkan mereka bertiga..Naziha bangun lalu membuka pintu .kelihatan Datin Maznah bersama anaknya berdiri di muka pintu.

" waalaikumsalam .. eh maklong ! marilah masuk .."

Datin Maznah tersenyum lalu segera masuk ke dalam rumah itu..

" haaa kak , marilah makan sekali..ni haa goreng pisang pon ada lagi ni .."

Datin Maznah tersenyum..Bungkusan yang dibawa itu dihulurkan kepada Naziha..

" kawan naz ke ? "..

Datin Maznah memandang kearah anis..Rasanya itu kali pertama dia melihat gadis itu.Perlahan-lahan anis mengangguk ..sebuah senyuman dihadiahkan kepadanya..

" ha anis ! ni maklong aku .. mama haris .. "

" ohh mama haris.. " .. Jawapan ringkas dari anis sudah cukup membuatkan naziha faham bahawa gadis itu tidak mahu mengetahui apa-apa lagi tentang lelaki itu.

" Anis .. ? aunty tak pernah jumpa,ni kali pertama aunty tengok .. Tapi aunty pernah dengar haris bercerita tentang gadis bernama anis ni.. mesti kamu orangnya kan ?"

" ye laa maklong ! ni lah kawan naz .. nama dia anis .. anis qaisara..Haris pon kenal dia jugak , dah lama dah maklong .."

Naziha sengaja menambah...Anis memandang naziha ,kali ini dengan penuh makna.

" ohh inilahh anis. cantik .."

" eh .. takdelahh aunty ..biasa je. ."

Anis cuba menolak kenyataan itu..Baginya perkataan "cantik" tidak sesuai dilabel untuk gadis sepertinya...

" aduhh ! panas ..! "

Anis mengaduh kesakitan...Lengannya merah dek terkena tumpahan teh panas ..

" eh .. ya allah isya ! terkena tangan kakak ..maaf aniss.. anak aunty ni nakal sikit "

"takpa-takpa..sikit je ni , saya cuma terkejut .. tiba-tiba tumpah.."

Anis ketawa kecil..Dipandangnya wajah anak kecil itu, merah ..pasti takut dimarahi olehnya..

" Takpe dik ..sikit je..kakak tak sakit pon.."

Anis cuba memujuk ..Dia tidak mahu anak itu menyangka bahawa dia memarahinya..

" Betul ke tak sakit kakak ?"

" Betul..tak sakit pon..marilah sini.."

Anak kecil itu menuju kearah anis qaisara..Dipeluknya erat..dahinya dikucup..Rambutnya yang diikat itu diusap perlahan..

" kakak cantik la..nanti bila isya besar,isya nak cantik macam kakak "

" eh , mana ada cantik , isya lagi cantik ..sebab mama isya cantik.." ..Hidung anak itu dikuis lembut..Senyuman manis lahir dari bibir anak itu..

Datin maznah hanya tersenyum..pintar juga anis memujuk princess kecilnya itu..

" mama..mama..boleh tak kakak ni isya nak bawa pergi rumah kita ? "

pertanyaan arisya membuatkan anis tersentak..Ada-ada saja anak ini , masakan dia perlu tinggal di sana .. anis menggeleng-gelengkan kepalanya..

" boleh sayang ..nanti mama ajak kakak anis datang rumah kita lagi , sekarang dah lewad petang ,kita kena balik sayang.. nanti abang cari pula "

Anak itu hanya menurut..dia bingkas bangun mengekori Datin Maznah yang sudah pon menuju ke pintu hadapan..

Dari jauh anis hanya memerhati..

" bye kakak cantik ! "

arisya sempat menjerit dan melambai tangannya kepada anis qaisara.Anak itu memang mudah mesra dengan orang baru..

Anis membalas lambaian itu..bibirnya tersenyum..bahagianya rasa bila melihat arisya bahagia , terasa hilang sebentar bebanannya..

Baik jugak mama si haris ni eh. ...hmm ...entah apalah yang diceritakan haris tentang aku pada mamanya..

" oii .. termenung apa ! "

Naziha menyedarkan anis dari lamunan..gadis itu tersentak..kelihatan naziha tersengih-sengih melihatnya..

" mana ada termenung..aku tengah fikir ni,tu mama haris kan ..papa dia kat mana eh ..memang haris ada bercerita tentang keluarga dia,tapi tak pernah pon aku dengar tentang papanya "

" ohh .. emm paklong aku dah lama meninggal,masa aku sekolah lagi ..masa tu tingkatan 5 ..tu sebab maklong aku ambil anak angkat..sunyi katanya..yelaa rumah besar,haris kerja ..kalau ada si kecil tu riuh sikit .."

Anis mendengar penjelasan naziha..nasib haris sama sepertinya. cuma bezanya bapanya meninggal sejak anis darjah 6 ..kasih sayang seorang bapa belum puas dirasa,kini dia kehilangan ibunya...juga maruahnya..

Tanpa sedar ,air matanya jatuh..Naziha yang melihat hanya menggeleng-gelengkan kepalanya..

" ni la kau anis. .kalau story sikit je mesti nangis..aku pon tak faham..hal orang lain kan ,kau nangis kenapa..jadi takut pula aku nak ber story dengan kau "

Anis menyeka air matanya..bibirnya dipaksa untuk terus mengukir senyuman..dia tidak mahu naziha mengetahui kisah dirinya terlalu banyak.Biarlah hanya sebahagian..dia nekad,biarlah sebahagian lagi disimpan kemas di sebalik kenangan silamnya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience