Bab 1

Romance Series 5759

Pintu rumah ditutup rapat.Dikunci kemas.Anis qaisara terkejut dengan tindakan gurunya itu,namun disebabkan dia kesini kerana guru muda itu memintanya mengemas rumah sewanya,dia memujuk hatinya untuk terus bersangka baik.

"Anis , mari tolong cikgu kemas dalam bilik ni..kat luar tu nanti-nantilah.."

Anis patuh arahan tersebut.Dia segera bangun dan menuju kedalam bilik.

"Anis,tutup pintu bilik."

"eh,kenapa pulak cikgu ? gelap sangat ni kalau tutup,nanti macam mana nak kemas ? "

Kali ini Anis memberanikan diri untuk bertanya.Dia sedar sejak tadi dia seperti kerbau yang dicucuk hidungnya saja..apa yang dipinta,itu yang dibuat.Tiada sedikit pon rasa nak membantah.

" kan dalam ni banyak barang kecil,nanti berterabur sampai ke luar pula.bilik ni banyak habuk..nanti bila tengah kemas,habuk-habuk ni akan ke bahagian ruang tamu pulak,kamu dah mop kan ?kamu tak nampak ke ? ni .. ? "

Jawapan cikgu Razif membuatkan anis terdiam sekali lagi..Tambahan pula,gurunya itu siap menunjukkan betapa banyaknya habuk di lantai bilik itu.

Anis cuma mengangguk..Ada betulnya jugak apa yang cikgu razif cakap..tanpa membuang masa,dia pon segera menutup pintu bilik tersebut.Tiada sebarang syak langsung yang terdetik dalam hatinya tatkala itu melainkan niatnya untuk membantu gurunya meskipon dilarang berkali-kali oleh ibunya.

"Anis..mari sini kejap.." pinta razif tiba -tiba sambil memberikan isyarat supaya gadis itu duduk di atas katil dekat dengannya.

Anis yang tadinya sibuk menyusun barang-barang tersentak seketika.

" err kenapa cikgu?emm saya ada lagi ni benda nak kemas..cikgu duduk la situ dulu kalau dah penat,saya okay lagi ni "

Jawab anis ..lalu menghadiahkan sekuntum senyuman kepada gurunya itu.Namun,hatinya tatkala itu sudah mula berfikir yang bukan-bukan.Tetapi segera dibuang jauh-jauh pemikiran kotor itu apabila terkenangkan kebaikan cikgu razif padanya semasa di sekolah.

"Alahh..mari sini dulu.nanti kita buat lagi..marilah..ni air pon ada..kalau awak haus ke,marilah.."

Razif melonggarkan tali lehernya.Dia membuka butang atas bajunya..Kemejanya itu dikeluarkan dari seluar.

" aaa takpe cikgu.Saya belum penat.Lagipon tadi saya dah minum air.." jawab anis..ringkas..

Kini jiwanya resah.Hatinya benar-benar gelisah.Dia tidak mampu mengangkat wajahnya untuk menatap gurunya itu lagi..perasaan takut menyelubungi diri.Dari ekor matanya,kelihatan gurunya sedang asyik memerhatikannya.

Ya Allah , kuatkan aku .Lindungilah aku dari sebarang kejahatan yang aku tidak tahu.Ampunilah aku seandainya aku bersangka buruk kepada guruku sendiri.Ampunkan aku Ya Allah !

"Aku kata mari sini ! yang kau tak dengar tu kenapa?pekak ke? "

Anis terkedu.Tiba-tiba tudung gadis itu ditarik.Rambutnya yang panjang direntap menuju ke bucu katil.Anis qaisara dilayan seperti binatang.Air matanya berguguran ke lantai.Tangannya ditarik kuat..

Dia cuba menjerit namun gagal.Tiada sesiapa pon yang tinggal berhampiran rumah tersebut.Kini yang ada hanyalah dia dan gurunya itu.

Ya Allah ! beraninya Anis qaisara..berdua-duaan dalam rumah kosong,dalam bilik gelap..abaikan kata-kata seorang ibu hanya untuk lelaki iblis ini ?

" cikguuuuu ...sakit..sakit cikgu ! "

Dia menangis teresak-esak.Matanya merah..tubuhnya tidak berdaya lagi untuk menolak tubuh lelaki itu.Tenaga perempuannya kian pudar,dia sudah tidak kuat !

" shhhhh .saya sukakan awak anis.Pelajar bijak,baik ,cantik..lembut lagi ! ..jangan takut..awak pon sukakan saya kan ? "

Tangan gadis itu digenggam erat.Dahinya dikucup.Kepalanya diusap perlahan-lahan..

Cantik sungguh gadis ini jika tidak bertudung.manis.ayu..Dia menatap gadis itu dengan pandangan yang sangat bernafsu.Anis qaisara tidak mampu berbuat apa-apa lagi.

"Mak ...anis mintak maaf .." hanya itu yang terluah di hati kecilnya.Air matanya mengalir laju.Kedua-dua tangannya diikat.

"cikgu...jangan buat saya macamni ! tolonglah cikgu ! "

permintaan anis seakan tidak memberi apa-apa kesan buat razif.Lelaki itu sudah hilang kewarasan.Dia lupa statusnya sebagai seorang guru juga suami.

Dia menghampiri tubuh gadis itu.Lebih dekat.Anis meronta namun tidak mampu membuat apa-apa.Tangannya diikat.Kakinya ditahan dek tubuh sasa lelaki itu.Kini dia cuma mampu berserah dan berharap keajaiban itu ada untuknya tatkala ini.

" cikgu ...! jangan cikgu ..! jangan ! ..cikguuuuuuu ..! jangan ..jangan .."

Allahuakhbar ! ..Anis tersedar dari tidur.Jam loceng dilihat..Jam 6 pagi..awal lagi ..

Dia mimpi rupanya.Allah...anis menekup wajahnya..Dia bangun menuju ke kamar mandi untuk mencuci mukanya..Air matanya tiba-tiba mengalir..bibirnya diketap...rasa jijik dengan dirinya sendiri,kejadian itu benar-benar menghantui dirinya meskipon sudah lama berlalu.

Kejadian itu yang menyebabkan dia hilang maruah,hilang peluang belajar juga hilang keluarga.Anis menangis semahu-mahunya.Kadang terasa menyesal dengan kejadian itu,namun kesalahan tetap pada dirinya.

Anis menuju ke kamarnya.Foto keluarganya ditatap lama.Keceriaan jelas terpancar pada wajah mereka ketika itu.Air matanya menitis lagi.Dia rindu sekaligus rasa sangat-sangat tidak berguna.

bip..bip..

bunyi mesej masuk menghentikan lamunannya.Anis mengusap air matanya yang menitis sedari tadi.

Nama "Ziha" tertera.Dia membuka mesej itu.

" anis , harini kau datang awal sikit kat kedai.Aku ada hal kejap lagi,nak keluar".

mesej itu dibiarkan tidak dibalas.Anis bingkas bangun lalu mencapai tuala untuk mandi dan bersiap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience